Atlanta Braves merupakan pasukan besbol Amerika yang berpusat di Atlanta, Amerika Syarikat. Braves bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) East. Braves telah diasaskan di Boston, Massachusetts pada tahun 1871, yang dikenali pada masa itu sebagai Boston Red Stockings. Kelab ini telah menggunakan pelbagai nama sehingga ia mengguna pakai nama Boston Braves pada tahun 1912. Braves merupakan pasukan sukan profesional tertua di Amerika yang masih aktif sehingga kini.[7][b]

Atlanta Braves
Musim 2024 Atlanta Braves
Ditubuhkan pada 1871
Berpusat di Atlanta sejak tahun 1966
Fail:Atlanta Braves.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-NLE-ATL-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Biru kelasi, merah scarlet, emas, putih[a][2][3]
                       
Nama
Gelaran lain
  • The Bravos
  • The Team of the 90s
  • America's Team
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (4)
NL Pennant (18)
NA Pennants (4)
NL East Kejuaraan Divisyen (17)
NL West Division titles (5)
Kemunculan Wild card (2)
Pejabat pengurusan
PemilikAtlanta Braves Holdings Inc. (NASDAQ: BATRA)[4]
PengurusBrian Snitker
Pengurus BesarAlex Anthopoulos[5]
Presiden Operasi BesbalAlex Anthopoulos[6]

Selepas 81 musim dengan hanya merangkul satu gelaran Siri Dunia di Boston, pasukan ini berpindah ke Milwaukee, Wisconsin pada tahun 1953. Dengan dibarisi pemain-pemain bintang seperti Hank Aaron, Eddie Mathews dan Warren Spahn, Milwaukee Braves menjuarai Siri Dunia pada tahun 1957. Walaupun meraih kejayaan, kehadiran penonton mula merosot. Pemilik kelab kemudian memindahkan pasukan ke Atlanta, Georgia pada tahun 1966.

Braves tidak dapat mengecapi banyak kejayaan ketika di Atlanta sehingga tahun 1991. Dari tahun 1991 hingga 2005, Braves merupakan antara pasukan paling berjaya dalam besbol apabila meraih 14 kejuaraan divisyen berturut-turut,[8][9][10] melakukan lapan kemunculan National League Championship Series berturut-turut (menghasilkan rkekod MLB) serta melahirkan barisan pelempar terbaik dalam sejarah besbol termasuk pemain Dewan Kemahsyuran seperti Greg Maddux, John Smoltz dan Tom Glavine.

Braves merupakan satu daripada dua pasukan asal National League yang beraksi dalam kemunculan sulung mereka pada 1876. Kelab ini telah menjuarai 22 gelaran divisyen MLB, 18 pennant National League dan empat kejuaraan Siri Dunia. Braves juga merupakan pasukan tunggal MLB yang menjuarai Siri Dunia di tiga bandar berbeza. Sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah Braves secara keseluruhannya ialah 10,921-10,818.[11]

Sejarah sunting

Braves telah ditubuhkan oleh Ivers Whitney Adams pada tahun 1871 yang pada masa itu tertubuh di bawah nama "Boston Red Stockings". Pasukan ini merupakan satu daripada sembilan anggota National Association of Professional Base Ball Players, model lama National League. Selama 82 tahun beraksi di Boston, pasukan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuklah Red Stockings, Red Caps, Rustlers dan Bees sebelum mereka memilih nama Braves. Semasa di Boston, pasukan ini meraih empat pennant National Association (1872–75), 10 pennant National League dan meraih satu kejuaraan Siri Dunia pada tahun 1914 selepas menempuh musim yang menakjubkan. Braves menghuni tangga tercorot sehingga 15 Julai sebelum mereka bangkit sehingga memperoleh nama samaran bergelar “Miracle Braves". Pada tahun 1948, Braves mara ke Siri Dunia hasil bantuan dua pelempar dominan, Warren Spahn dan Johnny Sain, yang menjadi modal inspirasi kepada slogan “Spahn and Sain and pray for rain.”

Selepas kehilangan ramai penyokong yang berpaling kepada pasukan American League iaitu Boston Red Sox pada awal 1950-an, pasukan ini berpindah ke Milwaukee, Wisconsin pada tahun 1953. Hal ini dodorong oleh faktor Braves mencatatkan rekod kekalahan dalam 12 daripada 38 musim semenjak kejayaan Siri Dunia sulung mereka. Di Milwaukee County Stadium, prestasi pasukan baru ini terus meningkat dengan memenangi dua pennant (1957, 1958) dan satu kejuaraan Siri Dunia (1957). Braves dibarisi pemain-pemain hebat seperti Hank Aaron dan Eddie Matthews serta pelempar Spahn dan Lew Burdette. Braves mencatatkan rekod kemenangan dalam tiap-tiap 13 musim sepanjang di Milwaukee tetapi kejayaan tersebut tidak dapat menghalang kemerosotan penyokong yang datang menonton di stadium pada 1960-an sekali gus mendorong kepada perpindahan ke Atlanta selepas musim tahun 1965.

Pada tahun 1976, pasukan ini dibeli oleh usahawan media Ted Turner. Setelah itu, semua aksi perlawanan Braves disiarkan kepada penonton di seluruh negara dengan kabel “superstation,” WTCG (WTBS atau TBS sejak tahun 1979). Ramai yang mengkritik liputan TBS mengenai aksi pasukan tersebut yang hambar serta imej pasukan yang sering diangkat oleh media dengan gelaran Braves sebagai “America’s Team”, pasukan ini akhirnya menjadi sebuah pasukan besbol yang terkemuka di seluruh Amerika Syarikat.

Selepas menempuh musim-musim yang mengecewakan dan hanya tampil dalam dua aksi playoff (1969, 1982) sepanjang 25 musim pertama di Atlanta, pasukan ini kembali bangkit pada 1990-an di bawah kendalian pengurus am John Schuerholz dan pengurus Bobby Cox. Pasukan baru Braves dipimpin oleh trio pelempar muda iaitu Greg Maddux, Tom Glavine dan John Smoltz. Tiap-tiap pemain ini meraih sekurang-kurangnya satu Anugerah Cy Young bersama Braves. Selain itu, Braves juga dibarisi pemukul hebat seperti David Justice dan Chipper Jones. Pada era 1990-an dan awal 2000-an, Braves merekodkan satu kemaraan terunggul dalam sejarah sukan Amerika apabila mencatatkan 14 kejuaraan divisyen berturut-turut iaitu dari tahun 1991 sehingga 2005 (kecuali musim 1994 kerana berlaku mogok), beraksi di lima Siri Dunia pada 1990-an dan menjuarai kejohanan tersebut buat kali ketiga dalam sejarah pasukan pada tahun 1995. Pada tahun 2007, Time Warner (yang memperoleh pasukan ini pada 1996 hasil gabungan dengan Turner Broadcasting System) telah menjual pasukan Braves dan TBS bertindak menghentikan siaran aksi-aksi Braves di kaca televisyen.

Braves kembali ke aksi playoff pada tahun 2010 sebelum merekodkan kekalahan pertama di saingan tersebut. Pada tahun 2011, pasukan ini melepaskan peluang ke playoff selepas mendahului 8 1/2 perlawanan di kedudukan Wild Card dengan berbaki empat minggu lagi sebelum musim tamat. Ia dianggap sebagai kekecewaan bulan September kedua terburuk dalam sejarah Major League Baseball. Braves kembali ke aksi postseason pada 2012 tetapi mereka segera disingkirkan oleh St. Louis Cardinals (pasukan yang memintas Atlanta untuk perebutan Wild Card oada musim lalu). Pada tahun 2013, Braves meraih gelaran divisyen pertama dalam tempoh masa lapan tahun tetapi sekali lagi mereka disingkirkan dalam aksi pembukaan playoff.

