Ketua pegawai eksekutif

(Dilencongkan dari CEO)


Ketua pegawai eksekutif (KPE, chief executive officer CEO) atau ketua eksekutif ialah salah satu pegawai syarikat yang berpangkat tertinggi di dalam sebuah perbadanan, syarikat, pertubuhan bukan untung, atau agensi. Dia bertanggungjawab atas seluruh pengurusan serta juga kepada lembaga pengarahnya untuk prestasi.

Bill Gates, bekas ketua pegawai eksekutif Microsoft yang juga salah satu ketua pegawai eksekutif yang paling terkenal di dunia.

Tanggungjawab sunting

Ketua pegawai eksekutif bertanggungjawab untuk menyelaraskan syarikat, baik secara dalaman mahupun secara luaran, dengan visi strategik syarikatnya. Teras kewajipan seseorang ketua pegawai eksekutif adalah untuk memudahkan urusan di luar syarikat semasa memandu pekerja dan pegawai eksekutifnya ke arah tujuan yang utama. Saiz dan sektor syarikat akan menentukan tanggungjawab lain yang tidak begitu penting. Seseorang ketua pegawai eksekutif perlu mempunyai keseimbangan daya usaha dalaman dan daya usaha luaran untuk membina sebuah syarikat yang boleh kekal.[1]

  • Untuk perbadanan, ketua pegawai eksekutif terutamanya menyelaraskan daya usaha luaran pada peringkat tinggi. Oleh sebab adanya eksekutif berperingkat ketua yang lain (misalnya ketua eksekutif pemasaran, maklumat, teknik, dll.), dia jarang diperlukan melakukan fungsi berperingkat rendah.
  • Untuk usahawan yang baharu yang kekadangnya juga merupakan pengasas syarikat, jawatan pemangku mereka sebagai ketua pegawai eksekutif adalah amat berbeza daripada ketua pegawai eksekutif berperingkat perbadanan. Oleh sebab biasanya tiada eksekutif berperingkat ketua yang lain di dalam syarikat yang kecil, tanggungjawab berperingkat eksekutif itu perlu diambil alih oleh ketua pegawai eksekutif.
  • Untuk syarikat bersaiz sederhana, tanggungjawab ketua pegawai eksekutif adalah antara tanggungjawab ketua pegawai eksekutif perbadanan dan tanggungjawab ketua pegawai eksekutif syarikat usahawan yang baharu. Walaupun mereka mencuba meniru bentuk perbadanan, oleh sebab syarikat sebegini tidak mempunyai eksekutif berperingkat ketua yang lengkap, maka ketua pegawai eksekutifnya perlu mengambil alih sesetengah tanggungjawab berperingkat eksekutif ataupun menugasinya kepada orang yang lain.

Struktur sunting

Ketua pegawai eksekutif biasanya mempunyai sebilangan eksekutif bawahan, dengan setiap mereka mempunyai tanggungjawab fungsian yang tertentu. Antaranya termasuk:

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

2. Rujukan Exam Pegawai Eksekutif 41 LHDNM 20 September 2017[pautan mati kekal]