"Donde" ialah lagu nyanyian Andi Bernadee yang dikeluarkan sebagai single keempatnya dan merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Alif Abdullah. Ia dikeluarkan pada 29 Mac 2019 oleh Warner Music Malaysia. Perkataan donde merupakan perkataan dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana' dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.[1]

"Donde"
Single oleh Andi Bernadee
Dikeluarkan pada29 Mac 2019
Dirakam pada2019
GenrePop, reggaeton
Panjang3:18 minit
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisAlif Abdullah
PenerbitAlif Abdullah
Kronologi single Andi Bernadee
"Satu Peluang"
(2018)
"Donde"
(2019)
"Shimmy"
(2019)

Mengimbas semula lagu ini, Andi menyifatkan "Donde" sebagai penanda aras buat dirinya sebenar.[2]

Muzik videoSunting

Muzik video untuk "Donde" dimuat naik di saluran YouTube rasmi Warner Music pada 10 April 2019. Ia diarahkan oleh Azfar Hamidi daripada MTAS Production dan membawakan konsep lelaki psiko yang sedang mencari seseorang. Tidak sampai 24 jam selepas video muziknya dimuat naik, ia telah tersenarai sebagai antara yang paling trending dan telah ditonton sebanyak 633,005 kali.[3]

Format dan senarai runutSunting

Muat turun digital[4]
  1. "Donde" - 3:18

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 29 Mac 2019 Muat turun digital[4]
Penstriman digital[5]
Warner Music Malaysia

RujukanSunting

  1. ^ Asraf Adied (29 Mac 2019). 'Donde' Taruhan Terbaru Andi Bernadee Astro Gempak. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  2. ^ Ahmad Isyafiq Mohd Desa (26 April 2019). Andi Bernadee hampir gila Diarkibkan 2019-07-16 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  3. ^ Hanafis Haris (12 April 2019). Wow tak sampai 24 jam, video muzik Donde Andi Bernadee trending. Best sangat ke? Astro Gempak. Dicapai pada 19 April 2019.
  4. ^ a b "Donde (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 29 Mac 2019. Dicapai pada 1 April 2019.
  5. ^ "Donde, a song by Andi Bernadee". Spotify. 29 Mac 2019. Dicapai pada 1 April 2019.