Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru) merupakan anakanda kelima dan putera keempat kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.[1]
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tunku Panglima Johor | |||||
Keputeraan | Johor Bahru, Johor | 5 Februari 1993||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Diraja Johor | ||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||
Agama | Islam | ||||
Kerjaya ketenteraan | |||||
Kesetiaan | ![]() | ||||
Perkhidmatan | ![]() | ||||
Tahun perkhidmatan | ? – kini | ||||
Pangkat | Leftenan Kolonel |
Gelaran hormat bagi Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Sultan Ibrahim | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tunku |
BiografiSunting
Tunku Abdul Rahman merupakan pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[2][3]
Kerjaya KetenteraanSunting
Tunku Abdul Rahman telah menjalani latihan asas ketenteraan selama 5 bulan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2009 dan ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Beliau berkhidmat dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Darjah Kebesaran [4]Sunting
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I, 22 November 2012).
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua, Dato’ Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J., 11 April 2009) dengan gelaran Dato'.
- Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama, 23 Mac 2015).
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J., 30.3.2015)[5]
- Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (P.S.I. I, 23 Mac 2017)
RujukanSunting
- ^ http://kemahkotaan.johor.gov.my/biodata/anakanda/ dicapai pada 24 April 2017
- ^ Saiful Affendy Sapran (20 Mei 2022.) [1] MyMetro.
- ^ Amirul Azreen (10 Mac 2019 [2] MotoMalaya.net
- ^ Royal Ark
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.
Pautan luarSunting
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.