Pernikahan adalah upacara pengikatan janji akad nikah yang diraikan atau dilaksanakan oleh dua orang dengan maksud meresmikan ikatan perkahwinan secara norma agama, norma hukum, dan norma sosial. Upacara pernikahan memiliki banyak ragam dan variasi menurut tradisi suku bangsa, agama, budaya, mahupun kelas sosial. Penggunaan adat atau aturan tertentu kadang-kadang berkaitan dengan aturan atau hukum agama tertentu pula.

Pernikahan

Pernikahan dimulai dengan lafaz persetujuan oleh pengantin lelaki di hadapan saksi pihak pengantin perempuan. Majlis ini biasanya disertai oleh kaum kerabat terdekat kedua belah pihak mempelai. Pengesahan suatu pernikahan biasanya terjadi pada saat dokumen tertulis (sijil nikah) yang mencatatkan pernikahan ditandatangani. Upacara pernikahan biasanya merupakan acara yang dilangsungkan berdasarkan adat-istiadat setempat, dan kesempatan itu diraikannya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Wanita dan lelaki yang sedang melangsungkan pernikahan dinamakan pengantin, dan setelah upacara itu selesai, mereka dinamakan suami dan isteri dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Etimologi sunting

Pernikahan merupakan kata benda dari kata dasar nikah; kata itu berasal dari bahasa Arab iatu kata nikkah (Arab: النكاح ) yang bererti perjanjian perkahwinan; berikutnya kata itu berasal dari kata lain dalam bahasa Arab iatu kata nikah (Arab: نكاح) yang bererti percantuman, penyatuan.[1][2]

Pernikahan menurut agama Islam sunting

 
Acara ijab kabul di tahun 1977

Pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia agar seseorang muslim dapat memikul amanat tanggung jawabnya yang paling besar dalam dirinya terhadap orang yang paling berhak mendapat pendidikan dan pemeliharaan. Pernikahan memiliki manfaat yang paling besar terhadap kepentingan-kepentingan sosial lainnya. Kepentingan sosial itu adalah memelihara kelangsungan jenis manusia, memelihara keturunan, menjaga keselamatan masyarakat dari segala macam penyakit yang dapat membahayakan kehidupan manusia serta menjaga ketenteraman jiwa.

Pernikahan memiliki tujuan yang sangat mulia iatu membentuk suatu keluarga yang bahagia, kekal abadi dan dirahmati tuhan. Sesuai dengan rumusan itu, pernikahan tidak cukup dengan ikatan lahir atau batin saja tetapi harus kedua-duanya. Dengan adanya ikatan lahir dan batin inilah perkahwinan merupakan satu fitrah manusia serta dituntut oleh agama untuk mengelakkan perbuatan mungkar.

Dalam Islam, syarat sah pernikahan penting terutama untuk menentukan pasangan lelaki dan wanita itu dihalalkan melakukan hubungan seksual sehingga terbebas dari perzinaan. Agama Islam mempunyai tradisi perkahwinan yang sederhana, memudahkan dan ringkas dengan tujuan agar seseorang tidak terjerumus ke dalam perzinaan.

Perkahwinan sudah sah apabila telah memenuhi rukun dan syarat perkahwinan. Adapun yang termasuk dalam rukun perkahwinan adalah seperti berikut:

  • Pihak-pihak yang melaksanakan akad nikah iaitu mempelai lelaki dan wanita.
  • Adanya akad (sighat) iaitu perkataan dari pihak wali perempuan atau wakilnya (ijab) dan diterima oleh pihak laki-laki atau wakilnya (kabul).
  • Adanya wali dari calon isteri.
  • Adanya dua orang saksi.

Apabila salah satu syarat itu tidak dipenuhi maka perkahwinan tersebut dianggap tidak sah, dan dianggap tidak pernah ada perkahwinan. Oleh kerana itu diharamkan baginya yang tidak memenuhi rukun tersebut untuk mengadakan hubungan seksual mahupun segala larangan agama dalam pergaulan. Dengan demikian apabila keempat rukun itu sudah dipenuhi maka perkahwinan yang dilakukan sudah dianggap sah.

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ fadelput (2010-02-25), Nikah, Scribd, m/s. 1, dicapai pada 2010-03-28 More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan)
  2. ^ Badawi, El-Said M.; Haleem, M. A. Abdel (2008), Arabic-English dictionary of Qur'anic usage, Brill Academic Publishers, m/s. 962, ISBN 9789004149489, dicapai pada 2010-03-28 Cite has empty unknown parameters: |month= dan |chapterurl= (bantuan); More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan)