Tunku Abu Bakar
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada Johor Bahru, Johor) merupakan anakanda keenam dan putera bongsu kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah.
30 Mei 2001 diTunku Abu Bakar | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor | |||||||||
Tunku Putera Johor | |||||||||
Pemerintahan | 22 Februari 2010 - kini | ||||||||
Pelantikan | 22 Februari 2010 | ||||||||
Keputeraan | Johor Bahru, Johor | 30 Mei 2001||||||||
| |||||||||
Kerabat | Istana Besar Johor Bahru | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah |
Kehidupan peribadi sunting
Beliau merupakan adinda kepada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta merupakan adinda yang paling bongsu daripada 6 orang adik-beradik.
Kerjaya sunting
Tunku Abu Bakar merupakan seorang pelumba kereta yang profesional. Beliau dan kekandanya Tunku Abdul Rahman sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[1][2]
Tunku Abu Bakar juga muncul sebagai Naib Juara Kejuaraan Pemandu GT3 ketika Perlumbaan GT World Challenge Asia 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 September 2023.[3]
Terasul, gelaran dan rujukan kehormat sunting
Gelaran hormat bagi Tunku Abu Bakar Al-Haj | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tunku |
- 30 Mei 2001 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim ibni Tunku Ibrahim Ismail
- 23 Januari 2010 – 22 Februari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim
- 22 Februari 2010 – kini: Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor
Darjah Kebesaran sunting
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I, 22 November 2012)[4]
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama,Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J., 15 Mac 2015)
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J., 30 Mac 2015)[5]
- Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (P.S.I. I, 23 Mac 2017)
Rujukan sunting
- ^ Saiful Affendy Sapran (20 Mei 2022.) Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi penyertaan mereka pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia Harian Metro.
- ^ (23 Julai 2023) Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim bersama gandingannya Luca Stolz mengungguli carta kejuaraan GT World Challenge Fanatec GT3 Asia Astro Awani.
- ^ Sophia Ahmad (25 September 2023) Tunku Abu Bakar Muncul Naib Juara GT World Challenge Asia 2023 Getaran.
- ^ Royal Ark
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.