Jebat ialah filem aksi Malaysia 2020 arahan Jamal Khan dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, diadaptasi dari kesinambungan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (2013) terbitan Pena Creative Pictures dan adaptasi novel Jebat karya E-man Sufi, filem ini ditayangkan pada 3 September 2020.[1][2][3]

Jebat
PengarahJamal Khan
Berdasarkan
Dihasilkan oleh
  • Puteri Julia Megat Junid
  • Megat Jufri Nasrullah Megat Junid
  • Ahmad Budiman Sidik
  • Nik Naemah Najad Nik Mahir
  • Ibrahim Junid Abdullah

Eksekutif:

Dibintangi
SinematografiHarris Hue Abdullah
Disunting olehMuhamad Adilan Azemi
Syarikat
penerbitan
Pena Creative Pictures
Tarikh tayangan
3 September 2020 (Astro First)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM2 juta

Sinopsis sunting

Jebat (Sharnaaz Ahmad), seorang bekas ketua samseng yang telah bertaubat atas kesilapan lalu dan memulakan kehidupan baru dengan bekerja sebagai penternak ikan dan kemudian berkahwin. Pada masa yang sama, Jebat menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai ketua samseng daripada pengetahuan isterinya, Hannah Mastura (Nelydia Senrose) apabila hidupnya masih diganggu oleh konco-konco samseng yang menunut hutang daripadanya.

Jebat dan Mastura sedang berbulan madu di luar negara berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka yang membuatkan Jebat merasa risau. Dia percaya ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia, mereka masih diekori. Bagi melindungi Mastura, Jebat terpaksa kembali ke dunia samseng yang telah lama ditinggalkan dan mendapati terdapat pihak yang cuba ingin membunuhnya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat - Bekas gangster Yang kini bekerja sebagai nelayan Dan berkahwin Dengan Hannah Mastura
  • Nelydia Senrose sebagai Hannah Mastura - Isteri Jebat yang panas baran dengan suaminya

Pelakon undangan sunting

  • Idris Khan sebagai Inspektor Rayyan/Aryan - sepupu Hannah Mastura
  • Peter Davis sebagai Kit/Tuah - Ketua geng cobra, musuh kepada Jebat Dan dalang Yang telah merosakkan Bulan madu Jebat Dan isterinya
  • Carmen Soo sebagai Aireen/Damia - kawan kepada Jebat
  • Rahhim Omar sebagai uncle Panjang - bapa Aireen Dan pakcik Jebat Yang diburu oleh Geng Cobra
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Jasmine - Isteri kit Yang jatuh cinta pada Jebat

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Jebat mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan, bermula pada 2017. Filem ini ialah filem sulung terbitan Pena Creative Pictures. Berbeza dengan Bukan Kerana Aku Tak Cinta, jalan cerita filem Jebat tidak serupa dengan versi asal drama.[4] Filem ini telah menjalani penggambaran di Prague, Czechoslovakia dan selebihnya di Malaysia.[5]

Keluaran sunting

Jebat dikeluarkan pada 3 September 2020 di Astro First. Filem ini berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh empat hari selepas ditayangkan.[6][7][8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Zulhilmi Jalil (27 Ogos 2020). "Selepas 6 tahun, Sharnaaz dan Nelydia muncul lagi, kali ini dalam versi filem Jebat". Astro Gempak. Dicapai pada 26 September 2020.
  2. ^ Mumtaj Begum (1 September 2020). "Actors Sharnaaz Ahmad and Nelydia Senrose back together for film, Jebat" [Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose kembali bersatu menerusi filem Jebat] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 26 September 2020.
  3. ^ "Filem Jebat ubati kerinduan peminat-peminat drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)". Kopiplanet. 24 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  4. ^ Zulhilmi Jalil (1 September 2020). ""Hanya ambil 'nyawa' sedikit" - pengarah dedah filem Jebat tak sama dengan drama". Astro Gempak. Dicapai pada 26 September 2020.
  5. ^ Zulhilmi Jalil (3 September 2020). "Rugi kalau tak tengok! Ini 5 sebab anda wajib tonton filem Jebat". Astro Gempak. Dicapai pada 26 September 2020.
  6. ^ Wawann Mohd (8 September 2020). "Filem Jebat raih RM1.3 juta dalam tempoh sebelas hari tayangan di Astro First". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2020.
  7. ^ Zaidi Mohamad (8 September 2020). "Jebat kaut RM1.3 juta empat hari". Berita Harian. Dicapai pada 26 September 2020.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (8 September 2020). "Empat hari, Jebat kutip RM1.3 juta". Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2020.