Sinar (stesen radio)

(Dilencongkan dari Sinar FM)

Sinar (juga dikenali sebagai Sinar FM)[1] ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik sepanjang zaman Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Mac 2004 dengan cogankata asal Cahaya Hidup Anda, kemudiannya Muzik Retro Terbaik. Ia merupakan stesen radio berbahasa Melayu di bawah pengurusan Astro Radio, milik Astro Malaysia Holdings yang turut memiliki rangkaian TV Astro. Ia memainkan muzik retro, iaitu pilihan lagu dari tahun 80-an hingga kini (hanya 20% sahaja dimainkan), tidak kira lagu Melayu atau antarabangsa, ialah salah satu stesen radio dengan jumlah pendengar terbanyak, dengan 3.5 juta pendengar pada tahun 2013. sinar merupakan stesen radio bahasa Melayu dengan jumlah pendengar terbanyak pada tahun 2010 dan 2011, namun pada tahun 2012, ERA yang juga berada di bawah Astro Radio kembali menjadi stesen radio nombor satu Malaysia.

Sinar
BandarBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan penyiaranMalaysia dan Singapura
Slogan
  • "Muzik Retro Terbaik"
    (2005 - Januari 2015)
  • "Cahaya Hidup Anda"
    (1 Mac 2004 - 2005)
  • "Menyinari Hidupmu"
    (Januari 2015 - Kini)
Tarikh siaran pertama1 Mac 2004; 20 tahun yang lalu (2004-03-01)
FormatMuzik Retro, Oldies Hits, Kontemporari Dewasa
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluSinar FM
(1 Mac 2004 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
(Perfect Excellence Waves Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/sinar
Tapak websinar.syok.my

Pada Januari 2015, sinar menukar logo buat kali pertama selepas lebih 10 tahun menggunakan logo asal. Cogankata stesen radio ini juga ditukarkan kepada Menyinari Hidupmu.

Golongan sasarannya adalah untuk pendengar yang lebih dewasa seperti radio Lite (Inggeris) dan MELODY (Cina) dan membawakan lagu-lagu Melayu.

Penyampai Radio

Penyampai Sinar Harian

Nama Nama samaran Mula kerja Catatan
Muhd Nadzri Zainal Abidin Jep 30 November 2015
Rahim Mat Ali Rahim
Iskandarsah Hashim Angah Januari 2018
Hefny Sahad Hefny 15 Julai 2019
Falyq Hikyle Falyq 6 Januari 2020
Faradina Mohd Nadzir Dina Nadzir 2 Januari 2021
Putra Anuar Putra Anuar 29 Ogos 2022

Bekas Penyampai Sinar

Nama Nama samaran Tempoh Kerja Catatan
Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin Raja Azura/Kak Engku 2007 - 27 November 2015
Shahmira Muhammad Shuib 30 November 2015 - 29 November 2017
Jamal Jamaluddin Jamal 1 Mac 2004 - April 2019 berpindah ke Kool 101
Habsah Omar Abby Fana/Kak Bed 1 Mac 2004 - 31 Disember 2020
Siti Elizad Mohd Sharifuddin Kak Ejad 15 Julai 2019 - 24 November 2023

Slot Siaran SINAR

Isnin - Jumaat

Segmen Penyampai Masa Penaja
Menyinari Hidupmu Flashback (Pagi di SINAR & Duo SINAR) 00:00 - 06:00 Tiada
Pagi Di SINAR Angah, Jep & Rahim 06:00 - 10:00 Ella Furniture
SINAR Solo Dina Nadzir 10:00 - 15:00 Haurabelle
Duo SINAR Hefny Sahad & Falyq Hikyle 15:00 - 19:00 Efferty
Laman Rohani SINAR Ustaz Fawwaz 19:00 - 20:00 Tiada
R&R SINAR (Rehat + Relax) Putra Anuar 20:00 - 00:00 Co-Opbank Pertama (CBP)

Sabtu

Segmen Penyampai Masa
Menyinari Hidupmu 00:00 - 06:00
Muzik Terbaik SINAR Tiada 06:00 - 08:00
Terbaik Pagi Di SINAR Angah, Jep & Rahim 08:00 - 10:00
Borak Selebriti SINAR Dina Nadzir & Falyq Hikyle 10:00 - 14:00
Hujung Minggu SINAR Penyampai Hujung Minggu 14:00 - 18:00
Terbaik Pagi Di SINAR Angah, Jep & Rahim 18:00 - 19:00
Rakan Inspirasi SINAR Dr. Daud Bakar 19:00 - 20:00
Laguku Di SINAR 20:00 - 00:00

Ahad

Segmen Penyampai Masa
Menyinari Hidupmu - 00:00 - 08:00
Sinar ETA Roy Azman, Syafa & Haikal 08:00 - 12:00
Terbaik Pagi di SINAR Angah, Jep & Rahim 12:00 - 13:00
SINARthon 50 minit muzik tanpa henti 13:00 - 15:00
Hujung Minggu SINAR Penyampai Hujung Minggu 15:00 - 19:00
Terbaik Kawan Tanya Ustaz Jawab Imam Muda Asyraf 19:00 - 20:00
Rock & Jiwang SINAR Putra Anuar 20:00 - 00:00

Slogan

  • Cahaya Hidup Anda (2004-06)
  • Muzik Retro Terbaik (2007-14)
  • Menyinari Hidupmu (Januari 2015-kini)

Frekuensi

Radio

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar Kuasa Pemancar
96.7 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali 2 kW
97.1 MHz Perlis dan Alor Setar, Kedah Gunung Jerai 2 kW
Pulau Pinang
100.9 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya 2 kW
Satun, Thailand
96.4 MHz Taiping, Perak Bukit Larut 2 kW
96.9 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang 2 kW
Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk 2 kW
96.0 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang 2 kW
87.8 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai 2 kW
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
97.2 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung 2 kW
97.5 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung 2 kW
93.8 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau 2 kW
102.1 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin 2 kW
96.6 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir 2 kW
104.9 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong 2 kW
106.9 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig 2 kW

Televisyen

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 857

Radio internet

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Galeri

Rujukan

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.

Pautan luar