Sharifah Sakinah
Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired (lahir 28 Mei 1989; Jawi: شريفه سكينه) ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia.
Sharifah Sakinah | |
---|---|
![]() Sakinah di studio MeleTOP pada Oktober 2015. | |
Kelahiran | Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired 28 Mei 1989 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 2010–kini |
Pasangan | Alif Adha Jamil (k. 2015–2020) |
Anak | 1 |
Saudara | Sharifah Haslinda (kakak) Sharifah Shahirah (kakak) Sherry Alhadad (saudara) Adilla Rose (adik) |
KerjayaSunting
Beliau mula dikenali menerusi sitkom Hotel Mania (2010) dan kemudian menempa nama apabila muncul dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu Bimbi & Bonnie, Havoc Warna dan Yem Rempit. Beliau memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014. Pada tahun itu juga, beliau telah membintangi telefilem Racun Menantu arahan Michael Ang yang memberi kesan terhadap penonton. Dalam pada itu beliau juga turut berlakon dalam telefilem Kubur Berdarah pada 2015. Rata-rata memuji lakonan beliau. Beliau sering melakonkan watak-watak mencabar yang lain dalam drama lakonannya. Beliau diterima baik sebagai pelakon membawa watak psiko yang berat, komedi mahupun antagonis.[1]
Kehidupan peribadiSunting
Dua kakaknya terlebih dahulu bergelar pelakon pada era 90-an iaitu dramatis Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Beliau pernah menjalinkan hubungan dengan anak sulung pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima iaitu Ahmad Albab namun terputus di pertengahan jalan.
Pada tahun 2014, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan usahawan Alif Adha Jamil. [2]
Pada 28 Mac 2015, Sharifah sah bergelar isteri kepada Alif Adha Jamil dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya. Pasangan sama padan, sama cantik itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari. Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff. [3] [4]
Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 9 pagi, pada 24 Mei 2017. Bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan menerusi pembedahan itu diberi nama Anais Adha. [5] [6] Beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada awal tahun 2016. [7] [8]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Rujukan |
---|---|---|---|
2013 | Ular | Lynn | |
2016 | Pekak | Melur | |
2017 | Kimchi Untuk Awak | Min Ah @ Minah | |
2018 | Rise: Ini Kalilah | Isteri Polis | |
2019 | Rise to Power: KLGU | Liyanna | |
2020 | Bikin Filem |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Hotel Mania | TV3 | ||
Dottie | Astro Ria | |||
2011 | Kelaaas Kau Maria | |||
Mata Ayer | Syidah | TV3 | ||
Ana lu'lu | Sophie | |||
2012 | Dendam Sarakit | Dina | ||
Ameera | Suzy | Pelakon undangan | ||
Dalam Hati Ada Taman | Tasha | Astro Ria | ||
2013 | Tanah Kubur (Musim 6) | Nabila | Astro Oasis | Episod: "Sumbang Mahram" |
Benci Vs Cinta | Astro Ria | |||
2014 | Bunga Merah Punya | Bunga | TV9 | |
Yem Rempit | Astro Warna | |||
2015 | Jangan Lafazkan Janji | TV1 | ||
2016 | Isteri vs Tunang | Amira Irdina | Astro Ria | |
Tanah Kubur (Musim 15) | Nora | Astro Oasis | Episod: "Janji Syurga" | |
2017 | Perang Otai Andam | Dila | TV3 | |
Girlfriend Aku Dari Neraka The Series | Lidya | Astro Warna | ||
My Coffee Prince | Teman wanita Raykal | Astro Ria | Penampilan khas | |
2018 | Suamiku Mat Piun | Nieza | TV3 | |
Bimbi & Bonni Misi 007 | Bimbi | Astro Warna | ||
Amira Rose | TV3 | |||
Selafaz Cinta | Jasmine | Astro Prima | ||
2019 | Voice Note | Sara | TV3 | |
3 Dara Pingitan | Astro Warna | |||
Utusan Cinta Buat Adam | Liyana | TV3 | ||
2020 | Isteri Misteri | Yattie | TV3 | |
KL Gangster: Underworld 2 | Liyanna | Iflix | ||
2021 | Aku Yang Kau Gelar Isteri | Laila | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Bimbi & Bonnie | Bimbi | Astro Ria |
2014 | Pekerja Terbaik | Cik Jue | TV9 |
Racun Menantu | Astro Box Office | ||
2015 | Chak Ke Chak Boom Boom | Astro Prima | |
Kubur Berdarah | Sakinah | Astro Ria | |
Suamiku Encik Beruang | |||
2016 | Dua | ||
Kulit | Astro Citra | ||
Wau Kasih | |||
Isteri vs Tunang Raya | Amira Irdina | Astro Ria | |
Lara Cinta Qaseh | Qaseh | TV2 | |
Redhaku Untukmu | Eli | TV1 | |
2017 | Otot-Otot | Fauziah | |
Mek Minyak | TV2 | ||
Fatonah Azali | Sarina | TV3 | |
2018 | Rumah No. 10 | Astro Citra | |
Hantu Rumah Sakit Jiwa | Rita Ora | Astro First Eksklusif | |
Renyai Takbir Raya | Summayyah | Astro Ria | |
Bini Aku Dari... | Lidya | Astro Warna | |
2019 | Asam Pedas Cendol Sejoli | Kinah | Astro Citra |
Cubit-Cubit Cinta | Katarina | ||
Kecundang Sebelum Menjanda | |||
Alamak Boss!! | TV Okey |
Muzik videoSunting
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2016 | "Andainya Takdir" | Anuar Zain |
2017 | "Cinta Takkan Berakhir" | |
2018 | "Belahan Hati" |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Havoc Warna | Pengacara | Astro Warna | bersama AC Mizal, Along Cham dan Rahim R2 |
2015 | Ini Malam Kita Punya | Artis jemputan |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Artis Lawak Wanita Paling Popular | N/A | Menang | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
Artis Komedi Popular | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Kemalia Ohtman (21 September 2014). "Sharifah Sakinah anggap Jihan Musa lebih layak menang". mStar Online. Dicapai pada 20 Oktober 2019.
- ^ Ditulis pada 20 Oktober 2014. Gambar Majlis Tunang Sharifah - Hiburan. My Artis
- ^ Oleh Zaidi Mohamad , dicapai pada 28 Mac 2015. Sharifah Sakinah sah bergelar isteri - Hiburan. Berita Harian Online
- ^ 1 Februari 2015. Sharifah Sakinah rancang majlis kahwin tanpa protokol | Hiburan Berita Harian Online
- ^ Oleh Sudirman Mohd Tahir, dicapai pada 24 Mei 2017. Sharifah Sakinah dapat 'baby girl' - Hiburan. Harian Metro Online
- ^ Dicapai pada 24 Mei 2017. Kandungan 'Overdue', Sakinah Bersalin Secara Pembedahan. mStar Online
- ^ Oleh Zaidi Mohamad , dicapai pada 30 Mac 2016. Sharifah Sakinah keguguran - Hiburan. Berita Harian Online
- ^ 18 April 2016. Alami Keguguran, Sharifah Sakinah Tidak Kesal Tolak Tawaran Berlakon - Berita Hiburan. mStar