Rahsia Hati Perempuan

Rahsia Hati Perempuan ialah sebuah drama televisyen romantik Malaysia 2018 arahan Michael Ang. Dibintangi oleh Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim dan Mira Filzah. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 14 Mei 2018 menggantikan Mr. Grey [1][2]

Rahsia Hati Perempuan
GenreDrama
Cinta
PenciptaMichael Ang
Ditulis olehAyuni Zamani
Adza Emie
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Hisyam Hamid
Uqasha Senrose
Mira Filzah
Fikry Ibrahim
Lagu pembukaanRahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna
Lagu penutupRahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod24 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifSharifah Fatimahtuzzaharaaa' Syed Taha
PenerbitTengku Anggun Deandra
PenyuntingHamidon Sulaiman
Tempoh siaran47 minit
Syarikat penerbitan
Hyper Pictures Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal14 Mei 2018 – 21 Jun 2018
Kronologi
MengikutiMr. Grey
Diikuti olehSejuta Rasa Buat Adelia

Sinopsis sunting

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zayn yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael. Selepas Zayn dan Mika balik ke Malaysia Ilaina Whatsapp Mika tetapi Mika yang malas menjawab Whatsapp itu menyuruh Zayn untuk menjawabnya. Ilaina dan Zayn makin rapat dengan pesanan- pesanan itu.Malangnya, Ilaina tidak tahu yang menjawab pesanannya adalah Zayn bukan Mika. Ilaina mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain. Tidak lama itu,teman lelaki bekas tunangnya menghalau dia kerana isterinya pulang. Ayra,bekas tunang Zayn mengandung dengan anak lelaki itu tetapi dia merancang untuk menjadikan Zayn sebagai bapa anak itu.

Ilaina dapat tahu yang sebenarnya membalas message dia adalah Zayn. Dia keliru kerana dia mencintakan lelaki yang membalas message dia tetapi dia tidak faham yang siapa dia mencintai Zayn atau Mika.Mikael pula jatuh cinta dengan Ilaina pada masa ini.

Zayn korbankan cintanya untuk Mika tetapi Ilaina berdegil dan berjaya juga dapatkan hati Zayn. Mikael didiagnosis dengan kanser.Pada masa itu muncul lagi masalah,bapa Ilaina yang sudah berjanji dengan arwah ibu bapa Mika ingin menikahkan Mika dengan Ilaina.Selepas beberapa Ilaina setuju untuk kahwin dengan Mika dengan satu syarat iaitu Zayn kena kahwin dengan Arissa pada hari yang sama.

Arissa kena langgar kereta yang dipandu oleh Ayra yang ingin membunuh Zayn tapi terlanggar Arissa. Arissa pergi ke keadaan koma. Ilaina dan Mikael terpaksas kahwin dahulu. Selepas beberapa tahun, Mika dan Ilaina pulang ke Malaysia.Beberapa kejadian yang berlaku telah menukarkan hati kedua dua pasangan itu mencintai orang lain. Arissa cintakan Mikael dan Ilaina cintakan Zayn.

Mikael menjadi pesakit kanser koma. Mikael dibawa pergi ke Australia dengan Arissa yang mengandung. Selepas lima tahun, scene bertukar ke Zayn memberi ucapan di pelancaran bukunya dengan Ilaina yang menandung.Arissa pula bermain dengan anaknya yang bernama Ilaina juga. Arissa bersama dengan MIkael yang sudah sedar tetapi lemah duduk atas kerusi roda. Arissa menjaga Mikael dengan baik,Mikael meninggal dunia selepas menyuruh Arissa pulang ke Malaysia dengan anaknya.

Di Malaysia, Ilaina sudah bersalin dapat anak lelaki. Zayn dan Ilaina namalan anak mereka sebagai Mikael. Pada scene yang terakhir kita dapat nampak yang Arissa pulang ke Malaysia dan memebuka pintu bilik Ilaina di hospital.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Episod sunting

