Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Kerajaan Tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Dilencongkan dari DBKL)

Koordinat: 3°9′8.8″N 101°41′39.0″E / 3.152444°N 101.694167°E / 3.152444; 101.694167

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini ialah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan . DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.[1]

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
ديوان بندراي کوالا لومڤور
DBKL
Logo
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Datuk Seri Mahadi Che Ngah
Struktur
Tempat persidangan
Menara DBKL 1 di Jalan Raja Laut

Menara DBKL 2 di Jalan Raja Laut

Menara DBKL 3 di Kampung Bharu

Menara PT80 di Jalan Masjid India
Laman sesawang
www.dbkl.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.

Senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur sunting

Sejak tahun 1972, Kuala Lumpur telah dipimpin oleh 12 orang Datuk Bandar. Jawatan Datuk Bandar diwujudkan bagi menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota selepas ibu kota Malaysia itu menerima penaiktarafan menjadi bandar raya. Datuk Bandar terkini Bandaraya Kuala Lumpur ialah Datuk Seri Mahadi Che Ngah. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur:[2]

# Datuk Bandar Tahun Menjawat
1. Tan Sri Dato' Lokman bin Yusof 1972
2. Tan Sri Dato' Seri Yaacob Latiff 1972 - 1980
3. Tan Sri Dato' Seri Dr Elyas Omar 1980 - 1992
4. Tan Sri Dato' Dr. Mazlan Ahmad 1992 - 1995
5. Tan Sri Dato’ Indera Kamaruzzaman Shariff 1995 - 2001
6. Datuk Mohmad Shaid Mohd Taufek 2001 - 2003
7. Datuk Seri Ruslin Hasan 2003 - 2005
8. Datuk Seri Abdul Hakim Borhan 2005 - 2007
9. Tan Sri Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail 2007 - 2013
10. Tan Sri Datuk Seri Ahmad Phesal Talib 2013 - 2015
11. Tan Sri Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz 2015 - 2018
12. Datuk Seri Nor Hisham Bin A Dahlan 2018 - 2020
13. Datuk Seri Mahadi Che Ngah 2020 - kini

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya sunting

Lembaga Penasihat Bandaraya dianggotai oleh seorang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan, dua orang lantikan negeri Selangor, seorang wakil Kementerian Kewangan, seorang wakil Unit Perancang Ekonomi dan sepuluh orang individu yang tidak memegang jawatan perkhidmatan awam[3].

# Jawatan Nama Catatan
# Datuk Bandar Datuk Sr. Haji Kamarulzaman Mat Salleh Pengerusi
1 Ahli Lembaga Penasihat Datuk Seri Hajah Rosidah Jaafar Wakil Jabatan Wilayah Persekutuan
2 Ahli Lembaga Penasihat Dato' Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir Wakil Kerajaan Selangor[4]
3 Ahli Lembaga Penasihat Kosong Wakil Kerajaan Selangor
4 Ahli Lembaga Penasihat Datin Rashidah Binti Mohd Sies Wakil Kementerian Kewangan
5 Ahli Lembaga Penasihat Puan Hidah Misran Wakil Unit Perancang Ekonomi
6 Ahli Lembaga Penasihat Datuk Tong Nguen Khoong Wakil Real Estate and Housing Associations Development (REHDA)
7 Ahli Lembaga Penasihat Dato' LAr. Ismail Ngah Wakil International Federation of Landscape Architects (IFLA)
8 Ahli Lembaga Penasihat Dato' Afdlin Shauki Wakil PH-PKR
9 Ahli Lembaga Penasihat Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed Wakil PH-PKR
10 Ahli Lembaga Penasihat Tuan Lai Cheng Heng Wakil PH-PKR
11 Ahli Lembaga Penasihat Tuan Jayakumar R. Muniandy Wakil PH-PKR
12 Ahli Lembaga Penasihat Puan Leong Ooi Kuan Wakil PH-DAP
13 Ahli Lembaga Penasihat Tuan Ir. Hayatul Kamil Termudi Wakil PH-AMANAH
14 Ahli Lembaga Penasihat Dato' Sri Izudin Ishak Wakil BN-UMNO
15 Ahli Lembaga Penasihat Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah Wakil BN-UMNO

Zon pentadbiran sunting

Zon Kawasan Peta
Damansara Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Pusat Bandar Damansara, Kerinchi, Bangsar South, Segambut, Mont Kiara, Sri Hartamas, Segambut, Sentul
Klang Lama Seputeh, Pantai Baharu, Kuchai Lama, Taman OUG, Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi
Kepong Kepong, Jinjang
Pusat Bandar Kuala Lumpur
Setiawangsa Ampang, Setiawangsa
Cheras Maluri, Miharja, Bandar Tun Razak, Bandar Tun Razak, Bandar Sri Pemaisuri

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kuala Lumpur". Columbia Encyclopedia, Sixth Edition 2007. Columbia University Press. Dicapai pada 6 December 2007.
  2. ^ "Malaysia's towns and cities are governed by appointed mayors". City Mayors. 2006. Dicapai pada 9 October 2006.
  3. ^ Vijenthi Nair dan Shalini Ravindran (13 Julai 2018). "All political appointees on DBKL advisory board step down". The Star. Dicapai pada 30 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Merupakan Orang Besar Daerah Klang

Pautan luar sunting