Astro NJOI
(Dilencongkan dari NJOI)
Astro NJOI (digayakan pada logo sebagai NJOI) ialah perkhidmatan televisyen dan radio satelit dan digital secara percuma daripada Astro.
![]() | |
Jenis | Penyiaran televisyen digital terestrial dan satelit negara |
---|---|
Negara | |
Ketersediaan | Seluruh negara |
Moto | NJOI Dalam HD, Gerenti Puas Hati |
Ibu pejabat | Astro Productions Sdn Bhd, All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pemilik | |
Tarikh pelancaran | 18 Februari 2012 |
Laman sesawang | Laman web rasmi |
Sehingga 1 Januari 2023, pengguna baharu NJOI akan menikmati sejumlah 31 saluran televisyen digital percuma termasuk 20 saluran HD, manakala pengguna sedia ada NJOI dapat menikmati sejumlah 45 saluran televisyen digital percuma termasuk 38 saluran HD; selain mempunyai lebih 60 saluran televisyen prabayar dan 30 saluran radio percuma.