# Tarikh penyiaran Ringkasan
1 14 Mei 2018 Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.
2 15 Mei 2018 Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.
3 16 Mei 2018 Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.
4 17 Mei 2018 Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun dilarang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.
5 21 Mei 2018 Mikael telah mengetahui penyakit yang dialaminya namun tidak berterus terang dengan Zayn akan keadaannya. Zayn berpura-pura menjadi Mikael dalam talian untuk kekal berhubung dengan Ilaina walaupun telah berkali diamaran oleh Mikael.
6 22 Mei 2018 Ilaina dan Arissa telah pulang ke Malaysia walaupun dihalang oleh Puan Suraya. Mikael terpaksa bersetuju dengan Zayn untuk belum berterus terang yang sebenarnya selama ini Zayn yang sering berhubung dengan Ilaina.
7 23 Mei 2018 Mika mengecewakan Ili bila Zayn yang muncul pada temu janji mereka. Azim tiba dari Australia mencari Ilaina. Ilaina, Arissa, Zayn dan Mika pulang ke kampung bertemu tok. Mika merahsiakan penyakitnya dari kawan-kawan baiknya. Ayra mahukan Zayn kembali.
8 24 Mei 2018 Ilaina dapat tahu rupanya Zayn yang membalas surat dan mesejnya, dan dia kecewa pada Zayn dan Mika. Encik Ismail dan Tok Dah bersetuju menikahkan Ilaina dengan Mikail. Namun setelah Ilaina tahu bahawa Zayn ada hati dengannya, malah dia juga mempunyai rasa yang sama.
9 28 Mei 2018 Zayn melamar Ilaina namun Ilaina membisu. Ilaina mula mengejar Zayn, walaupun pada mulanya Zayn berat hati untuk membelakangkan Mika, Zayn terus bermain cinta dengan Ilaina. Arissa mula bertugas menjadi doktor dan bertanggungjawab merawat Mika. Mika mohon Arissa merahsiakan penyakitnya dari Ilaina dan Zayn.
10 29 Mei 2018 Aunty Suraya mengamuk apabila mengetahui yang tanah miliknya telah dibeli dan dipindah milik kepada Tok Dah. Dia pulang ke kampung dan menyerang Tok Dah. Pelbagai rahsia keluarga telah terbongkar.
11 30 Mei 2018 Ilaina akhirnya tahu akan kesihatan Mikael. Akankah hati Ilaina berubah kepada Mikael atau sekadar simpati? Aira masih mengejar Zayn walaupun telah berkali ditolak.
12 31 Mei 2018 Ilaina keliru samada perlu bersama Mika atau Zayn. Mak Cik Laila berpihak kepada Aira dan menyuruh Zayn memberikan Aira peluang kedua. Namun Zayn tahu yang Aira hanya mahu mempergunakan dia semata-mata.
13 4 Jun 2018 Akhirnya Zayn tahu yang Ayra hanya menjeratnya untuk menjadi pak sanggup. Mak Dah membuka rahsia yang sebenarnya apa hubungannya dengan Suraya. Sekali lagi Mika melamar Ilaina dengan bantuan Zayn.
14 5 Jun 2018 Suraya masih tidak mahu menerima Mak Dah sebagai ibu kandungnya. Ilaina masih tidak memberi jawapan pada lamaran Mikail. Azim dan Ayra merancang untuk mendapatkan semula Ilaina dan Zayn.
15 6 Jun 2018 Azim dan Ayra cuba memerangkap Zayn dan Mikael untuk dipersalahkan kerana menculik Ilaina. Akhirnya Suraya setuju untuk menikahkan Mikael dengan Ilaina namun Ilaina masih ragu ragu untuk menerima dengan Mikael.
16 7 Jun 2018 Zayn bersetuju bernikah dengan Arissa demi memastikan Ilaina menikah dengan Mikail. Ayra masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Zayn.
17 11 Jun 2018 Arissa koma akibat kemalangan membuatkan Zayn rasa amat bersalah dan bertanggungjawab. Pernikahan Mika dan Ilaina tetap diteruskan dan mereka berpindah ke Australia.
18 12 Jun 2018 Arissa telah sedar semula dan keadaannya dah tak seperti dulu. Mika dan Ili pulang ke Malaysia kerana mak tok sakit. Zayn, Mika dan Ilaina mengelak dari bertemu masing-masing.
19 13 Jun 2018 Suraya mengamuk apabila tak dapat mengetahui wasiat Mak Dah. Ilaina ternampak Zayn keluar dengan perempuan lain.
20 14 Jun 2018 Setelah 3 tahun terpisah, akhirnya Zayn bersemuka dengan Mikail kembali. Zayn masih merahsiakan pernikahannya dengan Arissa dari Mikail dan Ilaina. Suraya masih mendesak untuk mengetahui isi wasiat Mak Dah.
21 18 Jun 2018 Perkahwinan tidak cukup dengan kasih sayang, yang penting ialah cinta. Ilaina dan Zayn cuba mempertahankan perkahwinan masing-masing dan kekal setia.
22 19 Jun 2018 Demi dua hati yang dicintai, lagi 2 hati terpaksa berkorban diri. Arissa dan Mika cuba mencari kebahagiaan.
23 20 Jun 2018 Dengan menganggaop perpisahan jalan yang terbaik untuk semua, Arissa pergi jauh untuk memberi Ilaina dan Zayn peluang kedua.
24 21 Jun 2018 Walaupun nafasnya terhenti namun masih ada cinta untuk dia. Apakah bahagia akan kekal selamanya?

Runut bunyi sunting

No.TajukArtisMasa
1."Rahsia Hati"Khai Bahar & Fatin Husna03:48
2."Haram"Hael Husaini & Dayang Nurfaizah03:37
Jumlah masa: 07:25


Rujukan sunting

  1. ^ Kamaruddin Razal (28 Jun 2018). "Belum Boleh Move On, Ini 4 Perkara Best Dalam Drama Bersiri Rahsia Hati Perempuan!". Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2018.
  2. ^ "Best ke Drama Rahsia Hati Perempuan?". Cerita Huda. 14 Mei 2018. Dicapai pada 24 November 2018.

Pautan luar sunting