Qalam Band
Dari kiri: Faizwan, Lyas, Eynol, Izad, Hanif
Latar belakang
Berasal dariPerak, Malaysia
GenrePop Rock[1], Balada Rock[2],
PekerjaanKumpulan Muzik
Tahun aktif2012 - sekarang
Syarikat rakaman
Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliEynol - Vokal
Hanif - Keyboard
Faizwan - Gitar
Izad - Bass
Lyas - Drummer

Anggota sunting

  • Muhd Zainol Mohd Nor (Eynol) - Vokalis
  • Faizwan Farman Bin Farod Hasfardy (Faizwan Qalam) - Guitarist
  • Muhammad Hanif Bin Omar (Hanif) - Keyboardist
  • Wan Muhammad Mukhrizad Bin Wan Mokhtar (Izad) - Bassist
  • Muhammad Alias Mohd Esa (Lyas) Drummer

Sejarah sunting

Penubuhan sebuah band remaja yang dianggotai seramai 5 orang anak jati Perak yang membesar di sekitar Chemor ini mempunyai hobi yang sama iaitu bermain Alat Muzik. Qalam Band dianggotai seramai 5 orang iaitu Eynol sebagai “Vocalist”, Faizwan sebagai “Guitarist”, Izad sebagai “Bassist”, Hanif sebagai “Keyboard” dan Lyas sebagai "drummer".[1] Titik pertemuan bagi ahli-ahli ini tercetus apabila tiga sahabat dari anggota Qalam Band iaitu Hanif, Faizwan dan Izad yang bersekolah di SMK Aminuddin baki Chemor ingin menubuhkan sebuah band. Akan tetapi, mereka tidak mempunyai vokalis sehingga mereka bertemu dengan Eynol yang mempunyai bakat menyanyi dan sekolah di SMK Hj Mohd Taib yang juga bersebelahan dgn sekolah mereka. Seterusnya, mereka mula bermain muzik bersama-sama bagi memantapkan kualiti muzik mereka sehinggalah mereka mencuba nasib dengan menyertai pertandingan “Battle Of The Band” yg diadakan di Seri Iskandar Perak pada tahun 2011.[3] Kemudian, mereka melayakkan diri ke pentas final dan berjaya menduduki tempat yang ke 2 dalam pertandingan tersebut pada usia yg sangat muda ketika itu dan telah menarik perhatian seorang penerbit yang tidak asing lagi dalam industri muzik iaitu Sheikh Qalam. Sheikh Qalam mula menyusun strategi untuk memperkenalkan Qalam Band dalam industri muzik tanah air.

Menurut Alias, semasa menyertai program uji bakat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh, Perak dia telah bertemu dengan Ketua Bahagian Rancangan Perak FM, Fauzi Ramli, yang memintanya untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik[4] dan dari situ, tertubuhlah Ajim Band. atas dorongan Fauzi Ramli juga, Ajim Band bertukar nama kepada CNC Band.[2] Bagaimanapun kerana terdapat beberapa masalah sedikit ia ditukar kepada Qalam band. Nama itu diberikan oleh komposer, Othman Mahmood selepas bernaung sebagai artis rakaman di bawah syarikatnya, Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd sekitar Jun 2012.[4]

Pada tahun 2012, lagu Dilamun Rindu telah dipilih oleh Sheikh Qalam sebagai langkah pertama untuk diperkenalkan kepada masyarakat yang pada ketika itu sangat dahagakan muzik berkumpulan remaja. Lagu Dilamun Rindu telah mendapat tempat di hati peminat dan diputarkan di setiap stesen radio tempatan. Sehingga kini, Lagu Dilamun Rindu Masih didengari sehingga paparan di Youtube mencecah 1 juta penonton. 

Tahun 2014, setelah mereka menerima permintaan ramai dari peminat untuk lagu yang terbaru, Qalam Band sekali lagi bekerja keras dan menambat hati peminat dengan memperkenalkan lagu terbaru mereka yang bertajuk Rintihan Kalbu, dan kelainan yang ditonjolkan adalah dengan berkolaborasi bersama Rafidah Ibrahim sebagai penampilan khas.

Pada 30 Oktober 2017, Qalam Band telah dijemput oleh RTM melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia sebagai artis jemputan, dalam slot Ekspresi Selebriti. Mereka membawa dua buah lagu, Rintihan Kalbu dan Hakikat Seorang Pencinta sebagai promosi.[5]

Diskografi sunting

Single sunting

  • Dilamun Rindu (2012)
  • Rintihan Kalbu ( Ft. Rafidah Ibrahim) (2014)
  • Hakikat Seorang Pencinta (2017)

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Qalam Band nekad berhijrah". Perak Today. 11 Julai 2014. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  2. ^ a b "Introduksi Qalam Band". Kosmo. 16 September 2012. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  3. ^ "Qalam Band tembusi pasaran". Utusan Online. 6 Oktober 2012. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  4. ^ a b "Qalam Band hidupkan nostalgia Pop Rock". Mstar. 30 Disember 2012. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  5. ^ "EKSPRESI SELEBRITI BERSAMA KUMPULAN QALAM BAND". Radio Televisyen Malaysia. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 1 Mei 2018.

Pautan luar sunting