Sabarlah Sayang ialah album studio pertama dari penyanyi pop Malaysia, Ramlah Ram yang dihasilkan pada tahun 1986. Dari album ini lahirnya single "Sabarlah Sayang" ciptaan Datuk Dr. Ahmad Nawab yang menjadi antara lagu popular pada tahun 1986. Album ini adalah album pertama Ramlah Ram dan ianya merupakan permulaan pengenalan jenama 'Ramlah Ram' di dalam dunia muzik tempatan.

Sabarlah Sayang
Album studio oleh
Dilancarkan pada1986
Dirakamkan pada1986
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatNPC
PenerbitAhmad Nawab
Kronologi Ramlah Ram
Sabarlah Sayang
(1986)
Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)
(1988)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menerusi album ini, Datuk Dr. Ahmad Nawab masih tercari-cari identiti dan lagu-lagu yang bersesuaian dengan lenggok dan tonasi suara Ramlah Ram. Oleh itu kebanyakkan lagu-lagu dalam album ini masih berkonsepkan pop dan dangdut pop Melayu yang merupakan antara genre paling popular ketika itu. Maka, tidak hairan lah jika hampir separuh dari album ini merupakan lagu berentak dangdut pop Melayu seperti 'Belum Waktu', 'Izinkanlah', 'Betapa Sayangnya Aku' dan lagu berkonsepkan rock dangdut 'Hanya Sebagai Kawan'.

Bagaimanapun, ianya mendapat sambutan yang sederhana dengan hanya lagu 'Sabarlah Sayang' berjaya mendaki tangga carta lagu popular ketika itu. Walaupun begitu ianya cukup untuk memperkenalkan Ramlah Ram sebagai penyanyi selepas beliau memenangi pertandingan 'Bintang RTM Edisi Tahun 1985' pada 18 Februari 1986. Trivia menarik mengenai kejayaan Ramlah Ram di pertandingan ini adalah ianya merupakan 'hadiah' hari lahirnya yang kebetulan jatuh pada 19 Februari, sehari sebelum itu.

Senarai runut Muka Satu

sunting
  1. "Indahnya Dunia Cintamu" (4:19) (Datuk Dr. Ahmad Nawab / Lukhman S.);
  2. "Sabarlah Sayang" (4:14) (Datuk Dr. Ahmad Nawab / Dahlia);
  3. "Sama-sama Rindu" (3:20) (Datuk Dr. Ahmad Nawab / Dahlia);
  4. "Di Hati Ini" (4:54) (Datuk Dr. Ahmad Nawab / Lukhman S.);
  5. "Belum Waktunya" (4:06) (S. Atan / Noorazreen);

Senarai runut Muka Dua

sunting
  1. "Hanya Sebagai Kawan" (5:20)(Datuk Dr. Ahmad Nawab / Lukhman S.);
  2. "Sepi Mengubah Janji" (3:30) (Datuk Dr. Ahmad Nawab / Lukhman S.);
  3. "Aku Pun Demikian" (3:29) (Akhbar Nawab / Habsah Hassan);
  4. "Betapa Sayangnya Aku" (4:22) (Yusoff Ismail / Juwie);
  5. "Izinkanlah (3:54) (S. Atan / Lukhman S.);

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting