Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad (dilahirkan pada 30 Ogos 1985) ialah seorang pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.[1] Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya.[2][3]
Kehidupan awalSunting
Sharnaaz adalah anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga P. Ramlee juga pernah menyertai beberapa kugiran ketika era pop yeh yeh 60an.[4] Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakauan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.
KerjayaSunting
Watak pertamanya adalah menerusi drama bersiri Tari Tirana. Ketika awal pembabitannya, Sharnaaz sering ditipu oleh agensi lakonan yang menjanjikan pelbagai watak namun mereka membatalkan disaat akhir. Akibatnya, Sharnaaz mula hampir putus asa sebelum mengambil keputusan untuk membina keyakinan diri dan penampilan tubuh badan. Sharnaaz juga menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010 [5]. Hasilnya, setelah itu beliau berjaya muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri K.I.T.A. arahan Micheal Ang dan bergandingan dengan pelakon komedi Scha Al-Yahya yang menjadi titik mula namanya dikenali. Kerana populariti yang makin meningkat, Sharnaaz berpeluang memegang watak utama dalam filem pertamanya, Seru arahan Pierre Andre. Pada awal tahun 2011, namanya mula mendapat perhatian umum malah turut tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.
Kerjaya seni lakonannya berkembang dalam waktu yang agak singkat dan kehadirannya sebagai pelakon pelapis amat diperlukan kerana kemampuan bakat lakonannya dalam menjelmakan pelbagai watak dari komedi ke antagonis dan dramatik. Sehingga tahun 2013, beliau muncul dalam drama-drama arahan Michael Ang seperti Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Patah Seribu yang digandingkan bersama bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah, sehingga beliau digelar anak emas pengarah tersebut. Gandingan tersebut begitu mantap dan serasi bahkan mampu menitiskan airmata penonton. Beliau juga muncul dalam drama arahan pengarah lain demi mencari kelainan seperti drama Ariana Mikhail, Bukan Bidadari dan telefilem Di Bawah Langitmu.
Setelah dilamar pengarah hebat Kabir Bhatia untuk muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil, beliau sekali lagi diberi peluang untuk muncul dalam filem Juvana sebagai Lan Todak yang akhirnya menjadi era kemuncak kerjayanya sebagai aktor. Lakonannya dalam watak antagonis seorang pelajar sekolah menengah dibawah hukuman juvana yang mempunyai masalah psikologi itu menjadi sebutan dan disifatkan antara watak jahat paling ikonik dalam sinema perfileman Melayu. Pada tahun 2013, nama Sharnaaz akhirnya mendapat tempat di mata pengkritik apabila lakonan mantapnya sebagai suami panas baran dalam telefilem Di Bawah Langitmu bersama aktres Nora Danish membolehkannya bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin. Dalam majlis sama, beliau juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi lakonan sebagai Lan Todak (filem Juvana). Biarpun tewas kepada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman, namun sejak itu namanya sudah diangkat sebaris dengan nama-nama besar dunia lakonan Malaysia.
Pada tahun 2014, nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mencipta fenomena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu.
Pada tahun 2019, Beliau berlakon dalam drama Devoted yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Iskandar.[6]
Kehidupan peribadiSunting
Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017.[7] Beliau sebelum ini pernah bercinta dengan Shila Amzah sekitar 2011 hingga 2013 dan Anis Al-Idrus selama setahun.[8] Bersama Nabila, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Seru | Jeff | Filem pertama |
2013 | Juvana | Lan Todak | |
Sembunyi: Amukan Azazil | Atan | ||
2014 | Dollah Superstar | Shah Dazzlee | |
Gila Baby | Roy | ||
2015 | Darah Panas | Ady | |
Transformers: Age of Extinction[9][10][11] | Galvatron | Alih suara BM | |
2016 | Juvana 3: Perhitungan Terakhir | Lan Todak | Penampilan khas |
2017 | Sindiket | Inspektor Rudy | |
2019 | Wangi | Khuzairi | |
2020 | Jebat | Jebat | |
2023 | Polis EVO 3 | Reza | Pos-produksi |
2024 | The Original Gangster | Ryan | Pos-produksi |
DramaSunting
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Dalca Mami Georgetown | Radzi | Astro Prima | |
2010 | Anak Rintih | Dino | ||
Pontianak Kampung Batu | Astro Ria | |||
2011 | Ungunya Cinta | Afandi | ||
Kum Kum | Yusof | |||
Mendongak Ke Langit | Hariz | |||
2012 | Rahsia Hati | Rayyan | TV9 | |
Warkah Cinta Mat Rock | Eddie | TV3 | ||
Patah Seribu | Azu | Astro Ria | ||
Di Bawah Langitmu | Osman | TV3 | ||
Korban Kasih | Ihsan | TV AlHijrah | ||
2014 | Bintang Hati | Farhan | TV2 | |
Perempuan Lindungan Kaabah | Fareez | Astro First Eksklusif | ||
2015 | Ramadan Jangan Tinggal Kami | TV3 | ||
Hidupku, Solatku, Matiku | Nordin | Astro Oasis | ||
