Cinta Si Wedding Planner

Siri televisyen Malaysia

Cinta Si Wedding Planner ialah sebuah siri drama televisyen melodrama romantik Malaysia 2015 arahan Along Kamaludin, diadaptasi daripada novel 2015 bertajuk sama karya Dhiyana, dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.[1] Drama ini memulakan tayangan perdana Slot Akasia TV3 dari 30 Disember 2015 hingga 16 Februari 2016 menggantikan Akulah Balqis. Cinta Si Wedding Planner boleh didapati melalui penstriman dalam talian di Netflix.

Cinta Si Wedding Planner
GenreMelodrama
Romantik
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Dhiyana
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Mira Filzah
Adi Putra
Lagu pembukaan"Kekal Bahagia" oleh Ippo Hafiz
Lagu penutup"Takkan Pergi" oleh Hyper Act
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal30 Disember 2015 – 16 Februari 2016
Kronologi
Diikuti olehTundukkan Playboy Itu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.

Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.

Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.

Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahu bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz, Zara tetap menerima pinangan tersebut.

Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seorang lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.

Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Sabah.

Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.

Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama?

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

  • Aleza Shadan sebagai Puan Aisyah
  • Airis Yasmin sebagai Nadrah
  • Wan Sharmila sebagai Dina
  • Elvina Mohamad sebagai Dayana
  • Hanif Safuan sebagai Hakimi
  • Ikhlas Jalil sebagai Heykal
  • GM Fauzan sebagai Encik Mukhriz / Papa Fariz
  • Irs Mikhail sebagai Naufal
  • Aisyah Along Kamaludin sebagai Aliya
  • Azzam Zamani sebagai Mikhail
  • Acellia Ulanda (DFKL) sebagai Acu Sofea
  • Yusri Salleh sebagai Yusri
  • Redza Idris sebagai Reza
  • Diyana Fauzii sebagai Shikin
  • Syed Mu'izzudin (DFKL) sebagai Fauzan
  • Mama Sheeda Ali sebagai Datin Aida
  • Holom Romano sebagai Bidin
  • Adnan Darus sebagai Pak Leman
  • Kamal Bakar sebagai Ustaz
  • Mizie sebagai Bob
  • Rembau sebagai Iqram
  • Hadi Nawawi sebagai Haziq
  • Zee Khan sebagai Sara
  • Amai Kamarudin sebagai Aziz
  • Mas Hazim sebagai Akil
  • Yan Ibrahim sebagai Mak Nab
  • Habibah Naim sebagai Kak Tim
  • Nazeera Sardi sebagai Shaqirin
  • Dato Sri Fahrin Mohd Jeffry sebagai Fahrin

Pelakon Kanak-Kanak sunting

  • Duerra Mitilda sebagai Nana
  • Wina Azlan sebagai Shira (14 Tahun)
  • Wini Azlan sebagai Nadia (14 Tahun)
  • Nabihah Irdina Zariff sebagai Shira (7 Tahun)
  • Nabihah Adriana Zariff sebagai Nadia (7 Tahun)

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Cinta Si Wedding Planner (TV3) My Info Taip (31 Disember 2015). Dicapai pada 31 Disember 2015.
  2. ^ Zaidi Mohamad (30 Disember 2015). Mira berdebar berdepan Adi Putra Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2016.

Pautan luar sunting

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:58 petang
Sebelumnya Cinta Si Wedding Planner Berikutnya
Akulah Balqis Tundukkan Playboy Itu