Jihan Muse

Pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia

Nur Jihan binti Musa (lahir 29 Ogos 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Raja Lawak musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya.

Jihan Muse
Kelahiran
Nur Jihan binti Musa

(1983-08-29) 29 Ogos 1983 (umur 40)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian4 ft 10.4 in (1.48 m)
PasanganUngku Hariz (k. 2016)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 29 Ogos 1983 di Hulu Langat, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah keturunan Melayu dari suku Jawa, Riau, Minang dan Bugis.

Kerjaya sunting

Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Datuk Hajjah Fauziah Nawi (Stefani), Pada tahun 2009, Jihan mencabar diri menyertai pertandingan realiti Raja Lawak. Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Ketika itu, beliau masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan hanya menerima tawaran berlakon pada hujung minggu. Selepas tamat kontrak dengan MBSA, Jihan mula menceburi bidang seni secara serius. Beliau berazam meletakkan pelawak wanita setanding dengan lelaki.

Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada 2011. Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali.

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2016, Jihan sah menjadi isteri kepada pelakon, YM Ungku Hariz dengan sekali lafaz.[1][2] Pada 2018, Jihan dan suami dikurniakan seorang anak lelaki.[3]

Pada 2019 beliau mula bertudung.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Adik Manja Returns Tam Filem pertama
2014 Mat Tudung Fara
2015 Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Susanti
2016 Rock Bro! Ramlah Ram Penampilan khas
2018 Busker Pengacara Pertandingan
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Mak Ahmad Mustar

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Bujang Sepah Silalalitamplom Astro Prima
2010 Buta Warna Astro Ria
Pelakon Ekstra
Ram Pom Pom
2011 Hantu Gigi Astro Prima
2012 Patah Seribu Boy Astro Ria
2013 Jihan Tak Nak Balik Raya Jihan
Muaddib Super
2014 Jihan Nak Buat Open House Jihan
2015 Hantu Wefie
Oh My English!: Oh My Goat - Come Baaack!! Astro TVIQ
Selamat Hari Jadi Abah HyppTV
2016 Jihan Cari Calon Suami Jihan Astro Ria
Jihan Bodek Mak Mertua Jihan
Salam Cinta Ustazah Husna Ustazah Husna Astro Oasis
Putu Piring Vs. Putu Mayam TV3
Oh My English!: Road to Jogja Astro TVIQ
2017 Kasut Bola Pink Ibu Rafiq Astro First Eksklusif
2018 Berani Jadi Papa Dirinya sendiri
Jihan Nak Disiplin Anak Jihan Astro Citra

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Terbelahak Nurr Astro Warna Siktom
Chapalrela Astro Warna
Terbelahak (Musim 2) Nurr Astro Warna Siktom
2013 Fira Ayuni Che Mun TV3
2016 Joras & Stars Astro Warna Episod: "Raja Bersiong"
2017 Biniku Ninja Sabatini Astro Oasis
2019–2021 Keluarga Baha Don Kesuma Viu Drama bersiri atas talian - Viu Original

Peserta sunting

Tahun Tajuk
2009 Raja Lawak (Musim 3)
2011 Maharaja Lawak
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 - Kumpulan SYJ
2014 Super Spontan 2014
Maharaja Lawak Mega 2014 - Kumpulan SYJ
2015 Super Spontan All Star

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Karoot Komedia Pelbagai watak Astro Warna
2014 Diari Akademi Fantasia 2014 Pengacara Astro Ria
2014–kini MeleTOP Pengacara jemputan
2014–2021, 2023 Gegar Vaganza Pengacara bersama Nabil Ahmad & Elly Mazlein
2015 Aku Yang Masak Kau Yang Panas Pengacara
Resepi Memikat Suami (Musim 1)
Jejak Jepun Jihan (Musim 1)
2015–2016 Ceria All Star Astro Citra
2016 Konsert Mega Gegar Vaganza Pengacara bersama Nabil Ahmad Astro Ria
Anugerah MeleTOP Era 2016 Pengacara bersama Nabil Ahmad, Dato' AC Mizal & Neelofa
Konsert Gempak Superstar Bersama artis jemputan dengan Sharnaaz Ahmad
Resepi Memikat Suami (Musim 2) Pengacara
2017 Jihan Show (Musim 1) Peneraju utama Astro Warna
Jejak Jepun Jihan (Musim 2) Pengacara Astro Ria
Resepi Memikat Suami (Musim 3)
2018 Jejak Jepun Jihan (Musim 3)
Resepi Memikat Isteri
Jihan Show (Musim 2) Peneraju utama Astro Warna
2018–2021, 2023 I Can See Your Voice Malaysia Penyiasat tetap ntv7,
TV3
2019 Senang Terhibur Pengacara bersama Shuk Sahar TV3
Raja Lawak Junior Juri bersama Nabil Ahmad & Adibah Noor Astro Warna
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Pengacara bersama Sherry Alhadad TV3
The Chosen One Juri bersama Awie Astro Ceria

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Raja Lawak musim 3 Tempat Kedua Jihan Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Komedi Wanita Popular Jihan Tercalon
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Komedi Wanita Popular Jihan Menang
Anugerah Lawak Warna Artis Lawak Wanita Paling Popular Jihan Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era Artis Lawak MeleTOP Jihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Komedi Wanita Popular Jihan Muse Tercalon
Pengacara TV Wanita Popular Jihan Muse Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2015 Pelawak Wanita Paling Popular (solo) Jihan Muse Tercalon
Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik Jihan Nak Buat Rumah Terbuka Menang
Pengacara Lawak TV Popular Jihan Muse Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos MeleTOP Jihan Muse "(Gegar Vaganza 2015)" Tercalon
Artis Lawak MeleTOP Jihan Muse Tercalon
Anugerah Pilihan Online 2016 Selebriti Komedi Pilihan Online Jihan Muse Menang
2017 Anugerah MeleTOP Era ke-4 Couple MeleTOP Bersama Ungku Hariz Tercalon
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Hos MeleTOP Gegarvaganza 4 Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 Pengacara TV Popular Jihan Muse Tercalon
Artis Komedi Popular Jihan Muse Tercalon
2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 Artis Komedi Popular Jihan Muse Tercalon
Asian Academy Creative Awards 2019 Persembahan Komedi Terbaik Jihan Musa – Keluarga Baha Don by Viu (Vuclip Malaysia Sdn Bhd) Menang
Konsert Throwbaek 2019 (Astro) Throwbaek Most Wanted - Host Most Wanted Jihan Muse, bersama Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad Menang
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Versatil Popular , Artis Komedi Popular , Pengacara Tv Popular Jihan Muse Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020 Hos MeleTOP Jihan Muse (Gegar Vaganza Musim 6) Tercalon
Artis Versatil MeleTOP SYOK Jihan Muse Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pengacara TV Popular Jihan Muse Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021 Personaliti TV Meletop Jihan Muse Gegar Vaganza (musim 7) Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Jihan Muse Sah Bergelar Isteri Ungku Hariz Diarkibkan 2017-05-15 di Wayback Machine mStar (20 Mac 2016). Dicapai pada 21 Mac 2016.
  2. ^ Jihan, Ungku sah bergelar suami isteri Sinar Harian (20 Mac 2016). Dicapai pada 21 Mac 2016.
  3. ^ Jihan Muse, Suami Dapat Anak Lelaki mStar (25 Januari 2018). Dicapai 11 Februari 2018.

Pautan luar sunting