Koordinat: 2°06′N 102°38′E / 2.100°N 102.633°E / 2.100; 102.633

Bukit Pasir ialah sebuah pekan di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 15 km dari bandar Muar. Bukit Pasir terkenal dengan hasil dusun iaitu buah-buahan yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak gerai buah-buahan sepanjang jalan di pekan Bukit Pasir.

Bukit Pasir

Majoriti penduduk pekan adalah berbangsa Cina. Diikuti dengan Bangsa Melayu disekitar pekan. Manakala terdapat kaum India yang ramai juga terutamanya di ladang-ladang kelapa sawit yang besar skalanya berdekatan pekan.

Asal usul nama Bukit Pasir adalah dipercayai adalah berkait rapat dengan kawasan geografinya yang terdapat banyak kawasan berpasir di sekitar pekan. Terutamanya kawasan kampong ujung pasir. Terdapat sebuah kuari batu yang terletak tidak jauh dari pekan Bukit Pasir.

Pekan Bukit Pasir adalah jalan perantaraan yang mesti dilalui untuk ke pekan kawasan utara. Misalnya pekan Panchor, Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong. Terdapat jalan susur keluar lebuh raya utara selatan melalui pekan Pagoh yang seterusnya menghala ke Bandar Muar melalui pekan Bukit Pasir.

Pautan luar sunting