Krisis Suez, yang juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak,[1] (Arab: أزمة السويس - العدوان الثلاثي; Perancis: Crise du canal de Suez; Ibrani: מבצע קדש Kempen Kadesh, atau מלחמת סיני Perang Sinai) adalah satu serangan ketenteraan ke atas Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel yang bermula pada 29 Oktober 1956.[2][3] Serangan dilakukan berikutan keputusan Mesir pada 26 Julai 1956 untuk memilik-negarakan Terusan Suez selepas penarikan balik tawaran oleh Britain dan Amerika Syarikat bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan.[4]

Krisis Suez
Serangan Tiga Pihak
Perang Sinai
(Konflik Arab-Israel)
Tarikh29 Oktober 1956 - Mac 1957
Lokasi
Keputusan Kemenagan tentera gabungan British-Perancis-Israel.
Gencatan senjata PBB.
Pendudukan pasukan UNEF di Sinai.
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 Perancis
 Israel
Mesir Mesir
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Anthony Eden
United Kingdom Charles Keightley
Perancis Pierre Barjot
Israel Moshe Dayan
Mesir Gamal Abdel Nasser
Mesir Abdel Hakim Amer
Kekuatan
45,000 British
34,000 Perancis
175,000 Israel
70,000
Kerugian dan korban
56 British (mati)
91 British (cedera)
10 Perancis (mati)
43 Perancis (cedera)
197 Israel (mati)
1,650 (mati) [1]
4,900 (cedera)
6,185 (ditawan)

Sejarah sunting

Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869. Pembinaannya telah dibiayai oleh kerajaan Perancis dan Mesir.[5] Secara teknikal, kawasan terusan terletak di dalam wilayah berdaulat Mesir, dan syarikat pengurusannya iaitu Universal Company of the Suez Maritime Canal (Syarikat Terusan Suez) adalah sebuah syarikat berkanun , yang pada asalnya adalah sebahagian Empayar Uthmaniyyah.

Terusan ini mempunyai kepentingan strategik kepada Britain, dan juga kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Bagi Britain, terusan ini merupakan jaringan laut dengan tanah jajahannya di India, Timur Jauh, Australia dan New Zealand. Disebabkan kepentingan strategik terusan ini, begitu juga keadaan kawasan di sekitarnya. Oleh itu, pada tahun 1875, kerajaan Benjamin Disraeli Britain telah membeli saham milik Mesir dalam syarikat pengurusan, memperolehi sebahagian kawalan terhadap operasi terusan dan mengongsinya dengan pelabur persendirian Perancis. Pada 1882, semasa serangan dan pendudukan ke atas Mesir, United Kingdom secara de facto telah mengawal harta benda, kewangan dan operasi terusaan.

Konvesyen Constantinople (1888) telah mengistiharkan terusan ini sebagai zon berkecuali di bawah perlindungan Britain.[6] Bagi mengesahkannya, Empayar Uthmaniyyah telah bersetuju untuk membenarkan syarikat perkapalan antarabangsa bebas melalui terusan ini, pada masa perang dan aman.[7]

Terusan Suez telah membuktikan kepentingan strategiknya semasa Perang Jepun-Rusia apabila Jepun membuat persetujuan dengan Britain. Jepun telah melancarkan serangan mengejut ke atas Armada Pasifik Rusia yang berpangkalan di Pelabuhan Arthur. Apabila Rusia menghantar pasukan tambahan dari Baltik, Britain tidak membenarkan Rusia untuk menggunakan terusan ini. Ini memaksa armada Rusia mengelilingi benua Afrika, dan telah memberi masa kepada tentera Jepun untuk berkumpul semula dan memperkukuhkan kedudukan mereka di kawasan ini.

Kedudukan strategik terusan ini juga sangat ketara dalam kedua-dua perang dunia. Semasa Perang Dunia I, Britain dan Perancis telah menutup terusan ini kepada kapal-kapal dari bukan negara Bersekutu, dan dalam Perang Dunia II, terusan ini telah dipertahankan secara habis-habisan dalam Kempen Afrika Utara.

Pada 1948, pemerintahan Britain di Palestin telah tamat, angkatan tentera Britain berundur dari Palestin dan Israel telah mengistiharkan kemerdekaan di kawasan yang dibahagikan oleh UNSCOP (Jawatankuasa Khas PBB ke atas Palestin) untuk negara Yahudi. Liga Arab telah mengistiharkan penolakan mereka dan enggan untuk mematuhi resolusi PBB terhadap penyelesaian dua negara berasingan, dan menyokong penyelesaian satu negara yang diketui oleh majoriti Arab, yang merangkumi kawasan Yahudi dan Arab. Ini telah membawa kepada Perang Arab-Israel 1948 yang mana Israel telah berjaya mengalahkan negara-negara Arab, termasuk Mesir. Kegagalan rundingan damai selepas perang, bercampur dengan pertikaian sempadan di antara Israel dengan jirannya pada tahun-tahun berikutnya, telah membantu memupuk kebencian Arab-Israel.

Lihat Sejarah Israel, Sejarah Mesir.

Rujukan sunting

  1. ^ Krisis Suez juga dikenali sebagai Perang Suez atau Perang 1956, biasanya dikenali di dunia Arab sebagai Serangan Tiga Pihak; nama-nama lain termasuk Perang Sinai, Perang Suez-Sinai, Perang Arab-Israeli 1956, Perang Arab-Israel Kedua, Kempen Suez, Kempen Sinai, Operasi Kadesh dan Operasi Musketeer
  2. ^ Damien Cash "Krisis Suez" The Oxford Companion to Australian History. Ed. Graeme Davison, John Hirst and Stuart Macintyre. Oxford University Press, 2001.
  3. ^ Roger Owen "Suez Crisis" The Oxford Companion to the Politics of the World, Second edition. Joel Krieger, ed. Oxford University Press Inc. 2001.
  4. ^ "Krisis Suez" The Concise Oxford Dictionary of Politics. Ed. Iain McLean and Alistair McMillan. Oxford University Press, 2003.
  5. ^ Suez 1956: Perang Minyak Pertama. Turner, Barry. m/s.21-4
  6. ^ "Suez Canal". Egyptian State Information Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-11. Dicapai pada 2021-09-30. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  7. ^ Howard M. Sachar. A History of Israel from the Rise of Zionism to Our Time. Published by Alfred A. Knopf (New York). 1976. ISBN 0-394-28564-5.

Pautan luar sunting