Kimchi Untuk Awak
Kimchi Untuk Awak ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel 2015 karya Suri Ryana dengan judul sama arahan Michael Ang.[1] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza, Janna Nick dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan Dark Wave Pictures.[2][3]
Kimchi Untuk Awak | |
---|---|
Pengarah | Michael Ang |
Penulis |
|
Berdasarkan | Novel asal 2015 oleh Suri Ryana |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Dark Wave Pictures |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 118 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 1.2 juta |
Sinopsis
suntingMenceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Ridza) dan Bella (Emma Maembong). Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.
Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengan Kak Longnya (Dira Abu Zahar) untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri (Natasha Elyzza).
Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara (Janna Nick) pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella. Adakan cinta Daniel Lee dan Bella dapat dipertahankan?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Emma Maembong sebagai Bella
- Aiman Hakim Ridza sebagai Daniel Lee Jae Hwan
Pelakon pembantu
sunting- Normah Damanhuri sebagai Umi
- Dira Abu Zahar sebagai Kak Long
- Chew Kin Wah sebagai Pak Dani
- Ungku Hariz sebagai Faris
- Mandy Chong sebagai Omma
- Natasha Elyzza sebagai Yoo Ri
- Janna Nick sebagai Zara
- Sharifah Sakinah sebagai Min Ah @ Minah
- Madihah Raihana sebagai Kakak Bella
Penerbitan
suntingKimchi Untuk Awak diterbitkan oleh Astro Shaw dan Dark Wave Pictures dan merupakan arahan pertama Michael Ang selepas sekian lama mengarahkan beberapa siri drama dan telefilem. Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong yang sebelum ini digandingkan menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa telah dipilih memegang watak utama dalam filem ini.[4][5]
Michael pada asalnya mahu Kimchi Untuk Awak diterbitkan dalam bentuk siri TV, walaubagaimanapun, katanya, ianya lebih baik jika Kimchi Untuk Awak dipindahkan ke layar lebar.[1] Filem ini menjalani penggambaran selama 22 hari pada April 2016, melibatkan lokasi di Seoul dan Pulau Nami, Korea Selatan serta beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.[1]
Kimchi Untuk Awak merupakan filem pertama lakonan Emma yang mana beliau memegang peranan utama dan yang kedua lakonannya selepas filem Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid,[6] dan juga filem sulung lakonan Aiman Hakim dan Janna Nick.
Keluaran
suntingFilem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mempunyai pandangan tersendiri dan menganggap Kimchi Untuk Awak tidak ‘seenak’ yang diharapkan: "Barangkali juga sudah tiba masanya untuk menghentikan seketika adaptasi novel popular ini kerana kesudahannya, ceritanya adalah tetap sama, membosankan dan tiada pembaharuan."[7] Amerul Haswendy Ashari dari Harian Metro pula menyifatkan filem ini seolah-olah "tidak cukup perencah" bagi menarik perhatian penonton.[8]
Muzik dan runut bunyi
suntingTajuk lagu runut bunyi filem ini ialah "Dia Untukku" dipersembahkan oleh Ippo Hafiz.
Rujukan
sunting- ^ a b c Aqmar Mustaza (18 Mac 2017). "Kimchi Untuk Awak filem pertama Michael Ang". Sinar Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Nan Hidayat Nan Azmee (2 April 2017). "Kimchi Untuk Awak suntik rasa cinta yang makin pudar". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-15. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (24 Mac 2017). "Kimchi and chemistry". New Straits Times. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (24 Mei 2016). "Emma Maembong, Aiman Hakim serasi digandingkan". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Norhidayyu Zainal (15 Mac 2017). "Debaran filem pertama". Sinar Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (22 Mac 2017). "Emma Maembong Terpaksa Dipujuk Berlakon 'Kimchi Untuk Awak'". mStar Online. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (4 April 2017). Kimchi Untuk Awak, tidak seenak yang diharapkan mStar Online. Diperoleh pada 8 Julai 2017.
- ^ Amerul Haswendy Ashari (1 April 2017). Kimchi tak cukup perencah Harian Metro. Diperoleh pada 8 Julai 2017.