Kesang

Kesang merupakan salah satu Mukim dalam Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Asalnya merupakan satu Mukim dalam daerah Muar, Johor.[1] Kesang pula kini berada dalam pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.Antara tempat berhampiran ialah Muar, Parit Bunga,Tanjung Gading , Tanjung Agas, Sungai Mati, Bukit Pasir, Simpang Jeram dan Bakri. Semua tempat-tempat ini agak berhampiran dengan pantai.Kini Kesang semakin mudah dihubungi berikutan siapnya lebuh AMJ yang merentasi Alor Gajah, Melaka dan Muar. Kesang diairi oleh Sungai Kesang yang bermula dari Gunung Ledang (1276 m).

Pusat Pentadbiran

sunting

Pusat Pentadbiran mukim adalah di Kompleks Penghulu,Mukim Kesang,Ledang di Kilometer 11.2 Jalan Muar-Melaka. Kedudukannya adalah hanya 2.0 kilometer dengan sempadan Johor/Melaka iaitu Sungai Rambai. Kawasan Mukim adalah bermula dari Jambatan Sultan Ismail, Muar, ke Tangkak sehingga Sungai Sendok dan ke Melaka adalah Jambatan Kesang / Sungai Rambai.

Asal-Usul Nama Kesang

sunting

Nama Kesang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Dalam sejarah Melayu, susunan Tun Sri Lanang dan catatan penulis Portugis, 'Tome Pire' yang berada di Melaka antara tahun 1511-1513, menyatakan kawasan yang terletak ke selatan Melaka dipenuhi kampung-kampung yang penduduknya ramai. Mereka bersawah bendang, berkebun, menternak dan menangkap ikan. Dalam peta Portugis abad ke 16 ( British Meseum P.14338 ), Kesang dicatat dalam peta itu sebagai Casan mempunyai satu terusan dari tebing Sungai Kesang hingga ke pantai Tanjung Gading. Terusan ini dicatat pada peta sebagai 'Terucan'. Peneroka asal kawasan ini ialah orang-orang Jawa yang sudah lama berketurunan tinggal di Melaka menjadi pedagang dan askar upahan Zaman Kesultanan Melaka. Sepanjang terusan dari Kuala Kesang ke Tanjung Gading dipenuhi sawah padi, Dua ancaman yang sering dihadapi oleh pesawah padi disini ialah tanah yang selalu kering (kersang), terusan dibina untuk mengairi sawah padi, kedua ialah ancaman serangga yang memusnahkan padi dinamakan 'kesang' nama saintifiknya 'Acanthocoris Scabator'. Dua ancaman ini 'kersang' dan 'kesang', penduduk ketika itu manamakan kawasan itu dengan nama Kesang.

Sungai Kesang ialah garis pemisah dan menjadi sempadan diantara selatan negeri Melaka dan negeri Johor. Panjang nya sungai Kesang dikira dari muara nya ialah lebih kurang 35 km. Setiba nya di Tangkak ia berpecah dua, satu menjadi sungai Tangkak hulu nya di Gunung Ledang . Kampung kampung yang terdapat disini ialah Sialang, Tangkak, Pengkalan Besar, Seberang Gajah, Paya Mas, dan Sagil. Manakala satu lagi ialah sungai Kesang sendiri , hulunya juga di Gunung Ledang , kampung kampung yang terdapat disini ialah  Bekok, Dok, Chabau, Asahan, Gemeh dan Chohong. Kampung Chohong telah dibuka lebih awal ia itu kira kira dalam tahun 1700 olih masyarakat Minangkabau dari Pagar Ruyung Batu Sangkar Sumatera setelah terdengar berita dikaki gunung Ledang terdapat banyak emas.

Orang orang Minangkabau ini telah memudiki Sungai Kesang dengan perahu layar besar setelah menempoh ombak dan badai dilaut . Orang orang Minangkabau ini membuka penempatan disebelah kiri tebing  sungai Kesang didalam perintah Melaka, disatu kawasan berbukit disini lah merika berhuma untuk makanan harian. Pada siang hari orang laki laki akan memudiki Sungai Kesang untuk mendulang emas dikaki gunung Ledang. Tidak hairan lah sehingga sekarang di daerah Jasin wujud nya komuniti Minangkabau  masih  mengamalkan adat Perpatih.

Dizaman kegemilangan kesultanan Melaka , Sungai Kesang digunakan oleh wakil-wakil sultan untuk memeriksa dan memantau penduduk penduduk didalam pegangannya jika terdapat apa-apa masaalah yang hendak disampaikan titah raja. Diceritakan juga sungai Kesang pernah digunakan oleh Hang Tuah dan sahabatnya berperahu dari Melaka mudik kehulu, untuk berguru kepada Adi Putra  di gunung ledang. Begitu juga dizaman Sultan Mahmud Shah 1 , rombongan peminangan yang diketuai olih Tun Mamat , juga menggunakan sungai Kesang untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

Setelah kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511 , kesultanan Melaka telah berpusat ke Bentan di kepulauan Riau . Didalam sejarah Johor ada menceritakan: Pada tahun 1521, dari Bentan Sultan Mahmud telah menghantar lagi angkatan perang nya untuk menyerang Portugis di Melaka. Beberapa ekor gajah sultan yang tinggal dikandang gajah  (Batu Gajah) yang dijaga oleh penghulu gajah (Datuk Seri Rama ) dibawa bersama untuk merempuh pintu kota A' Farmosa yang kukuh itu.

Pentadbiran Kesang

sunting

Dalam tahun 1855 , Daerah Kesang telah ditadbir oleh Sultan Ali Iskandar Shah  Ibni Sultan Husin Shah [2]di dalam satu perjanjian , manakala Temenggong Ibrahim mentadbir Johor sepenuhnya. Satu lagi peristiwa yang melibatkan orang orang Bugis di kawasan ini ialah , mengenai seorang Panglima Bugis yang terkenal berjawatan  "Sulewatang " dalam bahasa Bugis Sulewatang itu sebagai wakil Sultan jika Sultan tidak punya kesempatan ( Sule >> Ganti, Watang >> Batang tubuh =  Sulewatang >> Pengganti batang tubuh raja  Raja . Nama sebenar Sulewatang ini ialah " Daeng Hitam " berketurunan Bugis Luwu, manakala gelaran nya dikalangan masyarakat setempat ialah Panglima Laboh , makam nya ada ditepi Sungai Kesang . Panglima  Bugis ini berkhidmat dengan Sultan Ali Iskandar Shah yang memerintah Daerah Kesang, bagi memungut cukai  keatas penduduk penduduk kawasan Kesang dan Sungai Rambai dengan keras  diantara tahun 1855-1875. Peristiwa Sulewatang   ini berlaku , lebih 150 tahun selepas kedatangan orang Minangkabau yang membuka Kampung Chohong.

Perjanjian Persetiaan ini ditandatangani diantara Duli Yang Maha Mulia Sultan Ali Iskandar Shah ibni Sultan Hussin Shah dengan Dato' Temenggung Daeng Ibrahim Seri Maharaja ibni Dato' Temenggung Abdul Rahman dan Syarikat Hindia Timur Inggeris.Perjanjian ini telah ditandatangan pada 10 Mac 1855 di Singapura. Antara syarat Perjanjian Persetiaan ialah:

Rujukan

sunting
  1. ^ "Maklumat Pejabat Majlis Daerah Tangkak cawangan Kesang, Laman sesawang Majlis Daerah Tangkak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-17. Dicapai pada 2013-05-31.
  2. ^ Sultan Hussain Shah, 2024-12-27, dicapai pada 2025-01-01