Selepas melalui musim yang mengecewakan, pasukan ini memasuki fasa pemulihan semula setelah mencatatkan rekod terburuk dalam suku kurun ini pada tahun 2015 (67-95). Atalanta yang mengutip 90 kekalahan pada 2017 berubah kepada kejayaan meraih 90 kemenangan pada 2018 dan layak ke pusingan playoff. Para analisis menganggap para pemain muda pasukan dapat mara lebih jauh tetapi Braves hanya tewas dalam pusingan pembukaan playoff dalam aksi empat perlawanan. Pasukan muda Braves terus menyerlah pada 2019 dengan meraih 97 kemenangan dan memenangi gelaran divisyen lain tetapi sekali lagi kalah dalam aksi postseason pertama. Atlanta kembali ke saingan National League Championship Series (NLCS) pada 2020 tetapi pasukan ini gagal memanfaatkan kelebihan mendahului 3-1 sebelum disingkirkan oleh Los Angeles Dodgers. Braves berjaya melunaskan dendam mereka pada musim berikutnya apabila menewaskan Dodges dalam NLCS untuk mara ke penampilan Siri Dunia pertama dalam tempoh 22 tahun. Atlanta kemudiannya berjaya mengecewakan Houston Astros dalam enam aksi perlawanan untuk merebut kejuaraan keenam dunia.

Nota sunting

  1. ^ Warna rasmi pasukan ialah biru kelasi dan merah scarlet menurut laman web rasmi maskot pasukan (BLOOPER).[1]
  2. ^ Cubs merupakan pasukan lebih tua kerana ia ditubuhkan sebagai Chicago White Stockings pada 1870. The White Stockings tidak menempatkan pasukan pada 1871 dan 1872 kerana kejadian Kebakaran Besar Chicago. Oleh sebab itu, Braves lebih banyak beraksi dalam kempen-kempen musim.

Catatan sunting

  1. ^ "Meet BLOOPER". Braves.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2019. Dicapai pada August 21, 2018.
  2. ^ "Major League Baseball and the Atlanta Braves unveil the official logo of the 2021 All-Star Game". Braves.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. September 24, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada November 25, 2020. Dicapai pada September 26, 2020. The official logo of the 2021 MLB All-Star Game highlights Atlanta's spectacular new ballpark. From the shape of the wall medallion to the entry truss, baseball fans are welcomed into the event with its modern amenities surrounded by Southern hospitality. From the warmth of the brick to the steel of the truss, the logo is punctuated by Atlanta's colors of navy and red and is signed by the signature script of the Braves' franchise.
  3. ^ "2014 Atlanta Braves Style Guide" (PDF). MLB.com. Major League Baseball Properties, Inc. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09. Dicapai pada May 8, 2022.
  4. ^ "Stockholders vote to split off Braves from Liberty Media". ajc.com
  5. ^ Bowman, Mark (November 12, 2017). "Braves introduce Anthopoulos as new GM, VP". MLB.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. Dicapai pada May 8, 2022.
  6. ^ Burns, Gabriel (February 17, 2020). "Braves extend contracts of Anthopoulos, Snitker". The Atlanta Journal-Constitution. Diarkibkan daripada yang asal pada February 17, 2020. Dicapai pada February 17, 2020.
  7. ^ "Story of the Braves". Braves.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada March 23, 2019. Dicapai pada February 18, 2019.
  8. ^ "BASEBALL: NATIONAL LEAGUE ROUNDUP; Braves Clinch Division For 14th Straight Time". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 2005-09-28. Dicapai pada February 9, 2016.
  9. ^ Bowman, Mark (September 13, 2006). "Braves have set lofty benchmark". Braves.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 19, 2007. Dicapai pada Ogos 21, 2018.
  10. ^ "Braves' 14 straight division titles should be cheered". MLB.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-02.
  11. ^ "Atlanta Braves Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada 2020-11-11.

Pautan luar sunting