Andi Bernadee

Penyanyi lelaki Malaysia

Andi Azrul bin Andi Mapangile​ (lahir 30 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Andi Bernadee merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal menerusi lagu "Satu Peluang"[2] dan "Donde". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.[3] Beliau juga terkenal menerusi drama pertama lakonan beliau berjudul Melastik Ke Hatimu.

Andi Bernadee
Nama lahirAndi Azrul bin
Andi Mapangile
Kelahiran (1991-11-30) 30 November 1991 (umur 32)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait

Kerjaya sunting

Permulaan kerjaya sunting

Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah "Aku Bukan Abang Toyib" mendapat perhatian umum. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu "Putus Terpaksa" nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan. Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu "Tak Tun Tuang".

Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan. Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul "Tiada Lagi Maaf", namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.[4] Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, "Semalam Sahur Di Mana" dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan. Selain itu, Andi juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti ,namun nasib tidak menyebelahi beliau.

Andi menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.[5][6][7]

Kerjaya nyanyian sunting

Kerjaya nyanyian beliau mula melonjak naik selepas beliau melancarkan single ketiganya, "Satu Peluang" hasil ciptaan Alif Sleeq pada October 2018 . Beliau melancarkan single keempatnya, "Donde" pada Mac 2019 dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan berjaya raih 1 juta tontonan dalam masa dua hari. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana' dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.[8] Pada December 2019 , beliau melancarkan sebuah lagu duet bersama Ismail Izzani berjudul " Hello " dan juga merupakan kolaborasi pertama beliau . Beliau melancarkan single kelimanya , " Shimmy " pada Febuari 2020. Pada September 2020, beliau melancarkan single enamnya dan juga merupakan single ballada kedua beliau berjudul " Penat ". Lagu ini juga ditulis oleh seorang rapper muda yang sedang meningkat naik iaitu Yonnyboii . Setelah hampir setahun lebih menyepi dalam dunia nyanyian , beliau kembali dengan single terbaru yang bertajuk DU pada 20 March 2022 . DU yang juga singkatan kepada perkataan rindu ini memceritakan tentang bagaimana rindunya Andi kepada dunia nyanyian dan peminatnya setelah lama berehat . Andi juga kekal menggunakan khidmat Alyph bagi tujuan komposer dan penulis lirik lagu DU ini . Beliau juga lebih dikenali sebagai seoarang penyanyi yang membawa genre raggaeton di Malaysia sehingga ada yang menggelar dirinya sebagai " Prince Of Raggaeton " dan " Putera Raggaeton "

Kerjaya lakonan sunting

Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di Astro Citra.[9] Beliau meneruskan kerjaya lakonan beliau dengan telefilem seperti Geng Big Stage Beraya, Cerita Raya Luar Biasa dan Balik Kampung Tak Lonely Lagi. Pada tahun 2021, Kerjaya lakonan beliau mula mendapat perhatian umum apabila beliau digandingkan bersama heroin beliau, Janna Nick dalam drama bersiri slot lestary TV3, Melastik Ke Hatimu arahan Azmi Hatta. Drama siri popular tersebut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan berjaya meraih rating berjumlah 10 juta penonton sepanjang 13 episod. Drama tersebut juga dinobatkan sebagai Drama Popular 2021 di Anugerah Drama Sangat dan berjaya menewaskan drama drama popular yg lain seperti 7 hari mencintaiku 2 . Andi turut muncul dalam drama bersiri 4 episod Jom Mak, Raya KL sempena syawal 2021. Pada tahun yang sama, Andi muncul dalam drama Perisik Cinta Tak Diundang digandingkan dengan Shiha Zikir

Andi juga menjadi pengacara tetap di dalam rancangan " Master In The House Malaysia " bersama rakan rakan selebriti seperti Hael Husaini, Sharifah Rose, Scha Elinnea dan ahli kumpulan Cassia Meyrasam . Rancangan 10 episod yang berdasarkan rancangan realiti Korea Selatan Master In The House (MITH), adalah produksi bersama Primeworks Studios dan SBS Korea .

Pada tahun 2022 , Andi mula mencorak langkah dalam bidang pengacaraan . Andi mengacara rancangan pertamanya iaitu Sampaikan Raya bersama Janna Nick pada malam raya 2022 .

Andi juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Andidears yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya.

Beliau juga telah dilantik sebagai duta pertama jenama selipar iaitu Fipper .[10][11][12]

Big Stage (musim 1) sunting

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Tak Tun Tuang" Upiak & dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Layu Di Hujung Mekar" Rio TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Tak Pernah Hilang"

(duet bersama Indah Ruhaila)

Amylea Azizan & Kaer Azami TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Andi Bernadee dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan seorang yang berketurunan Bangsawan Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Andi Bernadee sebelum ini pernah didakwa jadi punca pelakon dan penyanyi Bella Nazari putus tunang.[13]

Andi Bernadee juga pernah didakwa bercinta dengan penyanyi Sarah Suhairi kerana sering berbalas komen di laman instagram.

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Tajuk Catatan
2017
"Tiada Lagi Maaf"
2018
"Semalam Sahur Di Mana"
OST Cik Reen & Cik Ngok Ngek
2019 OST Drama Boss....Mama Kirim Salam [14]
"Hello" ft. Ismail Izzani
2020
"Shimmy"
OST Ryan Aralyn[15]
2021
"Kais Pagi Kais Petang"
2022
"DU"
2022
"Aku Di Sini"
2023
"Raya Last Minit"
bersama Ryan Bakery
"Tetap Tak Ku Rasa"
2024
"Eh Mari, Tengok Tu"
OST Drama Boleh Saya Bantu

Single promosi sunting

Tahun Tajuk Peranan
2018 "Undilah"
(bersama Dewi Liana Seriestha, Bella Nazari & Wan Shahjuddin)
Rendisi yang dirakamkan bersempena Pilihan raya umum ke-14.[16]

Filemografi sunting

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Korban Penunggu Hospital Ajib Astro Citra
2019 Geng Big Stage Beraya Andi Astro Ria
Cerita Raya Luar Biasa
2020 Balik Kampung Tak Lonely Lagi Megat TV3
2022 London With Love Kiki Sooka

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Melastik Ke Hatimu Ziyyad Nazhan TV3 Drama pertama
Jom Mak, Raya KL Zizan
Perisik Cinta Tak Diundang Niyaz Aqasha
2023 Journal Sara-haeyo Saif Viu
Melastik Ke Hatimu 2 Ziyyad Nazhan TV3
Kami Orang KL Iqmal
2024 Boleh Saya Bantu Nasar

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2018 Big Stage (musim 1) Peserta Astro Ria
2021 All Together Now Malaysia Juri TV3
2022 Master In The House Malaysia Peserta
I Can See Your Voice Malaysia (musim 5) Penyiasat tetap
2022 Sampaikan Raya Pengacara bersama Janna Nick

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Artis Baharu MeleTOP Top 5 Tercalon
ERA Digital Muzik Awards 2019 Lagu Viral onzss Donde Menang
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Lagu Paling Boom Popular Donde Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020 Penyanyi MeleTOP Donde / Satu Peluang Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021 Grup/Duo MeleTOP Dirinya sendiri dan Ismail Izzani Tercalon
Penyanyi MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon
Lagu MeleTOP ERA Hello Tercalon
Anugerah Drama Sangat 2021 Pelakon Drama Terbaik Melastik Ke Hatimu Tercalon
Pasangan Drama Terbaik bersama Janna Nick Tercalon
OST Terbaik Penat Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon


Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (25 Oktober 2020). Pembabitan saya memang serius Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2019.
  2. ^ Zaidi Mohamad (20 Oktober 2018). Andi Lega dapat satu peluang Berita Harian. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  3. ^ Rafiq Mazlan (20 Ogos 2018). Percaya rezeki, Andi Bernadee akur tersingkir di minggu ketiga Big Stage Media Hiburan. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  4. ^ Andi Bernadee tak cemburukan Khai, Wany Utusan Malaysia (1 Disember 2017). Dicapai pada 1 Januari 2018.
  5. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  6. ^ Zaidi Mohamad (22 Ogos 2018). Andi akur kurang popular Berita Harian. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  7. ^ S. Indra Sathiabalan (5 April 2020). Proving himself The Sun, Malaysia. Dicapai pada 28 November 2020.
  8. ^ Asraf Adied (29 Mac 2019). 'Donde' Taruhan Terbaru Andi Bernadee Astro Gempak. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  9. ^ Zaidi Mohamad (4 Oktober 2018). Telefilem seram buat Andi hilang suara Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
  10. ^ https://www.kopiplanet.com/andi-bernadee-dilantik-sebagai-duta-produk-selipar-jenama-fipper/
  11. ^ https://thenews.com.my/berita-semasa/andi-bernadee-kini-duta-seliper/
  12. ^ https://gempak.com/berita-terkini/jadi-duta-selipar-andi-bernadee-anggap-rezeki-terpijak-29796
  13. ^ Farhan Ikram (28 November 2017). Andi Bernadee punca Bella Nazari putus tunang mStar Online. Dicapai pada 13 Disember 2017.
  14. ^ https://www.youtube.com/watch?v=aP5u4TXQNMw
  15. ^ https://www.youtube.com/watch?v=_nDa8CafIPY
  16. ^ Zaidi Mohamad (5 Mei 2018). "Syarikat rakaman turut 'berkempen'". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.

Pautan luar sunting