Sekeping Cinta Sehampar Janji

'Album Sekeping Cinta Sehampar Janji ' merupakan album nyanyian bentuk tradisional yang dihasilkan oleh penyanyi Ramlah Ram yang diterbitkan pada 1998. Album ini menampilkan 10 buah lagu berkonsepkan Irama Malaysia yang memuatkan lagu-lagu berentak ghazal, asli, zapin dan lain-lain, dan turut menyelitkan lirik yang selari dengan muzik pop semasa.[1]. Lagu Hits utama dalam album ini ialah Zapin Yang Tinggal yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu yang dijuarai oleh Cindai daripada Siti Nurhaliza.

Sekeping Cinta Sehampar Janji
Album studio oleh Ramlah Ram
Dikeluarkan pada1998 (1998)
Dirakam pada1998
GenreIrama Malaysia, Etnik, Zapin
SyarikatBMG
PenerbitM Nasir, Herman Tino
Kronologi Ramlah Ram
Cinta Di Musim Dangdut
(1996)
Sekeping Cinta Sehampar Janji
(1998)
Koleksi Terbaik (Ramlah Ram)
(1999)
Single daripada album Sekeping Cinta Sehampar Janji
  1. "Sekeping Cinta Sehampar Janji"
  2. "Zapin Yang Tinggal"

Album Sekeping Cinta Sehampar Janji dihasilkan dengan menggunakan khidmat Herman Tino, Ramli MS, M. Nasir dan Bob Rezal sebagai penerbit bersama. Album itu turut memuatkan banyak lagu menarik termasuk lagu duet Ramlah bersama M. Nasir.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album itu ialah Satria, Kekasih, Kerana Janji, Gurindam Jiwa, Luka Yang Hiba, Zapin Yang Tinggal, Antara Kasih, Sayang dan Cinta, Jujurku Katakan, Sekeping Cinta Sehampar Janji dan Ala Canggung. Lagu Ala Canggung dinyanyikan secara duet bersama M. Nasir

Senarai RunutSunting

No. TajukPenulisKomposer Masa
1. "Sekeping Cinta Sehampar Janji"     (4:45)
2. "Satria"     (4:45)
3. "Kekasih"     (3:42)
4. "Zapin Yang Tinggal"     (4:29)
5. "Ala Canggung"     (3:36)
6. "Antara Kasih, Sayang & Cinta"     (4:02)
7. "Kerana Janji"     (4:52)
8. "Jujur Ku Katakan"     (3:26)
9. "Gurindam Jiwa"     (4:33)
10. "Khabar Yang Hiba"     (4:05)

RujukanSunting

Pautan luarSunting