Jemputan Ke Neraka

Jemputan Ke Neraka ialah sebuah filem seram thriler Malaysia 2023 arahan dan skrip oleh Amor Rizan. Dibintangi oleh Janna Nick, Hafreez Adam, Sharifah Sakinah, Hariz Hamdan dan Wafariena Roslan, ia berkisarkan seorang kurator balai seni yang menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan rakan lamanya di sebuah banglo mewah. Filem ini ditayangkan pada 22 Jun 2023.[1]

Jemputan Ke Neraka
PengarahAmor Rizan
PenulisAmor Rizan
Dihasilkan olehAnne Ngasri
Dibintangi
SinematografiRamli Long
Syarikat
penerbitan
AN Universal
Tarikh tayangan
22 Jun 2023 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1 juta

Sinopsis sunting

Ivy, seorang kurator balai seni yang mendapat satu kad jemputan ke perkahwinan Lisa; sahabat lamanya dari universiti. Ivy memujuk tunangnya, Norman untuk menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan mewah itu dibuat di sebuah banglo jauh di atas bukit kawasan peranginan yang terasing.

Tiba di sana, Norman bertemu dengan rakan sekolahnya, Rania, Sofea dan Adam semasa bersama-sama di sebuah Sekolah Menengah Elit terkemuka di ibu kota dan kini masing-masing telah mempunyai kerjaya. Mereka teruja melihat perhiasan konsep perkahwinan taman yang telah disiapkan. Namun mereka berasa hairan kerana tiada sesiapa di situ. Merasakan pengunjung lain masih belum tiba, mereka memutuskan untuk mencari Lisa di dalam banglo.

Kejadian ngeri untuk mereka bermula apabila mereka menjumpai mayat Lisa tergantung dalam sebuah bilik. Mereka panik dan cuba untuk meninggalkan banglo itu, namun kereta mereka tidak mampu dihidupkan. Hujan lebat ditambah hari yang mulai gelap membuatkan mereka terkandas di banglo itu. sambil merungkai misteri kewujudan gadis bernama Salina. Mereka berhadapan dengan ancaman gelap yang bersembunyi di banglo itu, yang ingin meragut nyawa mereka satu per satu.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Jemputan Ke Neraka diarahkan oleh Amor Rizan yang terkenal dengan hasil karyanya di televisyen. Skrip filem ini telah ditulis oleh Amor pada tahun 2013 yang mengupas satu sisi kisah bermula daripada tiga pasangan menerima undangan ke majlis perkahwinan rakannya.[2]

Pelakon, Anne Ngasri berkhidmat sebagai penerbit menerusi syarikat miliknya, AN Universal yang ditubuhkan pada 2022. Menurut Anne, beliau meminta tunjur ajar daripada kakaknya yang juga pelakon dan penerbit, Darling Ngasri untuk menerbitkan filem ini. Ditanya mengenai pemilihan Amor Rizan sebagai pengarah, Darling berkata: "Saya suka penulisan dan kerja Amor Rizan serta yakin dengan kualiti kerjanya. Sebenarnya ini juga filem pertama Amor, jadi bukan kami sebagai penerbit sahaja yang berdebar, tetapi Amor juga".[3]

Kos pembikinan berjumlah RM1 juta[4] dengan penggambaran dijalankan selama sebulan di Pulau Carey, Selangor. Sharifah Sakinah, salah seorang pelakon filem ini, mendedahkan bahawa sebelum penggambaran dijalankan, beliau telah mendengar pelbagai kisah seram mengenai banglo lama di pulau itu. Menurutnya, sepanjang penggambaran tiada sebarang gangguan dan tiada kru yang dirasuk dan penggambaran diteruskan seperti yang dijadualkan. Sakinah turut mendedahkan bahawa beliau turut memasang ayat al-Quran sebagai pendinding.[5]

Ditanya mengenai pemilihan tajuk filem ini, Anne berkata ia mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF). Menurutnya, tiada babak dalam filem ini dipotong kerana beliau amat berjaga-jaga agar "filem ini sesuai dengan penonton Malaysia".[4]

Tema sunting

Menurut Amor, fokus Jemputan Ke Neraka ialah bukan untuk "menunjukkan kekejaman dan seram", tetapi mengenai "sedalam mana sebuah keluarga menyayangi antara satu sama lain apabila ditimpa kemalangan".[2]

Keluaran dan sambutan sunting

Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 5 Jun 2023 di saluran YouTube rasmi AN Universal.[1] Filem ini ditayangkan di 70 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 22 Jun 2023.[6]

Amy Ikram, dalam ulasannya di portal Wajib Tonton sifatkan filem ini "bukan sekadar cerita dendam", tetapi "paparkan kisah tragis pembuli".[7] Helmi Anuar dari portal Getaran mendapati bahawa sinematografi filem ini "kelihatan seperti berada di takuk lama".[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Trailer & Sinopsis Filem Thriller Tempatan 'Jemputan Ke Neraka'". Kakimuvee. 12 Jun 2023. Dicapai pada 12 September 2023.
  2. ^ a b Nurul Sabrina Jamali (22 Jun 2023). "Jemputan Ke Neraka". Harian Metro. Dicapai pada 10 September 2023.
  3. ^ Farol Hadi (6 Jun 2023). "Anne Ngasri minta tunjuk ajar Darling terbit filem pertama, jaga sensitiviti elak babak dipotong dalam 'Jemputan Ke Neraka'". mStar Online. Dicapai pada 11 September 2023.
  4. ^ a b Fatin Farhana Ariffin (15 Jun 2023). "Tajuk unik, Jemputan Ke Neraka tiada potongan babak, lulus LPF". Berita Harian. Dicapai pada 11 September 2023.
  5. ^ Budiey (29 Mei 2023). "Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Semasa di Set Filem Jemputan Ke Neraka". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 September 2023.
  6. ^ Muhammad Haikal Ramli (19 Jun 2023). "Jemputan Ke Neraka bermula 22 Jun". Kosmo!. Dicapai pada 11 September 2023.
  7. ^ Amy Ikram (28 Jun 2023). "BUKAN SEKADAR CERITA DENDAM, JEMPUTAN KE NERAKA PAPARKAN KISAH TRAGIS PEMBULI". Wajib Tonton. Dicapai pada 11 September 2023.
  8. ^ Helmi Anuar (23 Jun 2023). "Ulasan Filem: Jemputan Ke Neraka Lambat Panas, Tetapi Punya 'Plot Twist' Menarik". Getaran. Dicapai pada 11 September 2023.

Pautan luar sunting