Buka menu utama
Untuk kegunaan lain, sila lihat Setem (nyahkekaburan).
Contoh pelbagai setem flora Malaysia
Contoh setem bola Indonesia, 2010
Contoh setem Jepun, 2010

Setem [sĕ-tém] atau prangko [prang-ko] ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya terdiri daripada kepingan kertas berbentuk segi empat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.

Isi kandungan

Latar belakangSunting

PeristilahanSunting

Istilah "setem" merupakan pinjaman bahasa Inggeris stamp yang digunapakai kawasan Nusantara yang pernah dijajah United Kingdom seperti Malaysia (termasuk dalam bahasa Melayu baku negara tersebut), Singapura dan Brunei.

Kawasan penutur Melayu di Indonesia pula lebih menggunakan istilah "prangko" atau "perangko" (baik melalui baku Indonesia mahupun loghat-loghat tempatan) di mana ia datang daripada pihak jajahan Belanda yang menggunakan nama "Franco" iaitu singkatan nama 'Francesco de Tassis - nama bahasa Itali Franz von Taxis iaitu pelopor perkhidmatan pos pertama di benua Eropah melalui penjawatannya di Innsbruck, Austria pada tahun 1502[1] serta pembukaan pejabat itu kepada orang ramai pada tahun 1506.[2]

SejarahSunting

Setem pemposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan pada 1 Mei bagi kegunaan mulai 6 Mei, dan dua hari kemudian, Two pence blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.

Negara-negara lain turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zürich di Switzerland menghasilkan setem 4 dan 6 rappen Zurich; meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata Lembu (Bull's Eyes) pada tahun 1843, menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black. Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya gambar Maharaja Pedro II agar imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun 1845 sebilangan pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun 1847, dengan setem 5 dan 10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada 1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan setem pos.

Semenjak lahirnya setem pos di United Kingdom, bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta pada tahun 1839 ke 170 juta pada tahun 1841. Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.

Reka bentukSunting

KertasSunting

Kepingan ini kini dicetak pada kertas putih, tetapi ada juga yang dicetak pada kertas berwarna dengan maksud tertentu. Kertas juga menggambarkan masa atau negara mana yang mengeluarkan prangko tersebut .Kertas yang dicetak umumnya sudah dibubuh bahan pelekat yang akan menempel dengan mudahnya pada sampul surat apabila terkena air.

Setem atau prangko ini menampilkan gambar yang melambangkan citra atau jatidiri sesebuah negara (dengan adanya ketua negara atau tokoh terkenal) atau gambar lain sebagai sarana promosi atau peringatan lainnya disertakan tahun cetakan atau harga nominal dengan hiasan seperlunya. Nama negara pengeluar juga dimuatkan baik menggunakan bahasa rasmi negara pengeluar (sama ada satu, mahupun lebih daripada dua seperti di Belgium, Kanada, Afrika Selatan, Sri Lanka dan Finland), mahupun menggunakan singkatan.

Pemberian warna berbeza dalam set kepingan kadangkala ada dengan tujuan untuk membedakan jenis fungsi mahupun harga beli.

PercetakanSunting

Pada umumnya kepingan ini dicetak oleh percetakan negara. Di Indonesia, prangko dicetak oleh Perum Peruri. Dewasa ini, pencetakan dilakukan dengan menggunakan mesin-mesin modern namun secara garis besar tetap mengikuti prinsip-prinsip di bawah ini:

Dalam keadaan darurat, ada prangko-prangko yang dicetak dengan klise terdiri dari huruf-huruf lepas (typeset) seperti halnya orang mencetak kartu nama sebagai contoh prangko yang dikeluarkan oleh Malta pada tahun 1925. Kadang-kadang masih disetai klise gambar seperti pada prangko milik British Guiana (1856) yang merupakan prangko termahal di dunia. Prangko-prangko yang dicetak dengan menggunakan cetaktindih umumnya menggunakan typeset sebagai contoh prangko edisi RIS, RIAU, UNTEA.

Umumnya ada prangko-prangko yang tercetak menyimpang dari prangko umumnya. Karena jumlahnya sedikit, prangko-prangko yang cetakannya menyimpang menjadi incaran para filatelis, karena langka dan harganya sangat mahal. Sebagai gambaran bila prangko yang bergambar penari piring tercetak dengan piring yang menghadap ke atas, maka ada prangko yang bergambar penari piring tercetak dengan piring yang menghadap ke bawah, dan prangko inilah yang kemudian menjadi incaran para kolektor.

Ciri keselamatanSunting

Tanda air atau tera air (watermark) akan dicetakkan secara halus pada permukaan kepingan setem - kesan ini akan menunjukkan gambar yang khusus dilihat apabila kertas tersebut dibentangkan di hadapan cahaya atau detektor khusus bagi menghindari pemalsuan.

PerforasiSunting

Perforasi merupakan baris lubang yang ditebuk di antara deretan kepingan prangko dalam lembaran, agar prangko-prangko tersebut mudah dicarik-carikan tanpa merosakkan muka kepingan setem yang ingin dipakai. Ia merupakan suatu inovasi yang mula diwwujudkan di United Kingdom sejak tahun 1864, di mana sebelum itu kepingan yang ingin digunakan perlu digunting dari lembarannya. Prangko tanpa perforasi memiliki harga yang lebih mahal daripada prangko dengan jenis yang sama yang diterbitkan tanpa gigi.

Terdapat tiga jenis penebukan sedemikian:

  • Perforasi baris
  • Perforasi sisir
  • Perforasi blok

Perforasi sendiri tidak hanya berbentuk lubang, tetapi dapat berbentuk:

  • Tusuk jarum (pin perporation)
  • Tusuk pisau (roulette)

JenisSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Papadopoulos, A. G. (1996). Urban Regimes and Strategies: Building Europe's Central Executive District in Brussels. University of Chicago Press. m/s. 41. Dicapai 3 Oktober 2013. 
  2. ^ The Encyclopedia Americana: The International Reference Work. 25. Utgiver Americana Corporation. 1958. m/s. 476. Dicapai 3 Oktober 2013. .

Pautan luarSunting