Eritrea (Ge'ez ኤርትራ ʾĒrtrā) ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur. Namanya berasal daripada perkataan bahasa Latin untuk Laut Merah, Mare Erythraeum, yang berasal pula daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud "merah" (ερυθρός , erythros). Negara ini menyempadani Sudan di barat, Habsyah di selatan, dan Djibouti di tenggara. Bahagian timur dan timur laut negara ini mempunyai garis pinggir laut yang panjang yang menghadapi Laut Merah, betul-betul berhadapan dengan Arab Saudi dan Yaman. Kepulauan Dahlak dan banyak pulau di Kepulauan Hanish merupakan sebahagian Eritrea.

Negeri Eritrea
نڬري إريتريا

Flag of Eritrea
Emblem Eritrea
Bendera Emblem
Lagu kebangsaan"Ertra, Ertra, Ertra"
(bahasa Inggeris: "Eritrea, Eritrea, Eritrea")
Eritrea (Africa orthographic projection).svg
Location Eritrea AU Africa.svg
Ibu negara
dan bandar terbesar
Asmara
15°20′N 38°55′E / 15.333°N 38.917°E / 15.333; 38.917
Bahasa rasmiTiada[1]
Bahasa kebangsaan
Bahasa lazim
Bahasa lain
Kumpulan etnik
(2010 est.[5])
Agama
Kristian (63%), Islam (36%), Lain-lain(<1%)[6]
KerajaanRepublik berpresiden unitari satu parti[7][8][9]
• Presiden
Isaias Afwerki
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan 
daripada Habsyah
• Secara de facto
24 Mei 1991
• Secara de jure
24 Mei 1993
Keluasan
• Jumlah
117,600 km2 (45,400 bt2) (ke-99)
• Perairan (%)
0.14%
Populasi
• Perkiraan 2021
(2021) 3,600,000[10]
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$11.263 bilion[11] (ke-156)
$1,797[11] (ke-180)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$8.116 billion[11] (ke-149)
$1,295[11] (ke-160)
HDI (2019) 0.459[12]
rendah · ke-180
Mata wangNakfa
(ERN)
Zon waktuWaktu Afrika Timur
(UTC+3)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (tiada)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+291
Kod ISO 3166ER
DPT internet.er
Sebuah terowong kereta di Dataran Tinggi Eritrea.

Eritrea digabungkan menjadi sebuah tanah jajahan oleh kerajaan Itali pada 1 Januari 1890.[13] Negara bangsa moden Eritrea mencapai kemerdekaan daripada Habsyah selepas berperang selama tiga puluh tahun dari 1961 hingga 1991. Eritrea secara rasmi merupakan sebuah demokrasi berparlimen yang terdiri daripada enam kawasan, tetapi kini berfungsi sebagai sebuah negara satu parti. Eritrea adalah sebuah negara berbilang bahasa dan berbilang budaya dengan dua agama utama serta sembilan kerakyatan, dengan setiap mereka bertutur dalam bahasa yang berlainan. Negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi, tetapi menggunakan tiga bahasa kerja, iaitu bahasa Tigrinya, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris. Bahasa keempat, iaitu bahasa Itali, kekadang juga digunakan untuk perdagangan. [14][15]

PenamaanSunting

Nama Eritrea berasal daripada nama Yunani kuno bagi Laut Merah (Ἐρυθρὰ Θάλασσα Erythra Thalassa, daripada ἐρυθρός erythros "merah"). Nama itu pertama kali diguna pakai secara formal pada 1890 ketika pembentukan Eritrea Itali (Colonia Eritrea).[16] Nama itu kekal digunakan sepanjang zaman penjajahan Inggeris dan Habsyah berikutnya, dan disahkan dalam referendum kemerdekaan 1993 dan perlembagaan 1997.[17]

SejarahSunting

Penyelidikan menunjukkan bahawa alat-alat yang ada dijumpai di Lembah Barka yang disahkan dari kira-kira 8000 SM muncul sebagai bukti kukuh pertama mengenai penempatan manusia di kawasan itu.[18] Penyelidikan juga menunjukkan bahawa kebanyakan etnik Eritrea adalah yang terawal mendiami kawasan ini.[19]

Sekitar 2000 SM, sebahagian kawasan Eritrea kemungkinan besar adalah sebahagian daripada Tanah Punt yang pertama kali disebut pada abad ke-25 SM.[20] Petempatan itu terkenal dengan penghasilan dan pengeksportan emas, resin aromatik, kayu hitam, gading dan binatang liar. Wilayah ini dikenali menerusi catatan ekspedisi para pedangang Mesir purba ke sana.[21][22]

Sempadan negara bangsa Eritrea moden telah ditetapkan semasa peristiwa Perebutan Afrika. Pada tahun 1869 atau 1870,[23] ketua pemerintah berkuasa menjual tanah di sekitar Teluk Assab kepada Rubattino Shipping Company. [51] Kawasan ini berfungsi sebagai stesen pengisian bahan api arang di sepanjang laluan pelayaran yang diperkenalkan oleh Terusan Suez yang baru siap dibina.

