Dewi Liana Seriestha

Dewi Liana Seriestha[3] (lahir 7 September 1989) merupakan seorang penyanyi, model dan bekas ratu cantik Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta rancangan Mentor musim pertama di TV3. Pada tahun 2014, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi gelaran Miss World Talent dalam pertandingan Miss World 2014.[4]

Dewi Liana Seriestha
Kelahiran (1989-09-07) 7 September 1989 (umur 35)
PendidikanAkademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)
PangkatMiss World Malaysia 2014
Miss World Talent 2014
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam[1]
Warna mataHitam
Pertandingan
utama
Miss World Malaysia 2014
(Pemenang)
Miss World 2014
(26 Teratas)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia (2015–kini)[2]

Kehidupan awal

sunting

Dewi Liana dilahirkan di Kuching, Sarawak kepada pemuzik Indonesia Yudhi Seriestha dan penyanyi Bidayuh Malaysia, Catherine Noep Sigit.[5] Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik.[6] Beliau memenangi pertandingan nyanyian kebangsaan, Bintang Kecil RTM pada 2000.[7] Pada tahun 2005, beliau berpindah ke Kuala Lumpur bersama keluarganya untuk memulakan kerjayanya.[5] Dewi Liana tamat belajar di ASWARA pada November 2015.[3]

Kerjaya

sunting

2005–2010

sunting

Pada 2005, Dewi Liana membuat penampilan TV pertamanya menerusi rancangan realiti TV, Mentor musim pertama, yang bersiaran di TV3[8] di bawah bimbingan Liza Hanim.[9] Beliau hanya berusia 16 tahun dan merupakan peserta termuda rancangan itu yang turut disertai oleh Bella Nazari dan Nabil Zamanhuri. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Pada 2009-2010, beliau muncul dalam drama, Kembali, Nilai Cinta Diana dan Patung Cinta untuk Radio Televisyen Malaysia.[8]

Pada tahun 2010, beliau menyertai pertandingan kecantikan Miss Fair & Lovely World Harvest Festival yang berpangkalan di Sarawak di mana beliau menjadi juara dan juga gelaran induk Miss Talent.[10]

2014–2016

sunting

Pada tahun 2014, Dewi Liana dipilih untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Seni Persembahan Sedunia (bahasa Inggeris: World Championships of Performing Arts).[11] Beliau memenangi pingat emas untuk opera klasik, tiga pingat perak untuk kategori kontemporari, dunia dan pelbagai kategori (vokal), penghargaan khas di bawah Anugerah Industri dan pingat untuk juara klasik WCOPA. Pada bulan Ogos 2014, dia dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2014 di Corus Hotel, Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London. Beliau memenangi gelaran Miss World Talent dan dinobatkan sebagai salah satu daripada 25 finalis suku akhir.

Pada Hari Raya Aidilfitri 2015, Dewi Liana menyertai 10 selebriti lain dalam satu acara amal yang diadakan di Kuching, Sarawak bersama Ziana Zain untuk rancangan "Aidilfitri with Ziana Zain & Friends".[12]

Pada 4 September 2015, Dewi Liana melancarkan singlenya, Hati Telah Dimiliki di Spotify[13] dan iTunes.[14] Single ini menjadi lagu tema drama TV3, Waris Kasih.

Pada November 2015, Dewi Liana dianugerahkan Anugerah Pencapaian Cemerlang Asia semasa Anugerah Naga Emas Asia 2015/2016 untuk siri pencapaiannya semasa WCOPA serta Miss World 2014.[3]

Dewi membuat persembahan di rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Sibu Town Square pada Februari 2016.[15] Acara ini dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.[15] Pada Julai 2016, Dewi mengumumkan bahawa single kedua masih dalam persiapan dan akan menandatangani dengan Warner Music Malaysia.[5] Beliau mencipta single itu sendiri.[5]

Pada Disember 2016, Dewi Liana tampil di rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan di Pavilion Kuala Lumpur bersama David Arumugam, Cassidy Anderson dan Michael Leaner.[16] Acara itu dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Richard Riot Anak Jaem.

