Mark Adam

Penyanyi dan pelakon Filipina

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah (dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre; 15 Oktober 1979) merupakan penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia. Dilahirkan di Cebu, Filipina, beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.

Mark Adam
Kelahiran
Marcus Adam Macaraig Echivarre

(1979-10-15) 15 Oktober 1979 (umur 44)
WarganegaraFilipina
Nama lainFikri Mark Adam Abdullah
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio
Tahun aktif2012–kini
PasanganNorazah Redzuan (k. 2003)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Mixology Music
Rusa Music
Pengkarya berkait
Ainan Tasneem, W.A.R.I.S, Juzzthin, Eleena Harris, Qierra, Eyza Bahra

Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta dan yang terbaru pada tahun 2017 ialah Biniku Ninja. Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama, penulisan Azlan Andi berdasarkan kisah hidup beliau.

Kehidupan awal sunting

Mark Adam dibesarkan di penempatan miskin di Cebu, Filipina. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang pada 2001 semata-mata mahu mencari rezeki di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: "Ketika itu saya berusia 22 tahun dan bersama lapan anggota kumpulan muzik, Big Bang. Saya akui memang takut kerana dalam poket hanya ada 500 peso (kira-kira RM30),". Mark ketika itu tidak mengetahui jalan di ibu kota dan sekadar mengenali KL Sentral.[1]

Kerjaya sunting

Mark pada mulanya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum mengorak langkah dalam dunia seni.

Beliau memulakan kerjaya dengan mengeluarkan single bertajuk "Sampai Nanti" yang dicipta oleh Dj Cza. Lagu itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar di Malaysia. Namun, nama Mark mula dikenali apabila lagu single kedua beliau iaitu Pencuri terus menarik minat rakyat Malaysia dan menjadi popular sehingga ke harini. Bukan itu sahaja, Mark juga terkenal dengan lawak spontan beliau yang mencuit hati bahkan beliau juga pernah menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi. [2]

Di samping itu, Mark juga pernah mengeluarkan album menggunakan nama beliau iaitu Mark Adam. Album ini mengandungi 12 lagu dan diantaranya lagu Pencuri, Marry Me , Marry Me dalam bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Selain, menyanyi Mark juga aktif melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti drama Plan Cinta Tak Jadi yang bersiaran di Astro Ria. Beliau memegang watak pembantu dalam drama ini dan beberapa buah drama yang lain. [3] [4] [5]

Pada 2016, Mark dipilih menjadi tenaga pelajar di samping penyanyi, Jaclyn Victor dan Black Hanafiah dalam program realiti pertandingan nyanyian Ceria Popstar musim keempat. [6]

Pada 29 Mei 2017, Mark akan muncul dalam drama Biniku Ninja memegang watak sebagai Andi. Kawan kepada Azlan yang dilakonkan oleh Ungku Hariz. Drama terbitan Aanomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz ini merupakan adaptasi novel penulisan Azlan yang mempunyai tajuk yang sama. Drama ini akan disiarkan di Astro Maya HD dan Astro Oasis serta menampilkan gandingan pasangan suami isteri Ungku Hariz dan Jihan Muse sebagai peneraju utama drama ini. [7] [8]

Pada 17 Jun 2017, Mark bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Restu Ramadan yang bakal bersiaran di TV3.

Pada 2019, Mark Adam akan menjadi juri tetap untuk program realiti Bintang Bersama Bintang 2019 bersama Saiful Apek. [9]

Kehidupan peribadi sunting

Mark telah bernikah dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia dan pengurus beliau sejak tahun 2003.[10] Beliau juga telah memeluk agama Islam dan sudah lebih 12 tahun menetap di negara ini dan mempunyai taraf penduduk tetap serta merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya, Selangor. [11]

Diskografi sunting

Album sunting

Tahun Album Senarai runut Catatan
2015
Mark Adam
[12]
  • "Pencuri"
  • "Si Katak"
  • "Jika"
  • "Marry Me"
  • "Mind Your Own Business"
  • "Thief"
  • "Pimples"
  • "If"
  • "Marry Me" (versi Inggeris)
  • "Mind Your Own Business" (versi Inggeris)
  • "Sampai Nanti"
  • "All I Need Is You" (Apa Yang Saya Perlu Hanya Awak)
2017
Mengejar Pelangi
[13]
  • "So Fine"
  • "OMG"
  • "Berat"
  • "Bukan Cinta"
  • "Mengejar Pelangi"
  • "Menghenti Waktu"
  • "Salah Satu"
  • "Teristimewa"
  • "Rindu Kamu"

Single sunting

Tahun Tajuk Menampilkan Album Catatan
2012 "Sampai Nanti" Mark Adam
2013 "Pencuri" Lagu runut untuk drama Biniku Ninja (2017)
2014 "Si Katak"
"Senyum Lagi" [14]
Qierra
Lagu runut untuk drama Tukar - Tukar Menu (2017)
"Salam Lebaran"
Eyza Bahra & W.A.R.I.S
"Malunya"
Ainan Tasneem & Juzzthin
lagu single Ainan Tasneem
2015 "Marry Me"
Mark Adam
Lagu runut untuk drama Cik Bunga Encik Sombong (2015) & drama Cucu Tauke Beras (2017)
"Berat"
Mengejar Pelangi
Lagu runut untuk drama Mr. Boss Miss Stalker (2016)
2016 "Hanya Dirimu"
Eleena Harris
Mark Adam
lagu single Eleena Harris
2017 "Bukan Cinta" Mengejar Pelangi
2018 "So Fine" Lagu runut untuk filem L.O.L. Langkawi Oh Langkawi (2018)
2019 "Amnesia"
2023 "Rokieya"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 The Secret Life of Pets Reginald Alih suara (versi Bahasa Melayu)
2018 Busker Juri Filem pertama, penampilan khas
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Adam Fanifinali
7 Hari Kisah Cinta Langkawi Nik
2020 Bikin Filem Malik Rizzuan Chin
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Sarip

