Amira Rose ialah sebuah siri drama televisyen mini Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof, dibintangi oleh Farah Nabilah sebagai watak tajuk dan dibintangi bersama oleh Aiman Hakim Ridza.[1][2][3] Ia mengisahkan tentang kisah percintaan Rahman dan Amira Rose yang bekerja sebagai vlogger dan penulis. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 17 Jun 2018 hingga 10 Julai 2018.[4]

Amira Rose
GenreMelodrama
Ditulis olehSyarul A.
PengarahAzma Aizal Yusoof
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod6
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Elaine Soh
  • Nini Yusof
  • Ahmad Izzat Latip
PenerbitAween Adly
Penyunting
  • Rafiq Ghazali
  • Basil Faizal
Tempoh siaran10–30 minit
Syarikat penerbitan
Runlowboy
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Jun 2018 – 10 Julai 2018

Ia ditaja oleh Samsung.[5][6] Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[7]

PremisSunting

Rahman dan Amira merupakan rakan sekerja yang bertugas sebagai vlogger dan penulis. Bagaimanapun, Rahman telah meletak jawatan untuk menyertai sebuah syarikat pesaing beberapa hari sebelum Hari Raya. Amira berasa kecewa dan dikhianati lantas membuat keputusan untuk mengikut rakan sekerja seniornya Mun balik ke kampung untuk meraikan Hari Raya tanpa Rahman.

Setibanya di kampung halaman Mun, Amira bertemu dan tertarik dengan Amir, iaitu sepupu kacak Mun. Rahman yang berasa bimbang bahawa Amira berkemungkinan akan memutuskan hubungan mereka, bergegas ke kampung Mun untuk cuba menambat hati Amira semula.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

EpisodSunting

No. episod
keseluruhan
No. episod
musim
Tajuk Tarikh siaran pertama
11"Untuk Awak, Selamanya..."25 Jun 2018
22"Di Antara Senyum"26 Jun 2018
33"Mawar Rahsia"2 Julai 2018
44"Perisik Cinta, Detektif Munah"3 Julai 2018
55"Yang Jatuh Kembali Berdiri?"9 Julai 2018
66"Kita Semua Pengembara"10 Julai 2018

Tetapan dan gayaSunting

Amira Rose menggunakan gaya penggambaran konvensional untuk membawa daya tarikan yang berbeza bagi drama Melayu. Pasukan produksi berjaya menyuntik pelbagai elemen drama bersiri Korea dari segi watak, plot dan ciri-ciri estetik dalam Amira Rose. Keindahan dan keunikan persekitaran kampung Melayu tradisional untuk menampilkan sebuah latar belakang yang menarik dikekalkan.[1]

Runut bunyiSunting

  • "Lagi Syantik" - Siti Badriah
  • "Derai-Derai Cemara" - Banda Neira
  • "Zona Nyaman" - Fourtwnty

CatatanSunting

  1. ^ Watak "Elvina Loy" ialah parodi kepada Elvina Mohamad dan Elfira Loy.

RujukanSunting

  1. ^ a b Budiey (14 Jun 2018). "Yang anda perlu tahu tentang drama bersiri Amira Rose". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  2. ^ Salma Syahbuddin (1 Ogos 2018). "Amira Rose Drama Paling Hangat, Catat 10 Juta Tontonan". XTRA. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  3. ^ "Raikan Syawal dengan 'Amira Rose' lakonan Aiman Hakim & Farah Nabilah". Utusan Borneo. 21 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  4. ^ "Amira Rose (TV3)". My Infotaip. 17 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  5. ^ Pamela Yeoh (18 Jun 2018). "Samsung debuts mini-drama series 'Amira Rose' this Syawal". Strawberry Gal Adventures of Life. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  6. ^ "Media Prima Television Networks premiers first collaboration with Samsung Malaysia to 28mil viewers". New Straits Times. 18 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  7. ^ Amira Rose (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 Ogos 2018.