Mr. Grey ialah sebuah siri televisyen drama romantik Malaysia 2018 arahan Riza Baharudin, adaptasi novel 2017 dengan judul sama karya Syamnuriezmil, lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali. Siri ini membuat tayangan perdana menerusi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 9 April 2018, menggantikan Tak Ada Cinta Sepertimu.

Mr. Grey
GenreDrama, cinta, Konflik, Komedi
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Syamnuriezmil
PenciptaSyamnuriezmil
Ditulis olehPGRs Team (Rozie Rashid)
Amka Ahmad
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Fendy Bakry
Eyra Hazali
Shah Iskandar
Gambit Saifullah
Lisdawati
Ogy Ahmad Daud
Lagu pembukaan"Luar Biasa" oleh Ismail Izzani
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adila Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal9 April 2018 – 10 Mei 2018
Kronologi
MengikutiTak Ada Cinta Sepertimu
Diikuti olehRahsia Hati Perempuan

Sinopsis sunting

Malique Gregory "Mr. Grey" (Fendy Bakry) dan Nisa Ardina (Eyra Hazali) yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?[1]

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Abu Bakar Juah sebagai Pak Chad
  • Kamal Bakar sebagai Tuan Syed Hamis
  • Azhar Amir sebagai Nazri
  • Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah
  • Wan Nur Khaleda sebagai Nadine
  • Mohd Syazwan Syam sebagai Mail
  • Nabil Aqil sebagai Nabil
  • Azerin Zainal sebagai Dr. Rian
  • Ali Reza Kavoossi sebagai Dr. Herlan
  • Ruzanna Hazmi sebagai Hanum
  • Syaza Hussin sebagai Lulu
  • Syakirah Nurizzati sebagai Kak Ton
  • Farhami sebagai Ferhan

Pelakon undangan sunting

Penampilan khas sunting

Episod sunting

# Tarikh penyiaran Ringkasan
1 9 April 2018 Nisa Ardina, seorang gadis dari utara akan memulakan kerja di Puncak Angkasa. Namun majikannya ialah seorang yang tak disangka-sangka.
2 10 April 2018 Mr. Grey mengesyaki Mr. Red yang memabukkan Jannah. Nisa cuba mendapatkan pokok Belalai Gajah untuk memulihkan penyakit Mr. Grey.
3 11 April 2018 Mr. Red cuba mensabotaj Kak Ain. Nisa mula menjadi penyiasat persendirian di Puncak Angkasa.
4 12 April 2018 Nisa akhirnya mengetahui perkara sebenar tentang penyakit kanser Mr. Grey. Mr. Grey mula mengetahui yang Nisa sebenarnya takutkan gelap.
5 16 April 2018 Mr. Red memaksa dan memeras ugut Nabil. Mr. Red sekali lagi merancang sesuatu untuk menjatuhkan Mr. Grey.
6 17 April 2018 Nisa yang takutkan gelap pengsan di bilik fail yang tiada lampu. Mr. Grey menyelamatkan Nisa.
7 18 April 2018 Mr. Grey dinobatkan sebagai CEO Puncak Angkasa. Mr. Red semakin membenci Mr. Grey.
8 19 April 2018 Mr. Grey mengikut Nisa pulang ke kampungnya. Ilham mula cemburu akan hubungan Nisa dan Mr. Grey.
9 23 April 2018 Mr. Grey meninggalkan Puncak Angkasa dan merisik Nisa Ardina.
10 24 April 2018 Nisa menyesal menolak pinangan Mr. Grey. Namun, dalam diam semua orang sedang bersiap sedia menghadapi majlis pertunangan Mr. Grey dan Nisa Ardina.
11 25 April 2018 Ibu Mr. Grey, Datin Musalma merancang untuk memisahkan hubungan antara Mr. Grey dan Nisa.
12 26 April 2018 Nisa dilanggar kereta. Puncak Angkasa menjadi kucar kacir di bawah jagaan Mr. Red.
13 30 April 2018 Nabil mengaku yang dia telah diupah oleh Mr. Red untuk melanggar Nisa.
14 1 Mei 2018 Puncak Angkasa ditimpa masalah. Nisa cuba memujuk Mr. Grey untuk membantu Puncak Angkasa.
15 2 Mei 2018 Ilham masih memendam perasaan terhadap Nisa. Rahsia silam Jannah akhirnya terbongkar.
16 3 Mei 2018 Nisa cemburu apabila Mr. Grey membantu Hanum dengan tesisnya.
17 7 Mei 2018 Nisa mengandung. Mummy Grey dan Mr. Red meminta maaf dan memujuk Mr. Grey kembali ke Puncak Angkasa.
18 8 Mei 2018 Mr. Grey dikawal ketat. Nisa tidak dapat menghubungi Mr. Grey.
19 9 Mei 2018 Khabar angin mengatakan Mr. Grey akan bernikah dengan Talitha. Nisa dimasukkan ke dalam hospital.
20 10 Mei 2018 Tidak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan. Cinta perlukan pengorbanan. Adakah mereka akan mencapai kebahagiaan itu?

Sambutan sunting

Menurut Eyra Hazali, Mr. Grey mendapat sambutan yang menggalakkan,[2] apabila namanya mula meletup selepas drama ini ditayangkan kerana wataknya sebagai Nisa Ardina sangat diminati oleh peminat-peminat drama.[3] Malah, ramai penerbit dan pengarah yang menghubunginya kerana mahu menawarkan watak untuk projek terbaharu mereka.[4]

Muzik dan runut bunyi sunting

No.TajukArtisMasa
1."Luar Biasa"Ismail Izzani ft. Alif03:26
2."Segala Perasaan"Siti Nurhaliza04:44
3."Kisah Ku Inginkan"Siti Nurhaliza & Judika04:28
4."Biar Cinta"Syamel04:08
5."Hikayat Seorang Pencinta"Qalam Band03:23
Jumlah masa: -:--


Anugerah sunting

Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Mr. Grey Drama MeleTOP Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Sinopsis Drama Mr. Grey". My Info Taip. 8 April 2018. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  2. ^ "INILAH BIODATA PENUH EYRA HAZALI, HEROIN DRAMA MR GREY TERNYATA BUKAN CALANG-CALANG ORANG". 90 minit. 24 April 2018. Eyra Hazali tidak menyangka bahawa drama yang mempunyai 20 episod itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyrakat
  3. ^ ""Nama Meletop Selepas Berlakon Mr. Grey" – Eyra Hazali". Rojak Daily. 24 April 2018. Eyra Hazali tidak menjangka lakonannya sebagai Nisa Ardina melalui Drama Mr. Grey akan dapat mendapat sambutan luar biasa di kalangan penonton drama serta peminat
  4. ^ ""Dialek anak mami julang nama Eyra"". Berita Harian. 26 April 2018. Penguasaan loghat utara dengan baik menjadikan drama rantaian, Mr Grey, menarik perhatian

Pautan luar sunting