Wangari Muta Mary Jo Maathai (1 April 1940 – 25 September 2011) adalah seorang aktivis politik dan alam sekitar Kenya. Beliau mendapat pendidikan di Amerika Syarikat di Kolej Mount St. Scholastica dan Universiti Pittsburgh, selain Universiti Nairobi di Kenya. Pada 1970-an, Maathai mengasaskan Gerakan Jalur Hijau, suatu pertubuhan bukan kerajaan persekitaran yang memfokuskan pada penanaman pokok, pemuliharaan alam sekitar dan hak wanita. Pada 1986, beliau dianugerahkan Right Livelihood Award, dan pada 2004, beliau menjadi wanita Afrika pertama menerima Hadiah Keamanan Nobel untuk “sumbangannya terhadap pembangunan mampan, demokrasi dan keamanan.” Maathai merupakan seorang ahli parlimen dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli dalam kerajaan Presiden Mwai Kibaki antara Januari 2003 dan November 2005. Pada September 2011, beliau meninggal dunia akibat komplikasi barah ovari.[1]

Wangari Maathai
Kelahiran
Wangari Muta

(1940-04-01)1 April 1940
Meninggal dunia25 September 2011(2011-09-25) (umur 71)
Nairobi, Kenya
KerakyatanKenya
PendidikanB.S. Biology,
M.S. Biological Sciences,
Ph.D. Veterinary Anatomy
Pusat pendidikanKolej Mount St. Scholastica College,
Universiti Pittsburgh,
Kolej Universiti Nairobi
PekerjaanPencinta alam sekitar, aktivis politik
AnugerahHadiah Keamanan Nobel

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ "BBC News - Kenya's Nobel laureate Wangari Maathai dies aged 71". Dicapai pada 26 September 2011.