2016 | Yang Terakhir Untukku | Jay | TV3 | |
2017 | Lukisan Cinta | Khairul | Astro Ria | Sebagai pengarah, penerbit serta pelakon |
Gelap | Ghazlan | TV1 | ||
2018 | Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi | TV2 | ||
2019 | Aku Bukan Bidadari | Hisyam | TV3 | |
2020 | Jam Tangan Paksu | Paksu Adam | TV1 | |
2021 | Aku Bukan Malaikat | Hisham | ||
Syurga Tanpa Dosa | Aiman | TV2 | ||
2022 | Raya Talak 1 | Jojo | Astro Ria | Sebagai penerbit serta pelakon |
Jangan Masuk Rumahku | — | Sebagai penerbit |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Harta Dalam Stor (Musim 2) | Artis jemputan | Astro Ria | |
2016 | Gempak Superstar | Pengacara | Bersama Scha Al-Yahya | |
Maharaja Lawak Mega 2016 | Chief Lawak | Astro Warna | Bersama Johan (Jonaz) | |
2017 | Perang Jantina | Pengacara | Astro Ria | Bersama Siti Elizad |
2021 | Maharaja Lawak Mega 2021 | Juri Misteri (Sang Bara) | Astro Warna | Mendedahkan Identitinya Di Minggu Akhir |
2022 | The Masked Singer Malaysia (musim 2) | Juri Jemputan | Menggantikan Remy Ishak | |
Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) | Pengacara | Bersama Elly Mazlein | ||
Melodi | Pengacara undangan | TV3 | ||
2022–2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Juri | Astro Warna |
PenajaanSunting
Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2016 | Men's Biorè | |
2020 | Coffee Mamu Barista | |
2020 | Perfume Athur& Antena |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24 | Artis Baru Lelaki Popular | N/A | Tercalon |
2012 | Anugerah Blokbuster Pertama | Hero Popular | Seru | Tercalon |
2013 | Anugerah Melodi Pertama | Artis Sensasi | N/A | Tercalon |
Anugerah Skrin ke–17 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Di Bawah Langit Mu | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | Juvana | Tercalon | ||
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Sembunyi: Amukan Azazil | Tercalon | |
2014 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama | Pelakon Lelaki Pilihan | Ruby | Tercalon |
Barisan Pelakon Drama Pilihan | Tercalon | |||
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Siti Saleha) | Tercalon | |||
Anugerah Astro On the Go Fan Choice | Favourite Fuyooo Actor | Bukan Kerana Aku Tak Cinta | Tercalon | |
Festival Filem Malaysia ke–26 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Juvana | Tercalon | |
2015 | Anugerah MeleTOP Era ke–2 | Pelakon TV MeleTOP | N/A | Tercalon |
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–3 | Pelakon Lelaki Drama Pilihan | Setitis Kasih Darmia | Tercalon | |
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | |||
Hero & Heroin Pilihan (bersama Nelydia Senrose) | Menang | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28 | Pelakon TV Lelaki Popular | N/A | Tercalon | |
Artis Paling Kontroversi | Menang | |||
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Nelydia Senrose) | Tercalon | |||
Anugerah Melodi ke–3 | Artis Lelaki Pilihan | Tercalon | ||
Artis Sensasi | Menang | |||
Anugerah Lawak Warna ke–3 | Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) | Gila Baby | Tercalon | |
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)[12] | Suamiku Encik Sotong | Menang | ||
Pesta Perdana Singapura ke–12 | Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Danny The Series | Menang | |
Anugerah Skrin ke–19 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) | Gila Baby | Menang | |
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30 | Pelakon TV Lelaki Popular | N/A | Menang |
Pelakon Filem Lelaki Popular | Darah Panas | Menang | ||
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 | Pelakon Filem Lelaki Popular | N/A | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ https://web.archive.org/web/20151022213722/http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/prinsip-sharnaaz-ahmad-1.143181
- ^ "Trafficking in pain". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ "Sharnaaz Ahmad and Elfaeza Ul Haq win top honours at Pesta Perdana 13". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ "PENJELASAN SHARNAAZ ISU LETAKKAN P.RAMLEE PADA 'ARAS KAKI'? - SENSASI MALAYSIA". sensasimalaysia.com.
- ^ http://www.mohdrohaizad.com/2011/07/biodata-profile-sharnaaz-basir-ahmad.html
- ^ Izwan Mohd Isa (29 Mac 2019). "Percubaan baharu Sharnaaz Ahmad". Kosmo!. Dicapai pada 29 Mac 2019. Check
|archive-url=
value (bantuan) - ^ "Wedding bells for Sharnaaz - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ Rohaizad, Mohd. "Biodata Profile Sharnaaz Basir Ahmad". www.mohdrohaizad.com.
- ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
- ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015. (Inggeris)
- ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. Julai 16, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada Julai 16, 2015.
- ^ Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015. Astro Gempak. Ogos 22, 2015.