2017–kini

sunting

Single kedua Dewi Liana telah dikeluarkan di platform digital iTunes, Apple Music dan Spotify pada 20 Januari 2017, di bawah Warner Music Malaysia.[17] Pada Mei 2017, Dewi dipilih sebagai ikon dan penceramah keynote untuk Hari Kebudayaan Dayak Antarabangsa di Kabupaten Bengkayang, Indonesia.[18] Dewi juga dimahkotakan Wanita Dayak Paling Cantik.[18]

Pada Julai 2018, Dewi beraksi dalam pementasan teater muzkal Sarawak: An Indigenous Journey, yang diadakan sempena penganjuran kedua Rainforest Fringe Festival, lanjutan daripada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia.[19][20]

Pada Oktober 2018, ia telah diumumkan bahawa single beliau, "Seindah Berdua" telah mara ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-33.[21]

Single bahasa Inggeris sulung Dewi, "I Love You" dikeluarkan pada 1 Februari 2019. Ia ditulis bersama oleh beliau sendiri dan Mark Woods.[22]

Cabang lain

sunting

Pada Oktober 2015, Dewi Liana mengikat kontak dua tahun sebagai duta Furley Bioextracts.[3]

Diskografi

sunting
Single
Tahun Tajuk Album Catatan
2015 "Hati Telah Dimiliki" Bukan album single Lagu tema drama, Waris Kasih.[23]
2017 "Seindah Berdua" Bukan album single Dicipta oleh Dewi sendiri.[24]
Single promosi
Tahun Tajuk Peranan
2018 "Undilah"
(bersama Andi Bernadee, Bella Nazari & Wan Shahjuddin)
Rendisi yang dirakamkan bersempena Pilihan raya umum ke-14.[25]

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2005 Mentor Peserta[26] TV3
2016 Kamek Sayang Sarawak Hos[27]
2017 Selamat Pagi Malaysia Dirinya sendiri[28] TV1 Tetamu untuk segmen "Santai Selebriti".
2020 Dirinya sendiri[29] Kemunculan khas sempena festival Gawai Dayak dan Kaamatan.
2021 Nota di Kota Hos TVS

Teater

sunting
Tahun Penerbitan Peranan Tempat Tarikh Catatan
2016 Mulan Maharani[30] Auditorium DBKL 15–17 April 2016 Menyanyikan "Reflection".
2019 Gemilang Sebuah Muzikal Auditorium DBKL 13-15 Disember 2019 Peranan utama[31]

Bibliografi

sunting
  • Yayasan John Jinep (2017). Dewi Liana Seriestha: A Portrait in Words and Pictures. Kuching, Sarawak: Dayak Bidayuh National Association. ISBN 9789832981176[32]

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Rujukan
2015 Asia Golden Dragon Awards 2015/2016 Anugerah Pencapaian Luar Biasa Asia Dirinya sendiri Menang [3]
Swinas Inspirational Award by UMNO's Women's Youth Wing Kebudayaan Dirinya sendiri Menang [33]
Pekema (Persatuan Pengimport Kenderaan) Sarawak Anugerah Pencapaian Luar Biasa Dirinya sendiri Menang [34]
2017 Hari Kebudayaan Dayak Antarabangsa Wanita Dayak Paling Cantik Dirinya sendiri Menang [18]
2018 McM Rising Stars McMillan Woods Global Awards Vocalist Extraordinaire Of The Year Dirinya sendiri Menang [35]
Anugerah Juara Lagu - "Seindah Berdua" Semi-finalis [36][37]
Ngarum Lagu Bidayuh (NLB) (Bidayuh Music Awards) Special Bidayuh Artistes and Musicians Association (Bama) Award Dirinya sendiri Menang [38]

Rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2017-08-30.
  2. ^ KENNETH CHAW (26 November 2018). "After 13 years, singer Dewi Seriestha still fights for her music dreams". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2018. Dicapai pada 26 November 2018.
  3. ^ a b c d e Toyat, Jude (23 November 2015). "Dewi scores another win for Sarawak with achievement award". The Borneo Post. Dicapai pada 17 July 2016.
  4. ^ Ten, Marilyn (16 December 2014). "A first for Malaysia – Dewi is Miss Talent at Miss World finals". The Borneo Post. Dicapai pada 10 May 2015.
  5. ^ a b c d "Ex-Miss World contestant Dewi Liana's second single album in the works". Bernama. 17 July 2016. Dicapai pada 17 July 2016.
  6. ^ Aubrey, Samuel (15 September 2014). "Parents touched by grand reception for Dewi". The Borneo Post. Dicapai pada 17 July 2016.
  7. ^ Lam, JC (6 January 2015). "GET PERSONAL: DEWI LIANA SERIESTHA". rage.com.my. Dicapai pada 21 August 2015.
  8. ^ a b "The multi-talented Dewi Seriestha". The Borneo Post. 17 August 2014. Dicapai pada 8 July 2015.
  9. ^ "Dilema si ratu cantik". Utusan Malaysia. 26 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-03. Dicapai pada 23 Januari 2015.
  10. ^ Luna, Sandy Mark (17 August 2014). "Jadi ratu kerana berani bermimpi". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 8 July 2015.
  11. ^ Saai, Johnson K (31 July 2014). "Dewi shines at 'Performing Arts Olympics'". The Borneo Post. Dicapai pada 7 July 2015.
  12. ^ "Ziana Zain to entertain fans at high-tea". The Borneo Post. 19 July 2015. Dicapai pada 7 August 2015.
  13. ^ "Single-Hati Telah Dimiliku". Spotify. 3 September 2015. Dicapai pada 4 September 2015.
  14. ^ https://itunes.apple.com/album/hati-telah-dimiliki-single/id1035590859?v0=9988&ign-mpt=uo%3D1
  15. ^ a b Ishak, Othman (25 February 2016). "Event-full CNY open house expected this Saturday". The Borneo Post. Dicapai pada 17 July 2016.
  16. ^ Ismail, Laili (28 December 2016). "Religious tolerance is cornerstone of a united Malaysia, says Zahid". New Straits Times. Dicapai pada 13 January 2017.
  17. ^ "Seindah Berdua". Spotify. 21 January 2017. Dicapai pada 21 January 2017.
  18. ^ a b c "Dewi Liana to headline International Dayak Culture Day 2017". New Sarawak Tribune. 27 May 2017. Dicapai pada 16 July 2017.
  19. ^ Phillips, Tracy (10 May 2018). "Sarawak aims to be the next creative city for craft-making and design through the Rainforest Fringe Festival". Buro 24/7. Dicapai pada 17 May 2018.
  20. ^ Ling, Sharon (11 July 2018). "A cultural kaleidoscope". The Star Online. Dicapai pada 30 July 2018.
  21. ^ Hashim, Qamari (23 October 2018). "30 lagu bakal berentap dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke 33". mstar.com.my (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 25 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "I Love You - Single". iTunes. 1 February 2019. Dicapai pada 8 February 2019.
  23. ^ Ratu cantik ke penyanyi. Retrieved August 21, 2015.
  24. ^ Seindah Berdua. Retrieved January 21, 2017.
  25. ^ Zaidi Mohamad (5 Mei 2018). "Syarikat rakaman turut 'berkempen'". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  26. ^ Kemalia Othman (31 Oktober 2014). "Dewi Liana (Mentor) Dikecam Sertai Ratu Cantik Kerana Disangka Muslim". mstar.com.my. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  27. ^ Pelepas rindu anak Sarawak. Retrieved 17 July 2016.
  28. ^ "SPM 2017 - SANTAI SELEBRITI....DEWI SERIESTHA [21 DIS 2017]". Berita RTM YouTube. 20 Disember 2017. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  29. ^ "Istimewa Pesta Kaamatan dan Hari Gawai". Dewi Seriestha Official Instagram. 30 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  30. ^ "Mulan di Auditorium DBKL". Harian Metro (dalam bahasa Malay). 15 April 2016. Dicapai pada 30 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ "Teater Gemilang Sebuah Muzikal Buka Peluang Bekas Pelajar ASWARA". Gempak (dalam bahasa Malay). 9 December 2019. Dicapai pada 11 December 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ Georgette Tan (11 September 2018). "Growing talents via alliance". The Borneo Post. Dicapai pada 22 November 2019.
  33. ^ "Swinas Giat Dampingi Mahasiswi Seluruh Negara - Mas Ermieyati". Bernama. Dicapai pada December 11, 2015.
  34. ^ "Dewi creates history of sorts again with Swinas". The Borneo Post. Dicapai pada July 16, 2017.
  35. ^ Georgie Joseph. "Ibarat menang Vokal Terbaik AJL". Harian Metro (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 28 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ Najiy Jefri. "Pertembungan dua generasi". Harian Metro (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 12 November 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  37. ^ Georgie Joseph. "12 lagu mara ke pentas akhir AJL ke-33". Harian Metro (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 24 November 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ "Puncak Borneo MP mulls special fund for ethnic music industry". The Borneo Post. Dicapai pada 26 November 2018.

Pautan luar

sunting