Sementara berlakunya kekosongan kuasa selepas kemangkatan Maharaja Yohannes IV pada 1889, Jeneral Oreste Baratieri menjajah dataran tinggi di sepanjang pantai Eritrea, dan pihak Itali mengisytiharkan penubuhan koloni Eritrea Itali baharu sebagai tanah jajahan Kerajaan Itali. Dalam Perjanjian Wuchale yang ditandatangani pada tahun yang sama, Raja Menelik dari Shewa, sebuah kerajaan di selatan Habsyah, mengakui pendudukan Itali di tanah pesaingnya di Bogos, Hamasien, Akkele Guzay, dan Serae sebagai pertukaran bagi jaminan kewangan bantuan dan akses berterusan senjata dan peluru Eropah. Kemenangannya berikutnya atas raja-raja saingannya dan pertabalannya sebagai Maharaja Menelek II (bertakhta 1889–1913) menjadikan perjanjian itu terikat secara rasmi di seluruh wilayah.

Pertempuran Keren pada 1941 menyaksikan Inggeris berjaya mengusir pemerintah Itali lalu mengambil alih pentadbiran negara itu. Akibat ketiadaan kesepakatan dalam kalangan Kuasa Sekutu mengenai status Eritrea, pentadbiran British berlanjutan sepanjang Perang Dunia II hingga 1950.

GeografiSunting

Eritrea terletak di kawasan Tanduk Afrika di Afrika Timur. Negara ini bersempadan di timur laut dan timur dengan Laut Merah, Sudan di barat, Habsyah di selatan, dan Djibouti di tenggara. Eritrea terletak di antara latitud 12° dan 18° U, dan longitud 36° dan 44° T.

EkonomiSunting

Ekonomi Eritrea telah mengalami pertumbuhan yang cukup besar sejak kebelakangan ini (2010-2020) seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan tahunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melebihi 5% dalam beberapa tahun terakhir, dengan sesetengah tahun mencapai nilai setinggi 8.7%.[24] Punca-punca utama pertumbuhan ekonomi Eritrea baru-baru ini termasuk permulaan operasi penuh lombong emas dan perak Bisha dan pengeluaran simen dari kilang simen di Massawa.[25]

RujukanSunting

  1. ^ "Constitution of the State of Eritrea". Shaebia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2011. Dicapai pada 2 Mei 2010.
  2. ^ "Eritrea at a Glance". Eritrea Ministry of Information. 1 October 2009. Dicapai pada 9 September 2020.
  3. ^ "Settimana della lingua italiana nel mondo: l'italiano parlato in Eritrea - Orizzonti culturali italo-romeni". www.orizzonticulturali.it.
  4. ^ "Home". www.maitacli.it.
  5. ^ "Eritrea" (PDF). The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-27. Dicapai pada 10 Jun 2020.
  6. ^ "Religions in Eritrea". Pew-Templeton Global Religious Futures Project. Pew Research Center. Dicapai pada 13 September 2020.
  7. ^ "Report of the commission of inquiry on human rights in Eritrea". UNHRC website. 8 June 2015. Dicapai pada 9 June 2015.
  8. ^ "World Report 2017: Rights Trends in Eritrea". Human Rights Watch. 12 Januari 2017.
  9. ^ Saad, Asma (21 February 2018). "Eritrea's Silent Totalitarianism".
  10. ^ "Eritrea population (2020) live — Countrymeters". countrymeters.info. 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-22. Dicapai pada 2021-02-25.
  11. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2018 (staff estimates for 2020)". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 16 Mei 2020.
  12. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 December 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  13. ^ Killion, Tom (1998). Kamus Sejarah Eritrea. ISBN 0-8108-3437-5.
  14. ^ (Perancis) [ http://cy.revues.org/document39.html Les langues en Erythrée]. Dicapai pada 18 Julai 2006
  15. ^ "[ http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/Eritrea.pdf Profil Negara:Eritrea]. Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 18 Julai 2006
  16. ^ Dan Connell; Tom Killion (14 Oktober 2010). Historical Dictionary of Eritrea. Scarecrow Press. m/s. 7–. ISBN 978-0-8108-7505-0.
  17. ^ "Today, 23 May 1997, on this historic date, after active popular participation, approve and solemnly ratify, through the Constituent Assembly, this Constitution as the fundamental law of our Sovereign and Independent State of Eritrea." The Constitution of Eritrea (eritrean-embassy.se)
  18. ^ Connell, Dan (24 May 2002). "Eritrea: A Country Handbook". Ministry of Information – melalui Google Books.
  19. ^ G, Mussie Tesfagiorgis (24 May 2010). Eritrea. ABC-CLIO. ISBN 9781598842319 – melalui Google Books.
  20. ^ Najovits, Simson (2004) Egypt, trunk of the tree, Volume 2, Algora Publishing, p. 258, ISBN 087586256X.
  21. ^ Flückiger, Friedrich August; Hanbury, Daniel (2014-03-20). Pharmacographia. Cambridge University Press. m/s. 136. ISBN 9781108069304.
  22. ^ Wood, Michael (2005). In Search of Myths & Heroes: Exploring Four Epic Legends of the World. University of California Press. m/s. 155. ISBN 9780520247246. opone punt.
  23. ^ Ullendorff, Edward. The Ethiopians: An Introduction to Country and People 2nd ed., p. 90. Oxford University Press (London), 1965. ISBN 0-19-285061-X.
  24. ^ Report for Selected Countries and Subjects: Eritrea. Imf.org (14 September 2006). Dicapai 20 September 2013.
  25. ^ "Eritrea Economic Outlook – African Development Bank". Afdb.org. Dicapai pada 30 Disember 2013.

Pautan luarSunting

Kerajaan

Lain-lain