Bugs Bunny ialah watak dari siri kartun Looney Tunes, yang berasal dari Amerika Syarikat. Bugs Bunny merupakan seekor arnab bijak yang mempunyai banyak helah dan tidak mudah berputus asa. Tetapi, dia juga tidak akan habis mengenakan orang lain hanya setelah diusik terlebih dahulu.

Bugs Bunny memiliki loghat yang merupakan campuran logat New York Brooklyn dan Bronx. Dikatakan, loghat ini merupakan loghat kaum buruh. Ayatnya yang paling terkenal ialah "What's up, Doc?".

Kartun sulungnya ialah Porky's Hare Hunt iaitu dia muncul bersama Porky Pig pada 30 April 1938.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.