Buka menu utama

Mira Filzah

Pelakon, pengacara dan peragawati Malaysia

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Antara drama terkenal lakonan beliau adalah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019) dan Sweet Dreams (2019). Filem lakonan beliau termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019).

Mira Filzah
MiraFilzah.jpg
Mira dalam salah satu adegan drama Abang Beduk.
KelahiranNur Amirah Filzah binti Badioezaman
(1993-04-02) 2 April 1993 (umur 26)
Ipoh, Perak, Malaysia
KediamanBangi, Selangor
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, usahawan
Tahun aktif2013–kini

Beliau merupakan alumni SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam. Di samping berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls.

KerjayaSunting

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun,[1] sebelum beralih kepada bidang lakonan. Drama televisyen pertamanya ialah Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas menyepi dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pelajarannya dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di UiTM,[2] Mira tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.

Tawaran yang datang selepas beliau membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telefilem selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telefilem Abang Haji di TV3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu tambahan lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai. Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.

Beliau mula dikenali dan menjadi tular di laman media sosial Facebook kerana memperagakan pakaian seragam rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telefilem Din Sardin (2015). Menuruy beliau, berita tentang gambarnya yang tular di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali di mata masyarakat.

Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit kepadanya tidak disia-siakan apabila menerajui sebuah drama yang menjadi perbualan hangat ramai penonton, Cinta Si Wedding Planner (2016) yang bersiaran di TV3.[3] Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan beliau bersama pelakon Singapura yang berpangkalan di Malaysia, Ady Putra dalam drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat maklum balas positif daripada rata-rata peminat. Drama ini kemudiannya disambung dengan telefilem khas sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Cinta Si Wedding Planner Raya.

Mira memenangi Anugerah MeleTOP Era 2016 sebagai Artis Baharu MeleTOP[4] dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 sebagai Artis Baharu Wanita Popular.[5][6]Pada tahun 2019, menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32, Mira memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular serta Gandingan Serasi Drama bersama Remy Ishak untuk drama Pujaan Hati Kanda. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan undian peminat iaitu sebanyak 6,320 463 undi.

Beliau mempunyai kelab peminat yang diberi nama "Miraclegacy". Mira terus mengasah bakatnya di bidang pengacaraan apabila diberikan peluang mengendalikan program Mahligai Cinta musim ke-10 yang bersiaran di TV3.[7] Sejak 2018, beliau ialah pengacara Nona di TV3.[8] Beliau bersama Remy Ishak dan Sangeeta Krishnasamy berlakon dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah arahan Nik Amir Mustapha. Filem ini ialah filem sulung lakonannya dan ditayangkan pada 13 September 2018.[9]

Beliau kemudiannya memegang watak jururawat dan adik Johan, Lea dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[10][11][12]

Pada Ogos 2019, Mira melakonkan watak Puteri dalam drama Sweet Dreams arahan Michael Ang, lakonan bersama Ben Amir. Drama ini dibintangi oleh Sean LJE, Datin Nina Juren, PU Azman, Yuna Rahim, Nasz Sally, Yusuf Bahrin, Didi Astillah dan Roy Azman.[13][14][15]

Cabang lainSunting

Di luar kerjaya lakonan, Mira ialah seorang usahawan berjaya. Beliau ialah pengasas produk kecantikan Mora by Mira Filzah, yang mengeluarkan lapan jenis gincu bibir di bawah jenama Mora Cosmetics.[16] Dengan minat yang mendalam terhadap fesyen, Mira mengasaskan rangkaian tudung MF Shawls yang mengeluarkan pelbagai jenis tudung dan selendang.[17]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2018 Rise: Ini Kalilah Fizah Saw Teong Hin
Nik Amir Mustapha
MS Prem Nath
Filem pertama
2019 Sangkar Lea Kabir Bhatia

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Dunia Lola Laila/Lola Astro Ria
2015 Eksperimen Cinta Suraya TV3
2016 Cinta Si Wedding Planner Izara Batrisya
Ketupat Palas Mr. Handsome Ayu
Tika Langit Terbuka: Down Syndrome Maria Astro Oasis
Abang Bomba I Love You Dr Dahlia Astro Ria
2017 Meh Sandar Pada Aku Afnan Tasneem TV3
Ops Cinta Din Sardin Che Ta TV9
3 Gadis Manis Aisyah Astro Gempak
Meh Sandar Lagi Afnan Tasneem TV3
2018 Pelangi Cinta Bunga
Rahsia Hati Perempuan Ilaina Astro Ria
Lelaki Kiriman Tuhan Naira Astro Oasis
Pujaan Hati Kanda Tiara TV3
2019 Sweet Dreams Putri Astro Ria
Sara Sajeeda Sofea TV3
Adellea Sofea Adellea Sofea TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Din Sardin Che Ta TV9
Abang Haji Intan TV3
Abang Beduk Aishah Astro Oasis
Nasi Dagang Lembu Korban Umaira TV AlHijrah
2016 Dia Untukku Zahra
Dika Baran Cameo TV1
Cili Mira Astro Maya HD
Cinta Si Wedding Planner Raya Izara Batrisya TV3
Bella Bella
Duit Kahwin Rozana Astro Ria
2017 Love You Miss Pomen Saerah TV9
Jula Juli Bintang Cinta Jula Astro Citra
Malam Tanpa Yasin Adawiyah TV3
Jula Juli Bintang Putus Cinta Jula Astro Citra
Dosa Perempuan Tasha TV3
Izinkan Aku Mawar Astro Citra
2018 Teksi Love Nada
Mak Cun Pi Amerika Lagi Fira Kirana TV3
2019 U'Start Enjin Shuhara Astro Citra
Pujaan Hati Kanda Raya Tiara TV3

