Ruzzlan Abdullah Shah

Pelakon lelaki Malaysia

Ruzzlan Abdullah Shah (meninggal dunia 21 Disember 2018) atau lebih dikenali sebagai Lan Cina merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Ruzzlan Abdullah Shah
Meninggal dunia21 Disember 2018
Sebab kematianBarah
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampumg Kemensah, Hulu Kelang, Selangor
Nama lainLan Cina, Roslan Lam
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996; 2012–2018

Kerjaya sunting

Ruzzlan memulakan kerjaya awal sebagai model matinee untuk iklan rokok Dunhill pada 1996 di mana iklan itu boleh ditonton di YouTube.

Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak pemilik bengkel dalam Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff.[1]

Kerjaya filem beliau bermula dengan filem seram pecah panggung Munafik arahan Syamsul Yusof. Beliau memegang watak sebagai Shah, seorang penggali kubur.[2]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 21 Disember 2018.[3] Punca kematian beliau dipercayai akibat barah.[4] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampumg Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Kahwin 5 Nico Filem pertama
2013 Kerat 14
KL Gangster 2 Geng Shark
Tokan John
2014 Abang Long Fadil Encik Tanaka
Dollah Superstar Joe
2015 Darah Panas Leng Chai
Gangsterock Kasi Sengat
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Din
2016 Munafik Shah
Radhi Rudy Bin Dadu Chin Chai
Juvana 3: Perhitungan Terakhir Din
2018 Makrifat Cinta Tauke Kedai Jam
KL Special Force Kelvin
The Leakers Police Commissioner Keung Filem terakhir
2019 Banglasia Pemilik Restoran
2020 Tyickoouns

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Pemilik bengkel TV2
2013 Metro Skuad (Musim 2) Ah Boon Episod: "Samseng"
Roda-Roda Kuala Lumpur Episod: "Drifter Samseng"
2014 Gerak Khas (Musim 14) Ah Chai Episod: "Ops Gempur"
Panglima Joran Episod: "Ops Bayu"
Eddie Episod: "Hackers"
2016 Gerak Khas (Musim 16) Episod: "Jejak Hitam"
Bunga Tanjong Uncle Fong Mediacorp Suria
2018 Gerak Khas (Musim 18) Detektif Wong TV2

Rujukan sunting

  1. ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (10 Oktober 2016). "Munafik atasi penonton filem baru". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 14 Oktober 2016.
  3. ^ Pelakon Gerak Khas, Detektif Wong meninggal dunia Diarkibkan 2018-12-30 di Wayback Machine Free Malaysia Today (21 Disember 2018). Dicapai pada 23 Disember 2018.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Disember 2018). Allah lebih sayangkan ‘Detektif Wong’ Harian Metro. Dicapai pada 23 Disember 2018.
  5. ^ Syafiqah Jalal (22 Disember 2018). "Ramai hadir solatkan, iringi jenazah..." - Pelakon Gerak Khas, Detektif Wong meninggal dunia Astro Gempak. Dicapai pada 23 Disember 2018.

Pautan luar sunting