Stesen LRT Miharja ialah stesen LRT yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kompleks Flat Miharja. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Miharja Rapid KL
Miharja station (Ampang Line) (exterior), Kuala Lumpur.jpg
LokasiStesen Miharja, Jalan 1/93, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′15″N 101°43′4″E / 3.12083°N 101.71778°E / 3.12083; 101.71778Koordinat: 3°7′15″N 101°43′4″E / 3.12083°N 101.71778°E / 3.12083; 101.71778
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluanLine 3.png Laluan Ampang
Platform2 platform sisi
Landasan2
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
K. letak kenderaanDisediakan oleh DBKL
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen AG12 
Sejarah
Dibuka16 Disember 1996
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 1/93, Taman Miharja, Kuala Lumpur. Di sebelah timur laut stesen adalah kompleks Flat Miharja dan di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Ikan Emas   Lebuhraya Sungai Besi (Besraya). Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli belah Viva, Hotel Vivatel Kuala Lumpur dan SMK Miharja.

Pelan stesenSunting

G Bagunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
AG Arah Selatan   Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Chan Sow Lin)
AG Arah Utara   Laluan Ampang menghala ke Ampang (Maluri)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat kemudahan parkir disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[4]

RujukanSunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. |access-date= memerlukan |url= (bantuan)
  3. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.