Ismail Izzani
Ismail Izzani bin Zainal Nazeri (dilahirkan 13 April 2000) atau lebih dikenali sebagai Ismail Izzani merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu lelaki Malaysia. Beliau merupakan juara dalam pertandingan di YouTube.[2] Ismail merupakan anak kepada penyanyi yang popular pada tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam.[3][4]
Ismail Izzani | |
---|---|
Nama lahir | Ismail Izzani bin Dato' Zainal Nazeri |
Juga dikenali sebagai | Ismail Izzani / Mael Janni / Oppa Jani |
Kelahiran | 13 April 2000 |
Berasal dari | Ampang, Selangor,[1] Malaysia |
Genre | Pop, Solo |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2017–kini |
Syarikat rakaman | World Peace Entertainment |
KerjayaSunting
Ismail Izzani mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun, dan mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul Sabar hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn semakin meniti di bibir pendengar. Sehingga Ogos 2017, video muzik lagu berkenaan ditonton lebih empat juta kali selepas dimuat naik di laman YouTube pada Februari lalu.[5]
Sebelum Ismail menceburi dirinya dalam bidang nyanyian, dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi dan Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak. Ismail pernah menyertai kumpulan nasyid di sekolah tersebut. Pada pertengahan tahun 2016, dia mula mengikuti pembelajaran secara 'home schooling' (belajar dari rumah) untuk memastikan jadual karier dan pengajiannya tidak bertembung.[6]
Beliau sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017. Kesibukan dalam bidang nyanyian tidak membataskannya untuk belajar, kerana dia memilih untuk mengikuti kelas secara peribadi di rumah. Bagaimanapun, perkara ini memerlukan dia membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian, sungguhpun ia tidak sesekali menghalangnya untuk meneruskan minat ini.[7]
Namun, Ismail tidak berpeluang menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut atas sebab masalah pendaftaran seperti yang diberitahu oleh ibunya, Suliza Salam kepada pihak Utusan Online.[8]
Ismail telah melancarkan sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana dan dua artis Indonesia iaitu Fatin dan Rezki Febian bersempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Nusantara pada 9 Jun 2017.[9]
Ismail juga semakin dikenali ramai dengan lagu ala-ala pop iaitu Luar Biasa bersama Alif Sleeq yang dimuatnaik ke dalam Youtube pada 15 Mac 2018.
DiskografiSunting
SingleSunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2017 | "Sabar" | |
"Demi Kita" | ||
2018 | "Luar Biasa" (bersama Alif) |
|
"Save Me" | ||
"Bidadari" | ||
2019 | "Berserah" (bersama Zizan Razak) |
|
"Cinta" | ||
"Hello" (bersama Andi Bernadee) | ||
2020 | "Nyawa" | |
"Ada Cara" |
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Mika | TV3 | Slot Drama Pukul 6 |
Lelaki Lingkungan Cinta | Zamri | Slot Lestary |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
TBA | TBA | TBA | TBA | Filem pertama |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Batang Buruk Lesung Batu | Astro Ria | Pelakon Utama | |
2019 | Lelaki Kelas Sebelah | Anas | TV3 | |
Cerita Raya Luar Biasa | Ismail | Astro Ria | ||
2020 | Gangguan Psiko Stalker | Astro Citra |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 | Artis Baru Lelaki Popular | N/A | Tercalon |
Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Ismail Izzani anak baik - Suliza
- ^ Ismail Izzani menghadam populariti
- ^ Ismail Izzani anak baik - Suliza
- ^ Ismail Izzani menghadam populariti
- ^ "Saya Tak Tiru Bieber" - Ismail Izzani
- ^ [1]
- ^ Ismail Izzani Janji Tidak Abai Pelajaran Selepas Tinggalkan Sekolah.
- ^ [2]
- ^ 1 Jun 2017. Mahu Perbaiki Mutu Nyanyian, Ismail Izzani Berhasrat Ambil Kelas Vokal. Astro Gempak