Ramlah Ram (lahir 19 Februari 1965) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.

Ramlah Ram
Ramlah Ram.jpg
Ramlah Ram pada 2015.
Latar belakang
Kelahiran (1965-02-19) 19 Februari 1965 (umur 55)
Kesang, Tangkak, Johor, Malaysia
GenrePop, Ghazal, Zapin, Joget, Dangdut, Pop Rock
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1985 - kini
Syarikat rakaman
Nawab Productions (NP; 1986 - 1991), (Sony BMG; 1992 - 1999), (FMC; 2006 - 2012); RRG Entertainment (2012-kini)
Laman sesawang
Laman Rasmi Ramlah Ram

Beliau ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, ND Lala, Hattan dan Noraniza Idris.

Kerjaya muzikSunting

Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak'pada tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.

Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008)

Selepas mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000, Ramlah banyak menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006 memuncak namanya kembali. Kini dengan persiapan beliau untuk muncul dengan album terbaru dimulakan dengan kejayaan di Hits Satu anjuran RTM pada 23 Mac 2008. Lagu 'Ketentuan' telah diangkat sebagai lagu terbaik dan ia merupakan permulaan kejayaan buat Diva Vokal ini.

Album terbaru Ramlah Ram berjudul Aspirasi Hati telah dipasarkan pada Oktober 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dihasilkan oleh ahli kelab peminatnya Ramlah Ram Group dan di pasarkan oleh pihak FMC. Album ini merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kumpulan peminat berdaftar. Album ini masih mengekalkan konsep Pop tetapi bekerjasama dengan pencipta-pencipta baru yang berbakat yang merupakan ahli-ahli kelab peminatnya sendiri manakala susunan muzik dihasilkan oleh komposer terkenal seperti Ady 6ixthsense, Mikael dan Ammar Dramaband. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah '5:00 minit','Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang' dan 'Takdir Cinta'.

Kehidupan peribadiSunting

Pada awal Januari 2020, Ramlah menafikan khabar angin mengatakan beliau ialah ibu saudara pelakon Fara Mendoza seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak mahupun dinyatakan di laman Wikipedia pelakon itu.[1] Menurutnya:

"Fara Mendoza bukan anak saudara saya. Kami tidak ada pertalian darah langsung dan dia memang bukan siapa-siapa dengan saya. Saya hanya kenal dia sebagai pelakon kerana kami pernah berjumpa dua kali dalam majlis hiburan. Selama ini, saya ada juga dengar orang kaitkan kami ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Namun, saya biarkan saja. Saya fikir tidak perlu ambil peduli. Namun, apabila pelbagai cerita sensasi mengenai Fara Mendoza timbul maka nama saya dikaitkan".[2]

BakatSunting

Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu.[perlu rujukan] Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji'.

DiskografiSunting

Album studio

FilemografiSunting

KonsertSunting

  • Konsert BMG tajaan Salem
  • Konsert Dangdut Stadium Negara
  • Konsert Melodi Emas Istana Budaya
  • Konsert Melodi Emas Dato' Ahmad Nawab Istana Budaya
  • Konsert Penghargaan Malam Gala 25 Tahun, Impiana Hotel KLCC

Anugerah dan pencalonanSunting

  • Juara Bintang RTM 1985.
  • Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu).
  • Juara Persembahan Terbaik [Anugerah Juara Lagu 1988] – Lagu ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu]
  • Tempat Ke Tiga Juara Lagu 1989 ( Cintaku hanyut Di lautan Sepi )
  • Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988
  • Anugerah Artis Melayu Pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album ‘Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’ yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit oleh Malaysia Book of Records
  • Anugerah Album Melayu Pertama ’Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’mencapai hasil jualan tertinggi sepertimana tercatit dalam ‘Book of Record Malaysia’
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1988 untuk Album ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ kerana jualan melebihi 10,000 unit di Singapura sahaja.
  • Tempat Ketiga Kategori Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu 1989 menerusi lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, ciptaan Dato' Ahmad Nawab dan lirik oleh Juwie
  • Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989
  • Pencapaian ‘Double Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Cintaku Hanyut Dilautan Sepi’ kerana jualan melebihi 100,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 280,000 unit
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Duri Dalam Cinta ‘ kerana jualan melebihi 50,000 unit. Album tersebut mencatat sejarah jualan di hari pertama sebanyak 60,000 unit & kini melebihi 100,000 unit
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1991 untuk Album ‘Kau Penawar Segala Dukaku’ kerana jualan melebihi 50,000 unit dan kini album tersebut melebihi 100,000 unit
  • Pencapaian ‘Gold Disc’ pada tahun 1992 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 25,000 unit
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1993 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 50,000 unit
  • Finalist 'Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)' Anugerah Industri Muzik 1993 menerusi album 'Di Ambang Pintu Kasih'
  • Finalist lagu 'Di Ambang Pintu Kasih' melalui pertandingan akhir pujaan 10 Nescafe anjuran RTM (1993)
  • Finalist 'Album Pop Tradisional Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1994 menerusi album 'Dangdut'
  • Finalist Juara Lagu 1994 kategori Irama Malaysia menerusi lagu ‘Selamat Jalan Romeo’
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album Dangdut kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 120,000 unit
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album 'Pasti Hitz' kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
  • Finalist Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album ‘Ramlah Ram’
  • Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1996 semasa mewakili Malaysia ke Pesta Lagu Asean (ASEAN Song Festival)
  • Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1997 menerusi album 'Cinta Di Musim Dangdut'
  • Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1998 untuk album ‘Dunia Dangdut Super Duet’ kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
  • Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1998 menerusi album 'Sekeping Cinta Sehampar Janji’
  • Finalist Anugerah Juara Lagu 1998 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Zapin Yang Tinggal’ ciptaan Herman Tino
  • Finalist Anugerah Juara Lagu 22 (2007) kategori Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik Hairul Anuar Harun
  • Lagu Terbaik, Anugerah Hits Satu anjuran RTM menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
  • Finalist Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik oleh Hairul Anuar Harun
  • Finalist Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
  • Anugerah Khas anjuran Media Hiburan 2010

RujukanSunting

  1. ^ Saya bukan ibu saudara Fara Mendoza: Ramlah Ram Harian Metro (20 Januari 2020). Dicapai pada 18 April 2020.
  2. ^ ‘Dia Bukan Siapa-Siapa Dengan Saya’ – Ramlah Ram Tak Mengaku Fara Mendoza Anak Buah? Oh! Bulan (21 Januari 2020). Dicapai pada 18 April 2020

Pautan luarSunting