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Plan Cinta Tak Jadi Fareez Astro Ria Drama pertama
2016 Suami Tanpa Cinta Rafael Ilham
2017 Biniku Ninja Andi Astro Oasis
2018 Suamiku Mat Piun Ashraf TV3
2019 TQ Captain Zafrel Astro Ria
2019–2021 Keluarga Baha Don Angelito Papito Jericho Viu
2022 30 Hari Sebelum Raya Hafiz TV9
Bisik Bisik Gelora Ali TV3
Guard Komando Mansur TV9
2023 Cikgu Terpaling A! Tahir TV3
Gadis Muzikal Azwan
Cik Misi 123 CI Harun Astro Ria
Puaka Cuti Semester Iqsan Tonton
2024 Boleh Saya Bantu Sudin TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Haji Rock Afi TV2
Oh My English!: Road to Jogja Astro TVIQ
Mark Dan Ana Astro Warna
2017 Restu Ramadan Restu TV3
Hisyam dan 3 Hantutiyers Astro Citra
2018 Matilahnak Putih/Pocong
Senarai Raya Papa Joop TV3
Langit Nabila TV Okey
2019 Jamil Balik Kampung Jamil Astro Citra
Lesen Besar
2020 Kak Kek Baru Nak Up Danny Astro Ria
2021 Delen Astro Citra
2023 Bisik-Bisik Gelora Raya Ali TV3
30 Hari Sebelum Raya Lagi Hafiz
2024 Syurga Yang Tersia

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2014 MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
Ketuk-Ketuk Ramadan TV1 5 Julai
2015 Super Spontan All Stars Tetamu Astro Warna
Juara Parodi Peserta berkumpulan dengan Shuib Sepahtu dalam Kumpulan Selamber Blur
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria Borak Lagu "Marry Me"
2016 Borak Juara Parodi bersama Joey & Shuib
bersama Jaclyn Victor
Ceria Pop Star Tenaga Pengajar Astro Ceria bersama Jaclyn Victor & Black Hanafiah; musim 4
Lari : Misi Mencari Mr. X Peserta TV9
Lari : Kita Kejar Dia Istimewa Raya
2017 Resipi Memikat Isteri Artis Jemputan Astro Ria bersama isteri beliau
The Sarimah Show Raya TV3
Romantika (Musim 7) Pasangan Pilihan Astro Ria bersama isteri beliau
2018 Bintang Bersama Bintang (Musim 1) Peserta TV3
2019 Bintang Bersama Bintang (Musim 2) Juri Tetap
Al Hidayah Artis Pilihan
Big Stage (musim 2) Juri Jemputan Astro Ria
2020 The Masked Singer Malaysia (musim 1) Astro Warna Menggantikan Zizan Razak
2020–2021 Muzikal Lawak Superstar 2 Peserta Astro Warna berkumpulan dengan Achey & Shuk Sahar dalam Kumpulan Mashuk
2021 Famili Duo Juri TV3
Layan Karok Awesome TV
Hijrahkan Laguku Peserta TV AlHijrah

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
15 Februari – 19 Julai 2021 Geng Pagi Hot Hot FM

Anugerah dan pencalonan sunting

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Mark Adam
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) [15] Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online Tercalon
Selebriti Komedi Pilihan Online Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (13 September 2019). Hanya RM30 dalam poket datang Malaysia - Mark Adam Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2019.
  2. ^ 13 Februari 2017. Tak Kisah Digelar Pelawak, Mark Adam Akui Suka Buat Orang Ketawa | Artikel. Astro Gempak
  3. ^ Norhidayyu Zainal (24 Mac 2016). Mark Adam cuba nasib jadi pelakon - Hiburan. Sinar Harian
  4. ^ 24 November 2016. Mark Adam Tonton Filem P. Ramlee Asah Bakat Berlakon - Berita Hiburan. mStar
  5. ^ 14 Julai 2015. Mark Adam Cuba Bakat Jadi Pelakon - Berita Hiburan. mStar
  6. ^ 11 Mac 2016. Mark Adam Dipilih Sebagai Cikgu Ceria Popstar Musim Terbaru. Diarkibkan 2016-04-04 di Wayback Machine Media Hiburan.
  7. ^ Dicapai pada 1 June 2017. Drama Biniku Ninja. MyInfotaip
  8. ^ 3 Mei 2017. Mark Adam bekerja sambil melancong di Eropah | Hiburan. Berita Harian. Dicapai 1 Jun 2017.
  9. ^ Bintang Bersama Bintang 2019 kembali, siaran langsung malam ini di TV3. utusan borneo. Dicapai pada 2 April 2019.
  10. ^ 1 Ogos 2014. Raya saudara baharu. Diarkibkan 2017-05-07 di Wayback Machine Utusan Online. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  11. ^ 13 Jun 2015. Mark Adam lebih popular di Malaysia. Utusan Online
  12. ^ 27 Mac 2015. Mark Adam Lancar Album Sulung. KKBOX
  13. ^ 17 Julai 2017. Mark Adam - Mengejar Pelangi. KKBOX
  14. ^ 14 Disember 2014. Pertaruhan Mark Adam & Qierra - Hiburan. Utusan Online
  15. ^ 14 Mac 2016 ditulis oleh Mohd Al Qayum Azizi. APO2016: Mark Adam Anggap Penghormatan Digelar Pelawak - Berita Hiburan. mStar

Pautan luar sunting