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Primadona Ejen Primadona Astro Prima
2014-15 KLTV Pengacara Hypp Sensasi
2015 MV lagu Selamat Malam Cinta Encik Mimpi Cameo
Qari Junior Pengacara TV3
2016 Trek Selebriti Artis jemputan Astro Ria
LePaknil Artis jemputan Astro Ria
Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1
Ye Ke Artis jemputan TV3
Bonda Bonding Artis jemputan Astro Ria
MeleTOP Pengacara jemputan Astro Ria
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pengacara TV3
2016-17 3 Juara Pengacara TV3
2017 CCTV! Artis jemputan Astro Ria
Shuib, Artis & Telemovie Citra Artis jemputan Astro Ria
Mahligai Cinta Pengacara TV3
2018-kini Nona Pengacara TV3
2019 Maharaja Lawak Mega 2018 Artis jemputan Astro Warna
Sepahtu Reunion Live Artis jemputan Astro Warna

DiskografiSunting

SingleSunting

Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
[18]
Hot FM
[19]
Muzik Muzik
[20]
JOOX
[21]
2017 "Sandar Padaku" (berduet dengan Aliff Aziz) [22] [23] OST Drama Meh, Sandar Pada Aku!

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016
Anugerah MeleTOP Era
Artis Baharu MeleTOP N/A Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Artis Baharu Wanita Popular Menang
Anugerah Melodi
Personaliti Drama Melodi Dicalonkan
Personaliti Sensasi Melodi Dicalonkan
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur
Aktres Pilihan Cinta Si Wedding Planner Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
Pengacara TV Popular Dicalonkan
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan Pilihan Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pengacara TV Popular Dicalonkan
Artis Versatil Popular Dicalonkan
Anugerah Skrin
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Dosa Perempuan Dicalonkan
2019
Anugerah MeleTOP Era
Pelakon TV MeleTOP Lelaki Kiriman Tuhan Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32[24][25] Pelakon TV Wanita Popular N/A Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Rise: Ini Kalilah Menang
Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan
Artis Versatil Popular N/A Dicalonkan
Gandingan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) Pujaan Hati Kanda Menang
Gandingan Serasi Filem (bersama Remy Ishak) Rise: Ini Kalilah Dicalonkan
Bintang Paling Popular N/A Menang

RujukanSunting

  1. ^ Amirah Filzah pesona busana muslimah Utusan Malaysia (25 April 2014). Dicapai pada 26 April 2014.
  2. ^ Mira Filzah tumpu pelajaran Utusan Malaysia (17 Mei 2013). Dicapai pada 15 Ogos 2013.
  3. ^ "4.5 juta tonton episod akhir Cinta Si Wedding Planner". Sinar Harian. 19 Februari 2016. Dicapai 28 Ogos 2016. 
  4. ^ Zaidi Mohamad (3 Mac 2016). Mira Filzah di puncak populariti Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2016.
  5. ^ Tuah lakonan Mira Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
  6. ^ Zaidi Mohamad (29 Mac 2016). ABPBH 29: Mira akur saingan bakat baharu lain Berita Harian. Dicapai pada 29 Mac 2016.
  7. ^ Zaidi Mohamad (20 Februari 2017). Mira Filzah hos Mahligai Cinta musim baharu Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2017.
  8. ^ Zaidi Mohamad (1 Februari 2018). Penonton Nona meningkat sejak Mira jadi pengacara Berita Harian. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  9. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). ‘Rise: Ini Kalilah’ captures the spirit of New Malaysia Star2. Dicapai pada 26 September 2018.
  10. ^ Zaidi Che (3 Julai 2019). Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  11. ^ Jessica Chua (17 Julai 2019). Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  12. ^ Najiy Jefri (21 Julai 2019). Mira ikuti kelas lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  13. ^ Farhana Ab. Rahman (23 Ogos 2019). Mira Filzah belajar kawal emosi Berita Harian. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  14. ^ Ahmad Isyafiq Mad Desa (23 Ogos 2019). Watak bisu tidak menjadi, Mira Filzah dikritik Kosmo!. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  15. ^ Mohd Fadhil Abdullah (23 Ogos 2019). Jelita luar dan dalam Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 Ogos 2017). Mira sentiasa cari peluang Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  17. ^ Zaidi Mohamed (22 Februari 2018). Mira tak sabar ajak pakai tudung Berita Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  18. ^ "Carta ERA 40". ERA FM. 
  19. ^ "Hot FM 30". Hot FM. 
  20. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik. 
  21. ^ "Player Ranking". JOOX APP. 
  22. ^ mStar (21 Februari 2017) Mira Filzah Terjebak Jadi Penyanyi - Berita Hiburan Dicapai 21 Mac 2017.
  23. ^ Sinar Harian (8 Mac 2017). Percubaan pertama Mira Filzah duet bersama Aliff Aziz - Hiburan Dicapai 21 Mac 2017.
  24. ^ Farihad Shalla Mahmud (August 16, 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian. 
  25. ^ Zul Husni Abdul Hamid (September 22, 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian. 

Pautan luarSunting