Delen (digayakan dalam huruf besar) ialah sebuah telefilem komedi romantik Malaysia 2021 arahan sulung Janna Nick yang turut berlakon dan berkhidmat sebagai penerbit dengan skrip ditulis oleh Farhana Fauri.[1][2][3] Dibintangi oleh Sean Lee, Dini Schatzmann, Norreen Iman, Sherry Alhadad dan Mark Adam, telefilem ini disiarkan di slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 13 Februari 2021.

Delen
GenreKomedi romantik
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahJanna Nick
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifJanna Nick
PenerbitJanna Nick
Penyunting
  • Farhan Arshad
  • Hilman Hakim
  • Aqmal Hashim
  • Kamil Hashim
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran90 minit
Syarikat penerbitan
Janna Nick Studios
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Februari 2021

Sinopsis sunting

Mengisahkan Delen (Sean Lee) seorang remaja yang mencuba sedaya upayanya  untuk memikat hati Emily (Janna Nick). Namun kehadiran pelakar baru, Robert (Dini Schatzmann) yang berperwatakan menarik serta kacak telah menjadi penghalang usaha Delen itu.

Atas bantuan Jenny (Sherry Alhadad) selaku penasihat cinta Delen mula bersaing dengan Robert untuk menjadi lelaki yang terbaik untuk Emily. Walaupun Robert memiliki rupa paras yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai gadis di situ Robert tetap merasakan Delen sebagai pencabarnya. Berlaku pelbagai peristiwa dan pertandingan untuk membuktikan siapakah lelaki paling layak untuk memiliki Emily.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Delen ialah percubaan sulung pelakon, Janna Nick sebagai pengarah dan penerbit di bawah syarikat miliknya, Janna Nick Studios.[4][5] Untuk telefilem ini, beliau memilih genre komedi romantik. "Sejak awal masuk bidang seni saya memang pasang niat dan bercita-cita mahu menjadi pengarah. Malah, saya masuk industri pun mahu serius dalam bidang ini. Saya bukan nak kejar populariti dan glamor saja. Jadi, tak salah untuk saya mencuba dan meneroka bidang baru pula. Apabila saya menerbit dan mengarah telefilem ini, ia bukan satu percubaan dan saya takkan berhenti," kata Janna yang dipetik dari Malaysiakini.[6]

Kontroversi sunting

Persamaan dengan Dilan sunting

Delen menjadi subjek kontroversi apabila poster dan jalan cerita telefilem ini dikatakan diciplak dari filem Indonesia, Dilan. Janna dalam hantaran Instagram dilaporkan berkata: "Setakat ini komen yang diterima memang positif namun apabila ada yang beranggapan jalan cerita serta poster Delen dan Dilan 1991 sama, bagi saya itu tidak masuk akal,". Beliau dilaporkan meminta agar pengguna laman sosial berhenti mengamalkan budaya toksik dengan melemparkan kritikan berbaur negatif.[7]

Isu Lisa Blackpig sunting

Delen sekali lagi menjadi subjek kontroversi apabila mendapat kecaman warganet dan peminat K-Pop susulan tindakan Janna menamakan watak dalam telefilem arahannya, Lisa Blackpig yang dilakonkan oleh pendatang baharu, Annie Mosha yang dipercayai mempersenda Lalisa Manoban, salah seorang ahli kumpulan gadis Korea Selatan, Blackpink. Susulan itu, tanda pagar "#JannaNickGoingToJail" dan "#JannaNickIsGoingToJailParty" menjadi sohor kini di Twitter.[8][9] Janna dalam satu sidang media maya dilaporkan memohon maaf atas kekhilafannya, berkata: "Saya sebagai pengarah dan penerbit telefilem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati dengan kapsyen itu,".[10][11]

Ulasan kritis sunting

Dalam ulasan retrospektif mengenai Delen, portal filem Kakimuvee mengulas bahawa karya sulung Janna Nick sebagai pengarah "merupakan satu lagi kisah romantis komedi klise tempatan yang gagal memberikan kisah cinta yang menghiburkan" sambil menambah "ia masih boleh ditonton jika anda gemarkan filem atau telefilem rom-com, atau anda adalah peminat Janna Nick". Portal ini memberikan penarafan 1.5 daripada 5 bintang untuk telefilem ini.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ Fiza Kamarudin (13 Februari 2021). "Delen Telemovie Pertama Arahan Janna Nick - "Saya Bersedia Terima Kritikan"". Astro Gempak. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  2. ^ "Delen Cubaan Pertama Buat Janna Nick Selaku Pengarah & Penerbit". Kopiplanet. 12 Februari 2021. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  3. ^ Qarami Hashim (12 Februari 2021). ""Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka... tak boleh letak diri bagus" - Janna Nick kini bergelar pengarah". mStar Online. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  4. ^ Khadijah Ibrahim (11 Februari 2021). "Delen uji kemampuan Janna Nick sebagai pengarah". BebasNews. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  5. ^ Aqmar Musaza (13 Februari 2021). "Arah & Terbit Telefilem Pertama, Janna Nick Sedia Terima Kritikan". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  6. ^ "Bukan mudah membidani Delen, kata Janna Nick". Malaysiakini. 11 Februari 2021. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  7. ^ Budiey (16 Februari 2021). "Janna Nick Jawab Isu Drama DELEN Tiru Filem DILAN, Gesa Netizen Hentikan Budaya Toksik". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  8. ^ Farhana Ab Rahman (28 Februari 2021). "Demam 'Lisa Blackpig' Janna Nick". Kosmo!. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  9. ^ "Janna Nick undang kemarahan peminat K-pop gara-gara 'Blackpig'". Malaysiakini. 22 Februari 2021. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  10. ^ Hasbullah Awang Chik (25 Februari 2021). "Kontroversi 'Lisa Blackpig', Janna akhirnya mohon maaf". ProjekMM. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  11. ^ Mya Amri (25 Februari 2021). "Isu 'Lisa Blackpig', Janna Nick mohon maaf". Astro Gempak. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  12. ^ "Review Telefilem: Delen (2021)". Kakimuvee. 16 Februari 2021. Dicapai pada 31 Disember 2021.

Pautan luar sunting