Miharja adalah sebuah pekan yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menggunakan perkhidmat rel yang bersambung dengan Stesen LRT Miharja menerusi Aliran Ampang. Miharja juga terkenal dengan lambakan gerai-gerai makanan dan restoran masyarakat Cina. Pusat membeli-belah baharu iaitu Pusat Membeli-belah Viva juga terdapat disini.