Hitz (stesen radio)
Hitz (juga dikenali sebagai Hitz FM)[1] ialah sebuah stesen radio Malaysia dalam bahasa Inggeris tempatan yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. Memainkan muzik hit antarabangsa terkini dan terbaik untuk pendengar berumur 10 tahun hingga 40 tahun, Hitz merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar.[2]
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia dan Singapura |
Slogan | Today's Hit Music (2001 - 2018) Malaysia's #1 Hit Music Station (1996 - kini) All The Hitz, All The Time (2018 - Julai 2021) |
Tarikh siaran pertama | 12 Oktober 1996 (Saluran Astro 852) 1 Januari 1997 (Hitz Semenanjung Malaysia) 25 Oktober 2010 (Hitz Sarawak) 1 Disember 2010 (Hitz Sabah) |
Tarikh siaran terakhir | 1 Oktober 2023 (Hitz Sabah & Sarawak) |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Pengenal terdahulu | Hitz FM (1 Januari 1997 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio (Measat Radio Communications Sdn Bhd) |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | hitz |
Sejak Januari 1997, saluran ini dikenali sebagai HITZ FM. Kemudian pada Januari 2001, tanda noktah diletakkan & menjadikan hitz.fm, bukan saja merujuk kepada nama radio malah juga laman webnya www.hitz.fm (kini hitz.com.my). Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada 1 Januari 2018 sepertimana stesen Astro Radio yang lain untuk menumpu kepada platform digital.[3]
Sejarah Sunting
HITZ, bersama-sama stesen kembar MIX dan LITE, merupakan antara stesen radio bahasa Inggeris yang pertama kali dimiliki swasta untuk disiarkan di Malaysia, setelah melancarkan gelombang udara pada Januari 1997 dan menjadi salah satu saluran audio Astro sejak pelancaran rangkaian satelit pada Oktober 1996. Negara ini hanya mempunyai satu stesen radio bahasa Inggeris sebelum ini, iaitu Radio Malaysia Saluran 4 (kini TraXX FM) milik kerajaan dari RTM.
Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis indie.
Pada April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai Hitz FM (dengan tanda titik) sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan penstriman yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke "hitz fm" pada tahun 2014 tanpa tanda titik.
Pada Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm (sebelum dijenamakan semula sebagai Astro hitz). Walau bagaimanapun, saluran ini telah ditamatkan siarannya pada 16 Mei 2016.
Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya bahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.
Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (Cruisers secara ringkas). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm.
Pada 1 Oktober 2023, Hitz FM serta My FM Sabah & Sarawak ditamatkan siaran. Kandungan siaran ini akan digantikan dengan siaran Semenanjung.
Isu dan kontroversi Sunting
Pada September 2017, sebuah isu berlaku apabila pihak Hitz memaparkan sebuah video yang dikatakan berunsur transfobia di laman Facebook rasmi; video tersebut memaparkan dua orang penyampai, Ryan De Alwis dan Arnold Loh berjalan melepasi seorang "wanita", tetapi muntah apabila mendapat tahu bahawa orang tersebut ialah seorang transgender. Video itu mendapat kecaman daripada sesetengah pihak seperti golongan pendokong transgender, dan pihak Hitz memohon maaf atas video tersebut lalu memadamkan video itu.[4]
Pada Februari 2021, Yusuf Shukri (DJ Yusuf), penyampai Hitz FM bagi kawasan Sarawak mendapat kecaman sejagat apabila memuat naik sebuah video di laman Tik Tok peribadinya yang memperlekehkan intonasi bahasa Inggeris seorang guru Sains, Rafidah Rahmat dalam saluran DidikTV KPM yang baru dilancarkan.[5][6] Susulan itu, DJ Yusuf digantung kerja oleh pihak Hitz, dan pihak pengurusan Astro serta Yusuf sendiri memohon maaf atas tindakan luar batas itu.[5]
Pergantian nombor Sunting
Pada 12 Oktober 1996, Hitz dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 301.
Pada 1 November 1999, Hitz telah dinomborkan semula dari saluran 301 ke saluran 104.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, Hitz akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 852.
Penyampai Sunting
Penyampai Harian Sunting
- Arnold Loh
- Ean Nasrun
- Calista Leah Liew
- Zher Peen
- Ili Ruzanna Iqbal
- Keanu Azman
Penyampai Hujung Minggu Sunting
- Jannah
- Sangeeta
- Simon Lee And Alvin
Bekas penyampai Sunting
Berikut adalah senarai bekas penyampai Hitz dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.
