Chin Peng (Cina: 陳平, lahir 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak sebagai Ong Boon Hua (王文華), mati 16 September 2013 di Bangkok[1]) merupakan Bapa Parti Komunis Malaya. Dia telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua. Dia juga diggelar sebagai "Malaikat Maut" kerana kezalimannya tidak dapat terkata.

Chin Peng
Order of British Empire (OBE)
Butiran peribadi
Lahir(1924-10-21)21 Oktober 1924
Sitiawan, Perak
Meninggal dunia16 September 2013(2013-09-16) (umur 88)
Bangkok, Thailand
Parti politikParti Komunis Malaya
KediamanBangkok, Thailand
PekerjaanBekas Setiausaha Agung dan Ketua Umum Parti Komunis Malaya
Tandatangan

Dia merupakan seorang Cina berketurunan Hockchew yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya. [2] Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Biografi sunting

Kehidupan awal sunting

 
Halaman pertama pada keratan akhbar depan The Straits Times pada 1 Mei 1952.

Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai-shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Namun, buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Service dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi daripada para pemimpin MPAJA.

Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Kiai Salleh Karim dari Batu Pahat, Johor. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa, malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Cubaan MPAJA untuk menguasai pentadbiran ini daripada pemerintah sebenar menyebabkan mereka dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya diharamkan dan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya ditangkap.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya sunting

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek ialah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.

Di bawah pimpinannya, Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu, ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan atiesme.[perlu rujukan] Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu ialah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang dapat dilihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu[perlu rujukan] seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan.[perlu rujukan] Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin ialah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi, malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.[perlu rujukan]

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian damai sunting

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

Kemerosotan Komunis sunting

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin memilih untuk menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.[3]

Kembali ke Malaysia sunting

Cubaannya untuk kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP.[4] Chin Peng tidak pernah menyatakan sesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, "Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil."[5][6]

Chin Peng pernah membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Namun, penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk anggota polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggungjawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.[7][8]

Bagaimanapun terdapat pihak[nyatakan menurut siapa?] yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kesesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya. Tawaran pengampunan yang diberikan semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009 yang lalu, adalah dengan syarat pihak PKM membubarkan parti serta ideologi komunis mereka.

Kematian sunting

Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90, di Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi 16 September 2013. Sebelum kematiannya, dia tinggal dalam buangan di Thailand dan masih tidak dapat kembali ke Malaysia, ini didakwa sebagai percanggahan kepada satu syarat yang telah dipersetujui dalam Rundingan Damai Haadyai 1989.[9] Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk dalam golongan ini kerana tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana yang disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut.[10][11]Pada 26 November 2019, gambar sekumpulan aktivis yang menbawa abu mayatnya ke Lumut tular di media sosial sehingga membawa kritikan hebat dari pengguna yang mengatakan kumpulan itu tidak sensitif dengan penderitaan dan pengorbanan para perajurit yang selama ini menentang komunis.[12]

Dalam media sunting

Pada tahun 2006, sebuah filem dokumentari mengenai Chin Peng telah diterbitkan bertajuk Lelaki Komunis Terakhir. Ia telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Satu lagi filem dokumentari mengenai beliau bertajuk I Love Malaya telah dikeluarkan.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ Chin Peng, 90 dies in Bangkok Hospital NST.
  2. ^ Tutup buku, usah polemikkan isu Chin Peng[pautan mati kekal]
  3. ^ http://teresakok.com/2009/06/18/jawapan-parlimen-mengenai-kriteria-membenarkan-anggota-komunis-untuk-balik-ke-malaysia/
  4. ^ Gerakan, Chin Peng dan kemanusiaan
  5. ^ Golongan fanatik cemar amalan demokrasi[pautan mati kekal]
  6. ^ "Former CPM General Secretary Chen Ping Died in Thailand"[1]
  7. ^ "Chin Peng apologies on behalf of CPM" [2]
  8. ^ “Muhyidin: Government will not change the decision, Chin Peng can't return even if he apologized” [3]
  9. ^ "Chin Peng meninggal dunia di Bangkok". Malaysiakini. 16 September 2013. Dicapai pada 17 September 2013.
  10. ^ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/3815-keputusan-kerajaan-tetap-tidak-membenarkan-chin-peng-pemimpin-parti-komunis-malaya-balik-ke-malaysia.html Diarkibkan 2017-05-05 di Wayback Machine Keputusan Kerajaan Tetap Tidak Membenarkan Chin Peng Pemimpin Parti Komunis Malaya Balik Ke Malaysia.
  11. ^ Utusan Online. 2013. Chin Peng meninggal dunia pada usia 90. Utusan Online. Di: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130916/dn_23/Chin-Peng-meninggal-dunia-pada-usia-90 Dicapai pada: 16 Sep 2013.
  12. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/59283/VIDEO/Sinar-AM/Najib-persoal-abu-Chin-Peng-dibawa-masuk-secara-senyap
  13. ^ "I Love Malaya".

Bibliografi sunting

Bacaan lanjut sunting

  • 劉鑒銓等人,青山不老-馬共的歷程,(2004)香港:明報出版社 ISBN 962-8871-28-5
  • Chin, C. C., and Karl Hack. eds., Dialogues with Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party. (2004) Singapore: Singapore University Press, 2004 ISBN 9971-69-287-2

Pautan luar sunting