Pelabuhan Klang
Pelabuhan Klang ialah sebuah bandar dan pintu masuk perkapalan utama di Malaysia. Asalnya dikenali sebagai Pelabuhan Swettenham, ia merupakan pelabuhan terbesar dan tersibuk di Malaysia. Terletak di kawasan seluas 806 hektar di daerah Klang, Selangor. Pelabuhan ini merangkumi Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan. Pelabuhan Klang menawarkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang serba lengkap dan tercanggih untuk mengendalikan sebarang jenis dagangan.
Pelabuhan Klang ڤلابوهن كلاڠ | |
---|---|
Bandar | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Klang |
Kerajaan | |
• Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Klang |
• Pentadbir | Lembaga Pelabuhan Klang |
Luas | |
• Jumlah | 573 km2 (221 batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Malaysia) |
Poskod | 42000 |
Nombor telefon di Malaysia | +60 3 |
Laman web | http://www.pka.gov.my |
Ia merupakan pelabuhan pemindahan ke-13 tersibuk di dunia pada tahun 2004, pelabuhan ke-26 tersibuk berdasarkan jumlah tanan kargo yang dikendalikan pada tahun 2005, dan pelabuhan ke-16 tersibuk di dunia pada tahun 2007.
SejarahSunting
Pelabuhan Klang asalnya dikenali sebagai Port Swettenham apabila ia diasaskan oleh pemerintahan kolonial British pada tahun 1893, bersempena Residen British Selangor ketika itu, Sir Frank Swettenham. Perasmian pembukaan pelabuhan ini diadakan pada 15 September 15 1901, selepas satu kajian yang diadakan mendapati kawasan persisirannya mempunyai tempat berlabuh dalam, bebas dari bahaya dan sesuai untuk dermaga. Sejak dari itu, ia mengalami perkembangan pesat dengan adanya pemanjangan landasan kereta api dari Kuala Lumpur.
OrganisasiSunting
Pelabuhan Klang ditadbir oleh Lembaga Pelabuhan Klang di mana organisasi ini terdiri daripada Jemaah Lembaga iaitu Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan sepuluh orang pengarah (termasuk Pengurus Besar), dilantik oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.
Galeri GambarSunting
- Galeri Gambar Pelabuhan Klang
Kren dermaga di Pelabuhan Utara
Pejabat Stesen Komuter Pelabuhan Klang
Laman kontena di Pelabuhan Barat
RujukanSunting
- ^ "Town built on Selangor's tin trade". New Straits Times (Malaysia). 2009-04-06. Dicapai pada 2009-06-20.