TVS (saluran TV)

Saluran televisyen digital milik kerajaan negeri Sarawak
(Dilencongkan dari TV Sarawak)

TVS (dahulunya TV Sarawak) ialah saluran televisyen linear yang menyediakan berita dan pengaturcaraan dari wilayah Sarawak ke negeri itu sendiri serta bahagian lain di Malaysia. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), yang ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.

TVS
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Filipina (Palawan Island dan Visayas Barat)
 Indonesia (Kalimantan dan Kepulauan Riau)
 Australia (Australia Barat)
SloganMenginspirasi Duniamu
(We Inspire Your World)
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Iban
Cina
Korea
Tagalog
Thai
Turki
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
Pemilik
Sejarah
Dilancarkan10 Oktober 2020; 2 tahun yang lalu (2020-10-10)
Nama dahuluTV Sarawak (2014 - 2020)
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia MYTVSaluran 122 (HD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 122 (HD)
Malaysia NJOISaluran 122 (HD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 122 (HD) (Mula bersiaran 1 Oktober 2023)
Penstriman
Malaysia AstroAstro GO
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi

Saluran TVS boleh ditonton di seluruh negara, menerusi saluran 122 di Astro dan MYTV. Manakala rancangan homeshopping Go Shop hanya boleh didapati di saluran Astro sahaja. Kesemua kandungan rancangan, format penyiaran dan pengaturcaraan saluran akan dikendalikan oleh Sarawak Media Group (SMG) sendiri.

Sejarah Sunting

Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada asalnya merancang untuk melancarkan sebuah stesen televisyen khusus untuk Sarawak sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk pendigitalan televisyen Malaysia.[1] Perancangan itu, bagaimanapun, tidak membuahkan hasil kerana ia tidak dilaksanakan yang mana ia digantikan oleh saluran OKEY dan rancangan televisyen negara kemudiannya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta hanya untuk dilancarkan sebagai saluran penstriman.[2]

Lesen stesen penyiaran sendiri diberikan melalui suatu pengumuman oleh Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.[3] Stesen ini bersiaran awal pada 10 Oktober 2020 melalui satelit TV berbayar Astro di saluran 122 sempena hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dirasmikan pada keesokan harinya pada 11 Oktober 2020.[4][3] Ia merupakan stesen televisyen separa kerajaan ketiga negara selepas Bernama TV (2008) dan TV AlHijrah (2010).

Pada 12 Oktober 2020, TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu Utama TVS. Program berita waktu perdana itu disiarkan langsung dari LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.

TVS kini bersiaran di Astro dan MYTV saluran 122 dalam format HD (definisi tinggi).

Pada 6 Februari 2021, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform MYTV di saluran 122 menggantikan Channel W yang telah ditamatkan siaran pada 1 Januari 2019.

Pada 29 Oktober 2021, TVS buat kali pertamanya menyiarkan siaran langsung pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Zafrul bin Abdul Aziz.

Pada 1 Oktober 2023, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform Unifi TV di saluran 122 yang selamat hari lahir ke-3 secara rasmi pada 10 Oktober 2020.

Media penstriman Sunting

Aplikasi mudah alih Sunting

  • Astro GO - Terhad kepada pelanggan Astro sahaja
  • playTV@unifi - Terhad kepada pelanggan Unifi TV sahaja

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ Amree Ahmad (7 June 2009). "Kita bakal 'mabuk' TV". Kosmo!. Dicapai pada 10 September 2018.
  2. ^ "Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma". Astro Awani. 27 November 2017. Dicapai pada 10 September 2018.
  3. ^ a b Syafik Shukri Jalil (2 October 2020). "TV Sarawak dilancar 11 Oktober 2020". Astro Awani. Dicapai pada 10 October 2020.
  4. ^ "Buildings throughout Kuching asked to light up in celebration of TYT's birthday on Oct 9". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.

Pautan luar Sunting