- Ryan Matjeraie (2013-2016, berpindah ke Fly FM)
- Juanita Ramayah (2013-2018, berpindah ke Fly FM)
- Adam Izzy (2014-2017)
- Sher Mohamed (2013-2016)
- Ean Nasrun (2008-2016) - *(2018, Kembali lagi sebagai penyampai radio pada Oktober 2018)
- Jin Lim (2007-2015)
- Natalie Kniese (berpindah ke Fly FM)
- Hunny Madu (2007–2008)
- Jayaram Gopinath Nagaraj (2003–2008)
- Rudy Sufian (2003–2008)
- Azura Zainal (2006–2007)
- Marion Caunter (2006—2007)
- Brian Vinesh (2005—2007)
- Jason Lo (2003–2007)
- Pietro Ambrose Felix (2005—2006)
- Serena Choong (2000—2006)
- Phat Fabes (1999–2006) (berpindah ke Lite)
- Johan Farid Khairuddin (2001—2004)
- Li'l Kev (1997–2003)
- FlyGuy (1997–2003)
- Anushia Kanagasabai (1997–2002)
- John Boy (1997–1999, 2001)
- Mesh Nair (1997–2004)
- Ross Yusof (1997–2004)
- Farouk Khan (1997)
- Adam Carruthers
- Jay (2016-2018)
- Ryan Augustine De Alwis (RD) (berpindah ke Mix)
- Khalif Sultan (2016-2019)
Segmen Sunting
Isnin - Jumaat Sunting
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Back to Back Hitz | 00:00 - 06:00 | |
Hitz Morning Crew | Arnold, Ean, Raj & Anne | 06:00 - 10:00 |
Hitz Days | Calista Leah Liew | 10:00 - 15:00 |
Hitz Drive | Zher | 15:00 - 20:00 |
Hitz Tonight | Ili & Keanu | 20:00 - 00:00 |
Sabtu Sunting
Segmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Hitz Weekend | 6am - 7am | - |
Best of Gotchas | 7am - 8am | Ean & Arnold |
Best of Morning Crew | 8am - 9am | |
Hitz 30 Chart | 9am - 11am | Ean & Arnold |
Hitz Weekend | 11am - 4pm | Calista Leah Liew |
Hitz Weekend | 4pm - 9pm | Melissa |
Club Hitz | 9pm - 4am | Jakeman & Skeletor |
Hardwell On Air | 12am - 1am | Hardwell |
Bak2bak Hitz | 4am - 6am | - |
Ahad Sunting
Segmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Club Hitz | 12am-3am | - |
Back To Back Hitz | 3am-6am | - |
Hitz Weekend Breakfast | 6am-9am | Ean & Arnold |
Hitz Stripped | 9am-11am | - |
Hitz RIM Chart Show (Repeat) | 11am-1pm | Zher |
Hitz Tiktok | 1pm-2pm | Calista |
Hitz Your Playlist | 2pm-3pm | Calista |
Hitz Gayo | 3pm-4pm | Calista |
Hitz Playlist Of My Life | 4pm-5pm | - |
Hitz Weekend | 5pm-8pm | - |
Hitz Flow | 8pm-9pm | - |
Hitz Stage | 9pm-11pm | Keanu |
Club Hitz | 11pm-3am | - |
Frekuensi Sunting
Radio Sunting
Hitz Malaysia (1996-kini) Sunting
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
92.9 MHz | Lembah Klang, | Gunung Ulu Kali | 2 kW |
92.8MHz | Alor Setar Kedah dan Perlis | Gunung Jerai | 2 kW |
Pulau Pinang | |||
Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau | 2 kW | |
92.4 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya | 2 kW |
93.6 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut | 2 kW |
92.7 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang | 2 kW |
95.0 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | 2 kW |
93.0 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang | 2 kW |
97.6 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai | 2 kW |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | |||
93.2 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | 2 kW |
94.8 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Jerung | 2 kW |
Televisyen Sunting
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 852 |
Hitz Sarawak (2010-2023) Sunting
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
95.3 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin | 2 kW |
105.1 MHz | Sibu, Sarawak | Bukit Lima | 2 kW |
105.8 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir | 2 kW |
Hitz Sabah (2010-2023) Sunting
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
100.8 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong | 2 kW |
99.8 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig | 2 kW |
Radio internet Sunting
Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK
Rujukan Sunting
- ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
- ^ "71% of Malaysians Listen to Astro Radio". Astro. 19 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2016.
- ^ "With multiplatform the new reality, Astro Radio drops 'FM', refreshes 11 brands". Digital News Asia. Dicapai pada 13 January 2018.
- ^ Brown, Victoria (21 September 2017). "Hitz FM apologises for 'transphobic' video" [Hitz FM memohon maaf atas video berunsur 'transfobia']. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (19 Februari 2021). "Sindir guru, deejay Hitz FM Sarawak bakal digantung tugas". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Musa, Nur Huda (19 Februari 2021). ""Saya bangga jadi cikgu" – Cikgu Rafidah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.