Darah Panas merupakan sebuah filem berbahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 2015. Filem ini mula ditayangkan ke pawagam di seluruh negara pada 4 Jun 2015.

Darah Panas
PengarahArjin Uppal
PenulisAfiq Zulkifli
Dihasilkan olehS. Baldev Singh & Harvinder Uppal
DibintangiSharnaaz Ahmad
Nur Fathia
Soffi Jikan
Adam Corrie
Jalaluddin Hassan
Aznah Hamid
Vanessa Chong
Ruzzlan Abdullah Shah
SinematografiVierendrra Lalit
Disunting olehS. Baldev Singh
Muzik olehBoy Razak
Syarikat
penerbitan
White Merpati Entertainment
Tarikh tayangan
4 Jun 2015
Masa tayangan
85 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 2,000,000.00

Pengarah sunting

Filem ini diarahkan oleh Arjin Uppal di bawah terbitan White Merpati Entertainment.

Ringkasan sunting

Syahana seorang gadis yang sangat berpegang pada agama, namun dia bercita-cita untuk menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial. Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan dia telah meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya. Syahana menyatakan hasratnya kepada keluarganya namun ditentang oleh ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Kuala Lumpur. Setibanya Syahana di Kuala Lumpur, Fandi telah membawa Syahana ke dunia pelacuran. Syahana tidak sangka nasibnya akan menjadi begitu. Cicak merupakan ketua rumah pelacuran dan juga terlibat dalam sindiket dadah. Cicak yang telah membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam. Adi bertemu dengan Syahana di rumah pelacuran dan sangat bersimpati dengan keadaan Syahana yang telah ditipu oleh Fandi. Di kampung, ibu bapa Syahana tidak henti-henti berdoa agar anaknya dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh tuhan. Keluarga Syahana juga telah mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur mencari Syahana. Di rumah pelacuran, Syahana meminta pertolongan Adi untuk lari dari rumah pelacuran. Adi mengambil keputusan untuk menyelamatkan Syahana. Mereka berdua melarikan diri bersama. Adi membawa Syahana ke kampungnya dan tinggal bersama nenek Adi. Cicak dan kuncunya terus memburu Adi sehinggalah berlaku kejadian yang tidak diingini. Syahana mula jatuh hati pada Adi sepanjang dia bersama dengan Adi di kampung sehinggalah keluarga Syahana menjemput Syahana pulang dari rumah nenek Adi.

Pelakon sunting

Lagu sunting

  • Penyanyi : Nas Adila
  • Penggubah : Amir E.Y.E
  • Tajuk : Rindu

Pencapaian sunting

Filem ini menyentuh mengenai isu masyarakat hari ini yang mana anak-anak gadis yang tidak bersalah mudah ditipu sehingga terjebak ke dunia pelacuran.

Penggambaran sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting