Rencana ini mengenai darurat secara umum. Klik untuk Darurat Tanah Melayu, satu peristiwa penting dalam sejarah Tanah Melayu.

Darurat (serapan Arab: ضَرُورَة, rumi: dharūrah "kecemasan" terbitan bentuk ism kata kerja ضَرَّdharra "membahayakan"[1]) ialah sesuatu pengisytiharan sesebuah pemerintahan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam ia, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat. Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil. Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam, pergolakan sivil, atau menyusuli pengisytiharan perang (maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan, kebanyakannya dengan niat yang tidak bersifat kritikal). Justitium merupakan persamaannya dalam undang-undang Rom.

Di sesetengah negara, darurat dan kesannya terhadap kebebasan sivil dan prosedur kerajaan dikawal oleh perlembagaan atau undang-undang yang mengehadkan kuasa-kuasa yang digunakan ketika darurat atau hak-hak yang digantung. Adalah juga selalunya menyalahi undang-undang untuk mengubah undang-undang darurat atau Perlembagaan ketika darurat.

Senarai negara sunting

Malaysia sunting

Di Malaysia, jika Yang di-Pertuan Agong (ketua negara) berkenaan bahawa ada situasi darurat yang teruk di mana keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, baginda boleh mengeluarkan Pengisytiharan Darurat dimana dalamnya terdapat perisytiharan untuk perkara itu.[2]

Dalam sejarah Malaysia, darurat diisytiharkan oleh pemerintah British ketika itu. Darurat berlangsung dari tahun 1948 hingga 1960 untuk menangani pembrontakan komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Darurat juga diisytiharkan semasa Konfrontasi pada 1962, krisis perlembagaan Sarawak 1966 dan Darurat Kelantan 1977.

Ketika rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969, darurat diisytiharkan.

Pada 11 Ogos 2005, keadaan darurat diumumkan untuk pelabuhan terbesar ke-13 di dunia, Pelabuhan Klang dan Daerah Kuala Selangor setelah pencemaran udara di sana mencapai tahap berbahaya (ditakrifkan sebagai nilai lebih besar daripada 500 pada Indeks Pencemaran Udara atau API) .

Thierry Rommel, utusan Suruhanjaya Eropah ke Malaysia, memberitahu Reuters melalui telefon pada 13 November 2007 (hari terakhir misinya) bahawa, "Hari ini, negara ini masih hidup dalam darurat.""[3] Walaupun tidak secara rasmi diisytiharkan sebagai darurat, Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah membenarkan penahanan selama bertahun-tahun tanpa perbicaraan.

Pada 23 Jun 2013, darurat diisytiharkan oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk Muar dan Ledang, Johor kerana asap jerebu dari kebakaran pembukaan tanah di Indonesia mendorong indeks pencemaran udara naik ke atas paras 750. Ini adalah pertama kalinya dalam beberapa tahun kualiti udara telah merosot ke tahap berbahaya dengan keadaan semakin buruk ketika cuaca kering terus berlanjutan dan kebakaran semakin marak di Sumatera.[4]

Pada Oktober 2020, berikutan kemelut politik Malaysia yang semakin meruncing, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mencadang perisytiharan darurat bagi menangani COVID-19 serta untuk mempercepatkan proses pelepasan Belanjawan 2021.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 222. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Klausa 1(A), Pasal 150, Perlembagaan Malaysia
  3. ^ "Malaysia lives under state of emergency — EU envoy" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 13 November 2007.
  4. ^ "PM declares haze emergency in Muar and Ledang" (dalam bahasa Inggeris). theSundaily. 23 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2015. Dicapai pada 23 Jun 2013.
  5. ^ "Darurat: Kabinet masih berfungsi, tertakluk keputusan Yang di-Pertuan Agong - Penganalisis". Astro Awani. 24 Oktober 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  6. ^ "Spekulasi darurat selamatkan Muhyiddin atau negara?". Sinar Harian. 24 Oktober 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.

Buku sunting

  • Giorgio Agamben, State of Exception (2005) [Excerpt online: A Brief History of the State of Exception ]
  • Walter Benjamin, Zur Kritik der Gewalt ("Critique of Violence")
  • Carl Schmitt, The Dictature and Political Theology
  • Conradin Wolf, Ausnahmezustand und Menschenrecht (2005)

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.