Maluri
Maluri merupakan salah sebuah kawasan komersial dan pinggiran bandar yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Maluri | |
---|---|
Petempatan | |
![]() Jalan Cheras dekat stesen Maluri | |
Koordinat: 3°07′56″N 101°43′31″E / 3.132296°N 101.725332°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tiada |
Sejarah
suntingMaluri dibangunkan sekitar tahun 1960-an. Pada awalnya, terdapat banyak kuartes kerajaan di kawasan Maluri [1]. Maluri dibangunkan semula pada awal 2010-an dengan banyak kawasan komersial dan perumahan kepadatan sederhana mula dibina. [2]
Kemudahan Awam
suntingIbu Pejabat Polis Daerah Cheras terletak di sini. Terdapat juga pejabat SPRM disini.
Penginapan
suntingTerdapat banyak hotel bajet di Maluri. Terdapat juga hotel mewah di Maluri seperti Hotel Maluri dan Sunway Velocity Hotel.
Aktiviti komersial
suntingMaluri mempunyai banyak pusat membeli-belah. Seperti AEON Taman Maluri yang merupakan kedai JUSCO tertua di Malaysia yang dibuka pada 30 Oktober 1989. Pusat membeli-belah yang lain adalah Sunway Velocity, IKEA Cheras, MyTown juga terletak di sini.
Akses
suntingKereta
suntingMaluri terletak sepanjang Jalan Cheras, bersebelahan dengan persimpangan dengan Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi. Kawasan ini juga boleh diakses melalui Jalan Cochrane, Jalan Perkasa, Jalan Peel dan MRR2 melalui Pandan Jaya.
Pengangkutan Awam
suntingMaluri mempunyai 2 stesen kereta api dan salah satu stesen adalah stesen pertukaran iaitu AG13 SBK22 Stesen Maluri Laluan Ampang, Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dan SBK21 Stesen MRT Cochrane.
Rujukan
sunting- ^ https://www.edgeprop.my/content/1641272/maluri-reborn
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-12. Dicapai pada 2020-04-26.