Salih Yaacob
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Salih Yaacob (lahir 25 November 1961) merupakan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio dan pengacara Malaysia. Kerjayanya bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980. Di Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, Salih bertugas sebagai penari dan penyanyi. Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986. Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.
Salih Yaacob | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | SY @ Abang Jem |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio, pengacara |
Tahun aktif | 1980–kini |
Pasangan |
|
Anak | Johan (anak saudara), 13 orang anak dan 6 lagi cucu |
Menyertai Sinar pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar @ CikPiah pada 2016.
DiskografiSunting
AlbumSunting
- Lama dan Baru
- Salih Muncul Lagi
- Kehadiranmu
- Pisang Panas
- Jangan Sondol 1995
- Sup Selipar
LaguSunting
- Gali Lubang Tutup Lubang
- Puteri Remaja
- Pisang Panas
- Romantika Di Tampoi
- Cuba Jangan Cuba
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Jejaka Perasan | Dolah | Filem pertama |
1987 | Keluarga 99 | Azam | |
Mr. Os | Sahabat Os | ||
1989 | Awang Spanar | Salleh | |
Jampang | Jaka | Filem Indonesia | |
1990 | Janda Meletup | Kamil | |
1991 | Bayangan Maut | Joe | |
Boss | Amir | ||
Juara | Busul | ||
1992 | Sahabat | Halim | |
Konstabel Mamat | Mamat | ||
2003 | Gila-Gila Pengantin | Borhan | |
2005 | Sembilu 2005 | Cikgu Salleh | |
2007 | Otai | Tan Sri Mansor |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2005–2008 | Puteri | Abang Malik | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Lontong | Waktong | TV3 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1994 | Anugerah Juara Lagu ke-11 | Pengacara bersama Ogy Ahmad Daud | TV3 |
2004–2007 | Ogy & Salih | TV1 | |
2017–kini | Sepahtu Reunion Live | Artis jemputan | Astro Warna |
RadioSunting
Tahun | Stesen | Tajuk |
---|---|---|
2006–2015 | Sinar | Rancangan Sinar Pagi |
2018–2019 | Rancangan Santai Sinar |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |