Scha Elinnea

Pelakon wanita Malaysia

Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen (lahir 23 Jun 1999) atau lebih dikenali sebagai Scha Elinnea ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula diperkenalkan menerusi drama Mr. Grey (2018) dengan membawakan watak sebagai Nurul Jannah.[3][4]

Scha Elinnea
Kelahiran
Nur Azleen Natasha binti Mohamed Mubeen[1]

(1999-06-23) 23 Jun 1999 (umur 24)
Nama lainScha, Tasha
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini
EjenAbsolute Talents & Management[2]

Kerjaya sunting

Scha Elinnea memulakan kerjaya awalnya sebagai Instafamous dengan memiliki 150,000 pengikut di laman Instagram.[5] Beliau kemudian menyertai syarikat pengurusan Prokuya Studios pada Januari 2018 sekaligus menerima bimbingan daripada pasangan pelakon Fadzil Zahari dan Yana Samsudin, seterusnya memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Mr. Grey (2018) yang bersiaran di Astro Ria, dibintangi oleh Fendy Bakry dan Eyra Hazali yang mana beliau melakonkan watak sebagai Nurul Jannah.[5]

Beliau kemudian membintangi dua lagi drama termasuk Pencuri Cinta Kelas Satu sebagai Hardena dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek sebagai Izyan.[5] Ini kemudian diikuti oleh drama web Ghaib yang bersiaran di portal web Tonton dengan memegang watak sebagai Mimie. Pada tahun berikutnya (2019), Scha membintangi telefilem pertamanya, Papa Segera yang bersiaran di TV Okey, kemudiannya membintangi drama Voice Note dan Tuan Danial yang kedua-duanya disiarkan di TV3.

Pada tahun 2020, Scha berlakon dalam 4 siri drama televisyen, antaranya ialah Dia Random Guy sebagai Surihani dan Nasi Kerabu Untuk Che Abe sebagai Zety. Setahun kemudian, iaitu pada 2021, beliau membintangi 5 drama TV termasuk Tak Sempurna Mencintaimu, namun mendapat kejayaan secara meluas menerusi drama Sitik Tok dengan memegang watak sebagai Siti, seorang gadis naif yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung telah putus tunang dan memulakan kerjayanya sebagai pempengaruh.[6][7] Drama itu meraih jumlah tontonan sebanyak 3 juta tontonan. Pada tahun yang sama, peranan layar lebar beliau hadir apabila melakonkan watak Tengku Suraya dalam filem sulungnya, Seandainya Kau Ada yang diadaptasi dari novel 2010 bertajuk sama karya Kamsiah Abu terbitan Buku Prima. Filem itu dibintangi oleh Raysha Rizrose, Fendy Bakry, Ruhainies dan Aidit Noh. Beliau kemudian membintangi filem keduanya, Marabahaya Underground arahan Helmi Yusof dan Cat Farish yang mana beliau memegang watak sebagai Intan Juliana.[8]

Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang daripada 5 peserta rancangan realiti Master In The House Malaysia yang disiarkan di TV3. Selain beliau, 3 lagi peserta ialah Sharifah Rose, Andi Bernadee, Meyrasam (ahli kumpulan Cassia) dan Hael Husaini.[9]

Inspirasi sunting

Scha menjadikan pelakon berpengalaman seperti Nabila Huda, Maya Karin dan Bront Palarae sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[7]

Kehidupan peribadi sunting

Scha dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.[7][10] Beliau telah mendedahkan pada Oktober 2021 bahawa beliau telah menghidapi skizofrenia selepas sekian lama berahsia mengenai penyakitnya dan telahpun menerima rawatan.[11][12]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Seandainya Kau Ada Tengku Suraya Filem pertama
Marabahaya Underground Intan Juliana

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Mr. Grey Nurul Jannah Astro Ria Drama pertama
Pencuri Cinta Kelas Satu Hardena Astro Oasis
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Izyan (Yan) Astro Ria
2019 Voice Note Ika TV3
Tuan Danial Ai
Rumah Siti Khadijah Jijie Episod: "Gengsterisme"
2020 Keringat Firdausi Farrah TV1
Dia Random Guy Surihani TV Okey
Nasi Kerabu Untuk Che Abe Zety TV3
Perempuan Tanpa Dosa Mira Astro Ria
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Mawardah TV3
Selamat Datang Cinta Ariana Salam HD
Hatimu Sedingin Salju Melissa TV3
Dayang Senandung Kamelia TV Okey
Sitik Tok Siti TV3
2022 Juliet Lily TV1
Kerana Aku Isteri Bidaan Raina Badrina TV3
2022–2023 Hati Tanpa Rasa Nur Kaisara
2023 Cikgu Terpaling A! Cikgu Rose
Pemburu Rahsia Marisa Damia
Kami Orang KL Faizah
2024 Kau vs Aku 2 Balqis Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Papa Segera Adriana TV Okey Telefilem pertama
2021 Cinta 24 Jam Shira TV2
2022 Anak Bomoh Erin/Melur TV9
2023 Belajar Tak Sudah Emy TV1
Zaki & Nughul Neysa TV2

Web drama sunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2018 Ghaib Mimie Tonton

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Master In The House Malaysia Dirinya sendiri TV3

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Penyanyi
2017 "Kata Akhirmu" Ariff Bahran
2019 "Peneman" Hazama

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon [13]

Rujukan sunting

  1. ^ "Inilah Biodata Penuh Scha Elinnea". 90minit. 3 Mei 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  2. ^ Najiy Jefri (1 September 2020). Keluarga tak kisah Scha Elinnea seksi Harian Metro. Dicapai pada 2 September 2020.
  3. ^ Amerul Haswendy Ashari (28 April 2018). "Pelakon popular rujukan Scha". Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Ogos 2020). 'Buat apa berpura-pura' Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
  5. ^ a b c Ramlah Zainal (16 Ogos 2018). "Takut berlakon dengan Ogy". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2019.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Julai 2021). "Padam gambar 'panas'". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  7. ^ a b c Serimah Mohd Sallehuddin (10 Ogos 2021). "Scha tak 'daring' lagi..." Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  8. ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 Disember 2021). "Scha positif dengan cabaran". Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Januari 2022). "Lima selebriti berguru di Korea Selatan". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  10. ^ "Biodata Scha Elinnea". Azhan.co. 2 Mei 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  11. ^ C. Aruno; Justin Zack (25 Oktober 2021). "Actress reveals she suffers from schizophrenia". The Star Online. Dicapai pada 13 Januari 2022.
  12. ^ Nur Emira Saizali (11 Januari 2022). "Sakit jiwa, Scha Elinnea pernah kronik". Kosmo!. Dicapai pada 13 Januari 2022.
  13. ^ Zaidi Mohamad (27 September 2021). "Calon lain bukan calang-calang - Scha Elinnea". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2022.

Pautan luar sunting