Buka menu utama

Perkhidmatan Perisikan Rahsia

(Dilencongkan dari MI6)
"MI6" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat MI-6.

Perkhidmatan Perisikan Rahsia (Secret Intelligence Service atau SIS) bertanggungjawab membekalkan maklumat perisikan asing kepada Kerajaan British. SIS lebih dikenali dengan nama lamanya MI6. Agensi perisikan ini berada di bawah arahan Jawatankuasa Perisikan Bersama (Joint Intelligence Committee atau JIC) bersama-sama dengan Perkhidmatan Sekuriti (MI5), Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) dan Staf Perisikan Pertahanan (DIS).

Secret Intelligence Service
MI6
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1909 sebagai Secret Service Bureau
Di bawah bidang kuasaKerajaan United Kingdom
Ibu pejabatVauxhall Cross, London
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Agensi indukForeign and Commonwealth Office
Tapak webhttp://www.sis.gov.uk

SIS dipanggil oleh masyarakat dalaman perkhidmatan awam sebagai Box 850 sempena nombor pejabat pos MI6 yang lama. Kewujudannya tidak diperakui secara rasmi kepada umum sehingga tahun 1994. Ibu pejabatnya, sejak tahun 1995 terletak di Vauxhall Cross di sungai Thames.