Buka menu utama

Pelabuhan Utara, Malaysia

(Dilencongkan dari Pelabuhan Utara)

Pelabuhan Utara atau Northport terletak di utara Pelabuhan Klang, Selangor menghadap ke Selat Melaka. Pelabuhan ini telah diswastakan dan dikendalikan oleh Northport (Malaysia) Bhd (NMB). Syarikat induk NMB ialah NCB Holdings Berhad (NCB).

Northport (Malaysia) Bhd
Syarikat berkaitan kerajaan
Ditubuhkan2000
Ibu pejabatPelabuhan Klang, Selangor,
Malaysia Malaysia
Perancang utama
Dato' Basheer Hassan Abdul Kader, MD/CEO
Laman sesawangwww.northport.com.my

Pelabuhan ini berdekatan dengan Pelabuhan Barat (Westport) yang terletak di Pulau Indah dan bandar Klang serta Tanjung Harapan Esplanade.

Northport ialah ahli kumpulan MMC Corporation Berhad.[1]

Kren bagan di Pelabuhan Utara

RujukanSunting

  1. ^ Ayisy Yusof (9 Julai 2018). A new lease of life for Southpoint New Straits Times. Dicapai pada 22 Mac 2019.

Pautan luarSunting